Wednesday, February 25, 2009

Seorang Polis Traffik, Kawan Baiknya & Sehelai Surat Saman


Good one to share.....

Dari kejauhan, lampu lalulintas di satu
persimpangan itu masih
menyala hijau. Harun segera menekan pedal minyak
kenderaannya. Dia
tak mau terlambat. Apalagi ia tahu penempatan di
situ cukup padat
sehingga lampu merah biasanya menyala cukup lama.
Kebetulan jalan
di depannya agak lengang. Lampu berganti kuning.
Hati Harun berdebar
berharap semoga ia boleh melepasi lampu hijau itu
dengan segera.

Tiga meter sebelum garis jalan, lampu merah
menyala. Harun
bimbang, haruskah ia berhenti atau terus saja.
"Ah, takkan nak brake mendadak," fikirnya
sambil terus memandu laju.

Priiiiiiiiiiiiiiit! Di seberang jalan seorang
pegawai polis melambaikan
tangan memintanya berhenti. Harun menepikan
kenderaannya agak jauh
sambil mengumpat dalam hati. Dari cermin pandang
sisi ia melihat
pegawai polis itu. Wajahnya tak terlalu asing
baginya.

Jamal rupanya! Sahabat baiknya semasa di sekolah
menengah dulu. Hati
Harun agak lega. Dia cepat cepat keluar sambil
melambai mesra..

"Pekabo, Jamal! Lamanya tak jumpa...last jumpa
masa aku kawen dulu"

"Aku baik je." Tanpa senyum.

"Alahai...aku ndak cepat nih. Bini aku dah
lama menunggu di rumah."

"Oh ye ke?" Nampaknya Jamal ragu.

"Ye la Mal, hari ini bini aku punya birthday.
Dia dan anak-anak
sudah menyiapkan semuanya. Tentu aku tidak boleh
terlambat,
kawan-kawannya pun sedang menunggu "

"Aku paham. Tapi, sebenarnya aku dah lama
peratikan kau...selalu sgt
kau langgar lampu merah di persimpangan ini."

Harun mesti ganti strategi.

"Jadi, kau nak menyaman aku ker? Tapi tadi aku
tidak melanggar lampu
merah. Sewaktu aku jalan lampu kuning masih
menyala." Berdusta
sedikit boleh melancarkan keadaan fikir Harun.

"Ok. Sebenarnya aku nampak jelas. Tolong
keluarkan lesen dan kad
pengenalan."

Dengan kesal Harun menyerahkan lesen dan kad
pengenalan lalu masuk ke
dalam kenderaan dan menutup kaca tingkapnya.
Sementara itu Jamal
menulis sesuatu di buku catatannya. Beberapa saat
kemudian Jamal
mengetuk kaca tingkap kereta harun. Harun memandang
wajah Jamal dengan
penuh kecewa.

Diturunkan tingkap sedikit saja.

"Ah, satu inci cukup untuk memasukkan surat
saman." Fikir Harun.

Tanpa berkata-kata Jamal terus kembali ke tempat
dia bertugas.
Harun mengambil surat saman yang diselitkan Jamal.

Tapi, hei apa ini. Ternyata lesen memandu dan ic
dikembalikan
bersama sebuah nota. Kenapa ia tidak menyaman aku.
Lalu nota ini
apa? Semacam gurauan atau apa?

Tergesa-gesa Harun membuka dan membaca nota yang
berisi tulisan tangan Jamal.

------------ --------- --------- --------

"Harun...

Kau tahu kan aku dulu ada seorang anak perempuan
dan seorang isteri yang
cantik. Sayang, mereka sudah meninggal dunia.

Dilanggar pemandu yang tidak memperdulikan lampu
merah di
persimpangan ini.

Pemandu itu dihukum penjara selama 3 bulan.
Sekarang pemandu itu
bebas bertemu isteri dan memeluk ketiga2 anaknya
lagi.

Sedangkan anak dan isteriku sudah tiada. Hari ini
aku sendirian
menyesali peristiwa itu. Yang pergi tidak akan
kembali lagi.

Beberapa kali aku cuba memaafkan pemandu itu tetapi
sangat sukar.

Begitu juga kali ini bila sahabatku sendiri memandu
seperti pemandu itu.
Aku kecewa teramat sgt.

Berhati-hatilah ketika memandu Run" - Jamal
------------ --------- --------- --------

Harun terkedu. Ia segera keluar dari kenderaan
mencari Jamal. Namun,
Jamal sudah meninggalkan pos tempat ia bertugas.

Sepanjang jalan pulang ia memandu perlahan dengan
hati tak tentu
sambil berharap kesalahannya dimaafkan.

Tak semestinya anggapan kita adalah sama dengan
pengertian orang
lain.

Boleh jadi suka kita adalah duka rakan kita.

Hidup ini sangat berharga, jalanilah dengan penuh
hati-hati, mengerti
perasaan orang lain dan bertimbangrasa.

No comments: