Sunday, February 8, 2009

Allah bersama orang yang sabar

Dipetik dari blog notoumno:

dihantar melalui email oleh xxx

Sultan ada kata pada Nizar, Allah bersama orang yang sabar....

Nizar ada kata, pertolongan Allah semakin hampir....

Dari sudut positif, dan pada pendapat teman.......Sultan dipaksa buat keputusan ini......pada masa yang sama, Sultan benarkan Nizar tidak letak jawatan, kerana Sultan hendak Nizar cabar keputusan ini di Mahkamah, kerana itu adalah satu2nya cara yang terbaik....

Kenapa selepas Sultan jumpa Nizar bagitau yang baginda tak perkenan bubar dewan, Nizar bagitau kat wartawan cakap Alhamdulillah, positif.
Kenapa selepas Nizar mohon untuk derhaka, tiada sebarang kenyataan balas dari Istana?? Sultan boleh jer arahkan Nizar ditangkap atau buang negeri...boleh jer Sultan arahkan Nizar kosongkan kediamanMB....

Mungkin sampai harinya, kebenaran akan terserlah....dan pada masa tu barulah kita tahu kebijakan Sultan buat keputusan ini....walaupun baginda dipaksa, baginda tahu yang keputusan ini boleh dicabar di Mahkamah dan sebagai seorang yang amat arif tentang undang2, baginda tahu yang keputusan ini akhirnya akan berpihak pada NIzar...

Perasan tak....Anwar buat press conference semalam...takder pun perkataannya kecam keputusan Sultan...dia hanya bagitau yang tindakanBN ni "Biadap".....biadap pada saper??? fikirkanlah.....mungkin diapun telah diberi penjelasan oleh Nizar apa yang terjadi dan apa yang perlu dibuat....Ini hanya pendapat teman....dan buat masa ni, walau pun teman banyak merapu sebelum ni, pendapat ni la yang teman akan pegang.....Sultan buat begitu tentu ada sebabnya, kita perlu bersabar,pertolongan Allah semakin hampir.....

**Teman petik dari forum yob4ever.com
****Kalau raden nak letak dalam blog,tak payah le letak nama saya ni**

mohafero: Inilah yg aku fikirkan selama ini...moga dimakbulkan Allah

No comments: