Jam 2 pagi
Pakcik dan Makcik semua bermimpi
Anak-anak muda berpakaian ranggi
Muda-muda tak kisah dinihari
Berpoya-poya di malam hari
Jam 2 pagi
Masa untuk mat rempit bermaharajalela
Malam minggu adalah malam raya
Bohsia dan Bohjan bersuka ria
Mengadakan pesta dengan penuh ceria
Jam 2 pagi
Kedai mamak tempat bertemu
Selepas seminggu tidak ketemu
Hilai ketawa macam orang dungu
Orang kata ikut suka mu...
Jam 2 pagi
Penyamun perompak memulakan kerja
Tak kira dikampung atau di bandaraya
Ingin senang cara mudah sahaja
Tak peduli nasib orang teraniaya
No comments:
Post a Comment