Tuesday, February 24, 2009

+ Eagle Eye +


Hmm....ni bukan cerita pasal lampu helang plak. Ni cerita pasal lampu kereta la....kalau tak faham juga buat-buat pi la tak faham.

Sebenarnya lampu ini dipanggil Eagle Eye mungkin kerana ia berbentuk seperti mata helang. Ntah la..aku pun x dak bukti yang kukuh..aku main agak je...ekekeke.

3-4 Minggu lepas aku ada la pi buat DIY di Penang, umah Papopeng...tapi memandangkan laptop aku dah kong maka beberapa keping gambar yang aku amik dan upload dalam laptop ni dah hilang selepas aku format balik laptop ni. Rugi rasa pasal tak upload awal2. Takpa la...nak buat mcm mana....

Untuk sessi DIY yang kedua berlangsung di umah Art plak sempat la aku snap 3-4 keping gambar. Tapi Eagle Eye (EE) aku dah siap dah la...cuma aku saja menyibukkan diri untuk melihat art bersusah payah untuk menyiapkan EE dia tu. Dengan dibantu tenaga kudrat seekor kambing gurun aka matyun, art dapat menyiapkan EE tu dengan seberapa segera berbanding dengan aku yang dapat menyiapkan dalam masa sehari.

Kos untuk memasang lampu ni lebih kurang RM50 je la campur dengan cat spray Flat Black sekali. Kat sini aku sertakan serba sedikit gambar untuk tontonan 18SX dan keatas saja. Yang tak pakai baju tu terpaksa aku rahsiakan namanya memandangkan aku telah diberi rasuah nasi goreng kampung telur mata..hehehe...
Apapun jelas terpancar di wajah saudara art apabila lampu dia menyala dengan terang sekali tanpa ada masalah seperti yg berlaku kepada sorang rakanku ketika sessi DIY pertama berlangsung dulu.

No comments: