Sunday, February 15, 2009

= Kedah vs KL Plus =





Pada 10 Feb yang lepas aku, mat shah dan Hafizol telah pergi menonton perlawanan bolasepak antara kedah dan KL Plus. Rancangan yang tidak dirancangkan sama sekali itu berbaloi selepas pasukan kesayanganku Kedah Darul Aman berjaya menewaskan KL Plus 2-0.

Rancangan ini bermula selepas aku pulang dari kerja dan dikejutkan sgn sahutan "woi Farouk...nak pi tgk bola tak?" cis siapakah yg berani menyebut namaku..? getus hati kecilku...rupanya mat shah berada dibawah mengajak aku ke Alor Setar. Dengan segera aku pun bersiap tanpa ada tapi2 lagi...kami bertiga bertolak dari Bndr Perda dan tiba dia Alor Setar 55 minit kemudian dengan kelajuan 120-130 km/h hasil panduan saudara Hafizol.

Malam tu disebabkan tak ramai org maka kami dengan keputusan sebulat suara memilih untuk duduk dibahagian terbuka dgn tiket yang berharga RM7 setiap sorang. Jaringan gol adalah 1 setiap separuh masa dan kedua2 gol itu dijaringkan oleh pemain muda Kedah Mohd Fadly Baharom.

kami pulang dgn penuh kepuasan dan kesenyuman sehingga ke telinga akibat kepuasan kehatian (ada ke ayat tu) dan berharap rentak kemenangan Kedah ini akan diteruskan sehingga ke hujung musim Aminn...Perjalanan pulang penuh dengan cerita diatas padang sehinggalah aku terdengar bunyi kubota mat shah dibahagian belakang kereta Hafizol yg sudah terlelap.

No comments: