Tuesday, February 17, 2009

Lawak TV3 suku



Kisah lawak yang datang dari TV3 amat mencuit hati aku. Betapa teruknya sikap yang ditunjukkan oleh stesen TV no 1 di Malaysia itu.
Cerita pasal Elizabeth Wong dijaja sehebat-hebatnya. Dasyat sungguh depa ni…punya la nak mencari sumber berita untuk menghentam Pakatan Rakyat. Nasihat aku cukup-cukup la TV3 suku ooii…orang dah naik muak dan nak muntah mendengarnya…kah..kah…kah…

Hgpa hentam cukup-cukup noo amoi cina tu…yang hgpa semua kalut pasai apa?! Nak tengok kot gambar tu…bawak-bawak mengucap la semua…Patut la hati hgpa dok gelap..kira dok tengok gambar tu. Macam mana ngan video sorang pelakon tu? Macam mana dengan kes Pramugara terlampau tu? Macam mana ngan video lucah pelakon drama tu? Satu Malaysia tahu tapi hangpa tak bising..siap nak cover lagi.

Hgpa cukup seronok pasal ni…aku tak tau la pasal apa hgpa cukup suka dengan semua ni….
Biarlah kat dia dulu…dia pun dah buat report polis kata kena aniaya dengan teman lelaki dia. Betul ke tak betul ke biar polis siasat..jangan dok kelam kabut tak tentu pasal…apa punya turr…seolah-olah dia dah buat kesalahan yang maha besar di Malaysia. Yang bekas MB penyapu tu pun nak interframe juga…amboi-amboi…tak padan ngan orang tak mau tu…ada hati nak suruh orang letak jawatan. Hang diam dah la woi..mentang-mentang muka dah cekang kira nak masuk TV saja hang…dulu time MB hang pi bagi penyapu…padan muka hg orang dah sapukan muka hang tu.

Tunggu la dua PRK ni…aku nak tengok rakyat termakan ke tak hasutan TV 3 suku tu..kesian aku kat depa..punya nak bagi rating tinggi…agak2 la..

Tapi makin seronok plak aku tengok berita la ni…pasal aku rasa berita di TV1 dan TV3 tu memang lawak..mengalahkan lawak Nabil dan Apek dalam filem Sifu dan Tongga. Setakat kumpulan Senario tu kena jauh bertiang la. Buat la kerap-kerap skit TV 3 suku ooii..aku dah ketagih dah ni nak menonton berita toya hangpa tu…Apa punya turr….

No comments: