Showing posts with label PERAYAAN. Show all posts
Showing posts with label PERAYAAN. Show all posts

Thursday, August 26, 2010

Lagu Raya - Suara Takbir

Antara lagu yang syahdu didengar ketika musim perayaan...ni kalau dok oversea ni boleh menangis dengar lagu ni...

P. Ramlee


Suara Takbir

Dengar beduk berbunyi
Sayup bergema di subuh sunyi
Memanggil kepada muslimin
Segera berbakti kepada Illahi

Suara azan menyahut
Terdengar sayup memecah sunyi
Memohon restu dengan bakti
Kepada Illahi Tuhan Maha Suci

( korus )
Terdengar suara takbir
Memuji nama Illahi
Rasa dalam kalbu
Tenteram dan aman selalu

Kini tiba masanya
Hati gembira di Hari Raya
Bertemu sanak dan saudara
Bermaaf-maafan dengan keikhlasan

( ulang dari korus )

Thursday, June 10, 2010

My sister Engagement day




06-06-2010 adalah tarikh yg berbahagia buat adik aku. Hari pertunangan dia bersama seorang jejaka bernama Fauzan Romli. Seorang lelaki yg berasal dari Kedah dan kini menetap bersama keluarganya di Arau, Perlis.

Kini dia menuntut di UPSI. Ntahla pengkhususan apa dia amik aku pun x tau. Ada la sedikit gambar yg aku snap semasa hari pertunangan tersebut. Aku berdoa hubungan mereka akan kekal hingga ke jinjang pelamin..


Saturday, May 1, 2010

1 Mei

Hari dah 1 Mei...betapa cepatnya masa berlalu....ish..ish..rasa macam baru tgk je sambutan Tahun Baru di tv-tv...dah masuk bulan 5 dah rupanya. Hari ni kira dah Hari Pekerja..hari pekerja ni kena cuti ke bekerja?? sapa ada jawapan tepat aku belanja dia beriani kambing...ekekeke...

Yang peliknya aku kena keja pada hari 'Pekerja'. Salah ke aku kena keja hari ni? adakah aku patut cuti atau aku menikmati hari2 kerja aku...tapi memang aku dah keja hari2 pun...apa salahnya aku bercuti time hari pekerja ni....

X pa la...aku x dak masalah...lgpun kalau aku balik kg pun aku bukan buat apa sangat...apa salahnya aku datang keja..dapat la juga overtime...blh la simpan skit....

Kepada semua2 pekerja di seluruh dunia aku mengucapkan Selamat Menyambut Hari Buruh! semoga kita sentiasa kurangkan kontroversi dan tingkatkan prestasi pekerjaan.....Adios...

Friday, May 1, 2009

+ Selamat Hari Buruh +

Bukan parti Buruh....
Bukan minyak cap buruh...

Tapi hari Buruh....

Selamat menyambut hari Buruh pada semua pekerja-pekerja di seluruh dunia.
Yang tak bekerja tu cepat-cepat la cari kerja.
Kerjalah anda sebelum anda dikerjakan.

Thursday, September 25, 2008

++ Planning Hari Raya ++

Memandangkan Hari Raya yang bakal menjelang nanti. Aku pun dah ada planning sendiri sempena kedatangan syawal ini.



Cuti pun dah apply dan bos aku pun dah approved. Tak sabar rasanya nak bercuti...nak jalan2 umah adik beradik dan sanak saudara serta rakan-rakan. Biasa lah kan...raya kan setahun sekali..so inilah masa untuk merapatkan tali silaturahim sesama saudara seagama. Berikut adalah rancangan aku sempena hari raya ini.




Mungkin aku start bercuti pada 30hb hingga 06hb oct. So lebih kurang seminggu la aku bercuti. Tapi sebenarnya aku dah blh start pada 28hb..saja 29hb tu aku nak pi keja..(nak bagi ada feel balik kampung)



Raya pertama : Biasalah..beraya kat kg...Bandaraya Merbok..sapa berdekatan tu blh jemput datang..



Raya Kedua : Mgkin jauh skit...seperti SP, B'worth dan Penang. (tgk la kalau rajin aku pi umah geng WPC)


Raya Ketiga : Agak jauh - Perlis...ada reunion sekolah menengah...
Raya keempat : Pusing balik area Bandaraya Merbok (kot2 ada yang tertinggal)

Raya kelima : Mungkin duduk rumah saja (pasal sakit perut makan bnyk )
Raya keenam : Cheh...esok nak kena pi keja plak.....habis dah raya rupanya..
Raya ketujuh : Selagi tak tutup mata kerja....kerja....kerja...kerja...