Showing posts with label Saja-Saja. Show all posts
Showing posts with label Saja-Saja. Show all posts

Sunday, August 1, 2010

Ipad


Antara gajet terkini yang menjadi kegilaan aku. Sayang sekali harganya terlalu mahal untuk dibeli. Ditambah pula dengan kekangan kewangan macam2 membuatkan aku hanya mampu sekadar untuk terigin.

Tengok la nanti mcm mana kot2 aku jaga tdo duit ada bawah bantal....ekeke

Thursday, July 29, 2010

Paul si Octopus


Sotong yang terkenal didunia akibat penangan Piala Dunia....semua ramalannya tentang pasukan Jerman tepat sekali. Termasuklah separuh akhir dan akhir. Tatap la gambarnya buat kenangan.... 4 tahun lagi mungkin ia akan menjadi sotong goreng tepung.....

p/s: Ramalan Paul hanyalah kebetulan...sebagai orang Islam kita kena mempercayai Qada dan Qadar.

Hari Yang Sedih


Hari ni 29 July 2010 adalah hari yg sedih bagi aku....entah la kenapa...mgkin sebab akan kehilangan ramai kawan nanti yg akan berhenti kerja....

Apa pun Life Must Go On....yg pergi tetap pergi...kita tak akan mampu untuk menahannya...semoga ukhuwah antara rakan2 tidak terputus begitu saja....

Aku doakan mereka akan berjaya dan gembira dengan kerja baru mereka. Pada yg belum dapat kerja tu kita sama2 lah doakan semoga mereka mendapat kerja dengan kadar segera. Amin......

Thursday, June 10, 2010

Musim Buah-buahan




Alhamdulillah.....musim buah kini menyerang kampungku....gembira bukan kepalang...dari buah moktan (rambutan), durian, manggis dan cempedak meriah sungguh. Teringat rakan2 di Gaza...apa yg depa ni makan? adakah mereka kenal apa itu buah rambutan? apakah mereka kenal buah durian? Adakah mereka kenal apa itu buah manggis?

Kita di Malaysia ni kena bersyukur ke hadrat Illahi atas kemewahan dan kesenangan ini. Bayangkan 1 tahun Allah tarik balik musim buah ni...mesti boring kan? Harapan saya kita kena sentiasa menghargai buah-buahan tempatan dan bersyukur atas kurniaan yg diberikan Allah ini....Amin....kita enjoy......

Wednesday, May 5, 2010

Panas


Jangan serba salah...bukan panas kena api....bukan juga panas kena puntung rokok...bukan juga panas kena pasal 'bengkek' kat orang....ni betul-betul panas la...nak tido pun susah dengan cuaca la ni...hmm....mungkin bumi kini sudah tua dan semakin sakit...

Bayangkan negara kita yang tak penah kena gempa bumi pun dah ada. Tsunami pun kita dah penah kena...cuma lava gunung berapi je tak keluar dari perut bumi lagi. Kalau ada tu aku rasa masjid kita akan penuh...semua akan insaf..semua akan taubat nasuha...

Begitulah sikap manusia...hanya insaf bila terdesak...hanya insaf bila di hujung nyawa...hanya insaf bila kematian hampir tiba....cuma harapan aku moga panas yang berkuap ni cuma seketika...biarkan peribahasa 'Ingatkan panas berpanjangan rupanya hujan di tengah hari' menjadi kenyataan.

Monday, May 3, 2010

Some macro pictures testing....


Padang Kota


Gambar ni aku amik sekitar 2 tahun lepas di Padang Kota. Ambil pun dengan hanya menggunakan kamera handphone aku N73 waktu tu. Handphone tu pun dah aku bagi dekat orang tua aku la ni....ntah la..aku rasa menarik gambar ni......

Sunday, May 2, 2010

Gemini Horoscope

Baca boleh...Percaya Jangan! Saja je suka-suka...ekeke

Gemini Horoscope for May 2nd 2010.

A neighbor or relative might volunteer to help you with some chores around the house, Gemini, but you could sense that his or her heart isn't in it. This person is probably thinking about things and just needs some kind words and a little advice. Just accept that even though you have help, you'll probably end up doing most of the work yourself. Offer what support you can, and think of it as good karma.

Some nice pictures from my town area...





Saturday, May 1, 2010

Jeng..Jeng..Jeng..

Caretaker

Dalam permainan bolasepak kalau sesorang pengurus sesebuah pasukan itu dipecat maka Pengerusi kelab berhak menamakan sesiapa sahaja untuk menggantikan pengurus tersebut buat seketika sebelum pengurus yang baru dilantik.

Pengurus yang menggantikan pengurus yg dipecat buat seketika tu sebenarnya bukan layak diiktiraf sebagai pengurus mungkin sebab dia masih tidak mempunyai lesen yang sah sebagai pengurus namun ia masih dibenarkan atas nama penjaga seketika (caretaker).

Aku pun buat masa ni terpaksa la menjaga MDS Shipping yang penyelianya telah mengambil skim perberhentian secara sukarela (VSS). Juga secara tak langsung keja aku pun semakin bertambah...apa boleh buat..pekerja yg berdedikasi la katakan...aku mengikut je apa yg diarahkan. Adios...

Thursday, April 29, 2010

Facebook


Satu fenomena luar biasa kini
PM pun dah ada mak Guard pun ada
Tokwan pun ada Nenek pun ada
Nelayan pun ada Penjenayah pun ada

Facebook...muka buku sebutan bahasa ku
Namun ramai yang tak gunakan itu
Hanya FB singakatan panggilannya
Itupun ramai yang suka
Mendekatkan diri pada kawan seluruh dunia

Harapan semoga jangan ada yang salah guna
Mampu membuatkan dunia gulana
Hilang kasih hilang sempurna
Silaturrahim kita terus terjaga......

Saturday, April 3, 2010

Hahaha....

Sini pun lama jugak la tak update......ntah la..aku bukan dilahirkan untuk berblog ni...tapi saja cuba pi la...peduli apa ngan org...ni blog aku...ikut suka aku la nak buat apa pun....ekeke....

Sunday, July 12, 2009

Lamanyaaa....

Dah lama aku tak update blog ni...dah malas gila nak berblog ni. Bukan pandai sangat pun..saja nak buang masa yang terluang. Kadang2 tu ada idea tapi tak ada masa. Kadang2 tu ada masa tapi tak ada idea. Kadang2 tu ada semuanya tapi line internet plak tak ada.

Jadi semua ini adalah alasan aku tak update blog ni...hehehe. Tu pun jangan...teringin nak buka satu blog lagi...tapi yg tu pun aku tak kumpulan sasaran untuk sapa.

Apa pun klu yang terbaca blog ni aku nak ucapkan Terima Kasih. Walaupun tak ramai aku tak kisah. Bukan aku nak tunjuk kat sapa sangat. Cuma sebagai sekadar luahan perasaan aku je. Yang tak baca lagi la aku tak amik hati...nak amik hati macam mana dah hangpa tak baca blog aku..nyeh..nyeh..nyeh....

Friday, May 8, 2009

Ngantuk

Aku dah mengantuk...tapi ada modal macam-macam nak update blog ini.

Tak tahan dah la....nanti2 la aku cerita lagi....lambat dengan cepat saja....

Harap2 situasi yang pelik2 tu akan selesai secepat mungkin...

Amin......KEMBALIKAN DEMOKRASI!!

Friday, May 1, 2009

Tak Sihat (Bukan selsema babi)

Nak demam...
Tak larat....
Sakit sendi....

Cuma tak selsema je....
Risau juga dengan selsema Babi la ni...
Banyak penyakit datang dari babi....
Cuma aku heran ada lagi yang suka makan babi...

Pesan Illahi 1400 tahun yang lepas
JANGAN MAKAN BABI

Terbukti kini kebenaran sebabnya...
Bukan pesan saja...
Bukan tak bagi makan...
Bukan nak menghalang...

Tapi dah memang tak boleh makan...
Sebab babi ni pengotor...

Kesunyian

Bila
kita
keseorangan,
bkn
kita
tak
berteman,
bkn
jua
kita
bersendirian,
tapi
akal
yang sejengkal
itu teman,
ilmu
di dada
itu
kawan,
dan
Al-QURAN
itulah
panduan.

Thursday, April 30, 2009

X tau...

Dah lama tak update blog ni...aku pun x tau nak tau nak update apa....

Tu yang malas masuk blog sendiri nak update tu.....

Asyik2 dok masuk blog orang lain je la....

Ekekeke......

Thursday, March 26, 2009

Lelaki VS Wanita

Sebelum anda membaca entri ini, cuba jawab soalan ini dahulu. Agak-agak, betul ke yang wanita ini kompleks dari lelaki? Hurm…fikir-fikirkanlah sambil anda membaca.
LelakiWaktu lunch, jalan ke tempat makan Sampai kedai makan, masuk Ambik Pinggan Letak nasi Letak Lauk Ke kaunter, Bayar nasi dan Air Sekali Makan Habis Balik Opis or G surau PerempuanWaktu lunch, jalan ke kedai makan Perhatikan orang waktu jalan Sempat mengumpat dulu Sambil jalan betulkan tudung, tgk baju sendiri, tgk kaki Tengok baju orang lain, especially yang cantik dr baju sendiri. Sampai kedai makan, jenguk-jenguk dulu Ramai orang,cari kedai lain. Jalan lagi Dah puas ati..masuk.. Survey lauk dulu 2, 3 minit. Carik2 pinggan, ambik pinggan Belek-belek pinggan, bersih ke?? tak bersih?..eeeeiiii. . Dah puas ati, ambik nasi Ambik nasi ceduk sikit-sikit Tak sah kalau tak ceduk 2/3 kali Buang balik nasi.banyak. . Tak puas ati, banyak lagi..buang lagi..(tinggal sejemput) Godek2 sikit nasi dalam pinggan 2minit Carik lauk. Survey dulu keliling meja. Tenguk sana, tenguk sini Jengok dlm bekas lauk, ambik kuah sikit Jengok bekas lauk lain, ceduk kuah sikit lagi Jengok lagi? sambil tu tengok2 orang, jeling-jeling Ambil lauk Pusing lagi Carik sayur pulak! Ambik sayur selepas survey dan keliling 2 minit Ke kaunter bayaran Tgk2 nasi dlm pinggan Berbisik ngan kawan “alaamak byk la aku ambik� Sampai depan kaunter “berapa?� Bukak dompet..belek2 celah kad2 bank, celah kad2 nama, celah gambar2.. Keluarkan duit Buat isyarat mata ngan member (sbb nasi mahal) Tutup dompet. Ambik nasi Tinjau-tinjau tempat duduk. Jumpa tempat duduk..alamak kotorlah!!! Cari tempat duduk lain Jumpa. Duduk.. Alamak. Air tak order lagi Tinjau2, carik org order air..sambil tangan betulkan tudung Order air Bangun Ambik sudu Duduk Bangun Ambik Tisu Duduk Air sampai Belek dompet (Step tadi) Bayar Tutup Minum air Start makan Tengok-tengok orang sambil makan Makan separuh..kenyang Sebab dah minum air Letak sudu, letak garpu Pinggan tolak tepi Borak2 kater makanan tak sedap Ngumpat2..tg korang Pukul 2, naik opis.. Ambik beg makeup, g surau!!!!! Hak3. So, adakah perempuan memang kompleks atau list ni yang saja ditokot tambah?

Tuesday, September 23, 2008

+ Cubicle +


Apa itu cubicle? Cubicle adalah sebuah kotak seluas 8 kaki X 6 kaki yang mampu dihuni seramai 4 orang. So hari ni pun aku nak citer skit la pasal cubicle ni. Dari bulan 9 2004 aku sudah berada di cube atas dengan 1 pc 2nd hand. Selepas itu..baru bos aku order satu desktop optiplex GX270 dekat aku. Kira desktop tu full spec jugak la waktu tu.


Selepas kira2 empat tahun cubicle aku diatas sana semalam aku terima satu panggilan dari Bos aku yang mengarahkan aku bertukar ke cube berhampiran dengannya..alamak..mula la rasa tak seronok pasal aku kena duduk sebelah dia...Nak tak nak terpaksa la aku mendengar arahan dia...betapa sayang sekali selepas 4 tahun aku diatas kini kena tinggal dibawah plak....


Dekat atas tu stationery aku yang pegang, A4 Paper pun aku pegang...so aku x dak masalah langsung pasal stationery ni dengan aku. La ni..mati kutu la aku...bos ada sebelah...tapi dia ok aku rasa...cakap pun lembut dgn aku..cuma nak kena kontrol skit la lepas ni...Ada pro & con la duduk bawah ni. Yg bestnya aku tak payah la naik turun naik turun lagi atas bawah dan tak membengangkan kawan2 se'lunch' aku kerana aku lambat turun.


Yang tak bestnya signal radio untuk aku dengar panggilan hangit pagi2 dah tak clear lagi....kelajuan internet pun kurang skit berbanding masa aku kat atas. Apa pun buat masa ni aku kena sesuaikan diri aku dengan keadaan ini dulu. Baru sehari je aku dok kat sini nak komen lebih2 tak boleh la...tak adil untuk cube baru aku ni.....