Showing posts with label POLITIK. Show all posts
Showing posts with label POLITIK. Show all posts

Sunday, August 1, 2010

Statement bangkai - Utusan Meloya

Cadangan mahasiswa berpolitik tidak wajar - Khaled

JOHOR BAHRU 31 Julai - Cadangan Pemuda UMNO supaya kerajaan meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) bagi membolehkan golongan mahasiswa aktif berpolitik adalah langkah yang kurang wajar.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, walaupun saranan itu bersyarat iaitu pensyarah perlu menumpukan kepada pengajaran manakala pelajar memberi perhatian terhadap pelajaran namun pelbagai masalah akan timbul.


p/s: Mcm mana dia ni blh jadi menteri. Patut la pelajar kita masuk tertutup pemikiran. Ini semua nak bagi melayu jadi bengap. Bangsa la dah pandai berpolitik melayu masih dok jadikan politik yang berteraskan bangsa. Aduyaii.....

Friday, June 11, 2010

Dari kacamata MAZA 2

Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Mei 9, 10
5:52pm

Kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussein bahawa kerajaan pusat mempertimbangkan untuk mengeluarkan lesen judi sempena Piala Dunia 2010 demi mengelakkan berleluasa kegiatan judi haram adalah satu kenyataan yang memalukan dan amat menyalahi cara fikir yang lurus.

Saya ingin tegaskan hal ini berasaskan perkara berikut:

1. Dari segi Islam adalah menjadi asas bahawa 'tindakan pemerintah terikat dengan maslahah'. Maslahah dalam konteks ini adalah kepentingan atau kebaikan rakyat dan negara itu sendiri.

Ini seperti juga yang disebut oleh al-Imam al-Syafi'i r.h: “Kedudukan pemerintah di sisi rakyat bagaikan kedudukan penjaga anak yatim” (lihat: Al-Sayuti, al-Asybah wa al-Nazair).

Apakah memberikan lesen judi itu memberikan kebaikan atau mempunyai kepentingan umum rakyat? Atau ia hanya kepentingan segelintir taukeh dan kaki judi semata?

Jika ia tidak memulangkan kepentingan umum atau kebaikan kepada rakyat maka itu bukan tindakan pemerintah yang bertanggungjawab.

2. Tidak dinafikan judi dan arak memang mempunyai keuntungan dan beberapa manfaat untuk pihak-pihak tertentu.

Namun, ancaman dan bahayanya jauh lebih besar dibandingkan manfaat yang bakal diterima.

Al-Quran menyebut: (maksud) “Mereka bertanya engkau (wahai Muhammad) tentang arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa (keburukan) yang besar dan manfaat kepada manusia.

Namun dosa (keburukan) keduanya lebih besar dari manfaatnya” (Surah al-Baqarah ayat 219).

Maka dengan itu, sekadar untuk digunakan cukai judi berkenaan untuk kegiatan sukan bukan satu alasan. Kerosakan judi lebih besar dari manfaat yang akan diterima.

Membiayaan untuk membaikinya nanti jauh lebih tinggi.

3. Judi sama ada 'dilesenkan' atau tidak dilesen keburukannya sentiasa dominan.

Ia menyebabkan pembaziran tanpa sebab, sikap bergantung nasib tanpa kewarasan, merosakkan keluarga, menimbulkan tabiat suka berhutang, membawa kepada kejatuhan ekonomi individu secara mengejut, ketagihan tabiat buruk tersebut yang luar biasa dan berbagai lagi keburukan yang lain.

Akal waras manusia dari semua aliran agama dan masyarakat, bahkan yang tidak beragama pun tetap menyatakan judi selalu merosakkan masyarakat.

4. Jika pun judi itu untuk masyarakat bukan Islam, saya tetap katakan masyarakat Malaysia bukan masyarakat judi.

Tiada ajaran mana-mana agama yang menggalakkan judi. Tiada siapa pun dalam mana-mana bangsa atau agama dalam negara ini sanggup untuk mendakwa 'judi adalah budaya kami', atau 'kebanggaan hidup kami'.

Jika ada, itu terkeluar dari norma kewarasan. Tiada isteri yang normal sukakan suaminya kaki judi.

Maka, jangan kaitkan atau hidupkan budaya ini secara terbuka dalam masyarakat kita. Kaki judi sentiasa dipandang negatif dalam semua masyarakat yang rasional.

5. Judi akan menggalakkan tabiat berhutang dan pergaduhan. Sama ada diberi lesen atau tidak, tetap sama.

Hutang along atau hutang bank, tetap bebanan hutang.

Jika diberi lesen terbuka, yang tertutup tetap berjalan seperti biasa. Itu bukan alasan yang munasabah.

6. Peranan pemerintah adalah mencegah keburukan, bukan menaja atau bersaing dengan penjenayah. Cadangan tersebut hanya mengubah 'tauke' sahaja dari yang berlesen kepada yang tidak berlesen.

Apakah nanti mungkin kita akan wujudkan tempat 'hisap candu berlesen' untuk mengelakkan penagih candu menghisapnya di tempat yang tidak berlesen?

Jangan fikir lesen dan cukai keuntungan sahaja, kerajaan hendaklah berfikir kesan yang akan menimpa rakyat nanti!

Maka, saya sekali lagi membantah cadangan ini dan meminta semua rakyat Malaysia yang waras dan mempunyai nilai-nilai agama dan moral membantah cadangan ini!

Dari kacamata MAZA

Ulama Umno bakar kapal
Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Mei 28, 10
10:43pm

Saya bukan orang politik. Bukan aktivis mana-mana parti. Saya seorang rakyat yang memerhati perkembangan pemikiran Islam dalam negara ini.

Artikel ini akan menyebut istilah ulama Umno atau ulama pro-Umno. Walaupun istilah ini umum, namun saya mengecualikan mereka yang ikhlas dan tidak bersikap seperti yang disebutkan nanti.

Saya tidak faham mengapakah Umno kebelakangan ini suka berkeras mengambil pandangan-pandangan agama yang bersifat perkauman dan amat konservatif.

Dulu mereka lebelkan PAS demikian. Namun hari ini apabila PAS mula membuka ufuknya, melihat Islam dalam kerangka yang lebih luas, Umno pula yang cuba kembali ke zaman ortodoks tersebut.

Ya, memang masih ada dalam PAS sendiri kelompok yang 'ala ulama Umno' hari ini, yang juga mengurung diri dengan pandangan-pandangan yang agak konservatif dan menolak keluasan ijtihad.

Namun suara pembaharuan dan keterbukaan jelas kedengaran dalam PAS. Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak lagi bersendirian dengan pandangan-pandangan pembaharuannya.

Pelik, sebagai pemerintah mengapa Umno menerima pandangan-pandangan yang sempit itu. Padahal pandangan-pandangan itu hanyalah tafsiran 'kurang luas' golongan konservatif agama, atau satu ijtihad yang boleh untuk dilihat atau dibandingkan dengan ijtihad yang lain.

Apakah kerana Umno merasakan bahawa mereka hanya mampu bernafas dalam iklim yang kurang 'oksigen keluasan ijtihad' atau hanya gas perkauman dan fahaman 'sempit' agama sahaja yang mampu menghidupkan Umno.

Keserasian wajah 1Malaysia

Atau, apakah ulama-ulama pro-Umno hanya mampu bernafas selagi parti itu dikurangkan oksigen keluasan berfikir? Atau, apakah Umno melihat rupa paras Islam dalamnya hanya mampu dilihat jika ia bersifat keras dan sokongan Melayu pun akan datang kepadanya dengan membakar isu-isu tersebut?

Di

manakah keserasian wajah 1 Malaysia Perdana Menteri dengan pendekatan Islam Umno hari ini?

Sebagai pemerintah bagi sebuah negara yang berbilang bangsa dan agama, oksigen keluasan ijtihad diperlukan oleh Umno. Mengapakah Umno menerima pendapat-pendapat yang menajamkan salah faham terhadap Islam di negara ini.

Dulu Umno menolak pihak yang membangkitkan tuduhan 300 ribu orang Melayu murtad serta menuduh individu dan institusi itu dan ini sebagai pusat Kristian.

Hari ini pendapat pihak seperti tersebut diterima pakai. Bahkan beliau dijadikan perlambangan ulama pro-Umno. Atau memang Umno kini berminat dengan perdekatan yang sifatkan media antarabangsa sebagai 'ala-ala Taliban'?

Segala tudingan Umno dahulu kepada PAS sebagai pembawa Islam sempit dan jumud, hari ini PAS hampir dapat membebaskan diri dan imejnya seumpama itu sedangkan sebaliknya Umno pula yang memakai seragam kejumudan dan kesempitan tersebut.

Peguam bukan Islam

Lihat, isu peguam bukan Islam di Mahkamah Syariah. Media-media Umno membesar-besarkan isu ini seakan ia akan memusnah orang Islam.

Diambil pendapat pihak yang menyatakan bahawa itu akan mengelirukan umat Islam dan mengancam Islam. Saya ditanya oleh Utusan Malaysia, namun apabila saya beri pendapat yang berbeza, ia tidak disiarkan.

Isu itu boleh memberikan gambaran salah kepada bukan Islam, dan juga generasi baru Muslim mengenai Islam.

Bagaimanakah mungkin, universiti rasmi kerajaan UIAM memberikan sijil yang sah dalam bidang tersebut kepada peguam berkenaan, tetapi kerajaan yang sama menyatakan ia tidak boleh digunapakai?

Apakah ini secocok dengan keadilan Islam?

Kedua, bayangkan dalam sebuah negara Islam sepenuhnya yang hanya bertunjangkan Mahkamah Ssyariah, tiba-tiba kita beritahu bukan Islam tidak boleh menjadi peguam!

Apakah dalam negara yang berbilang agama ini, mereka akan pandang tinggi tentang konsep keadilan di mahkamah yang bersifat Islam seperti itu?

Peguam ialah pembela. Sesiapa sahaja boleh membela tertuduh di mahkamah Islam. Yahudi pernah menang kes menentang Saidina 'Ali dalam pertikaian baju besi.

Pada zaman Nabi SAW dan al-Khulafa al-Rasyidin, tiada sistem guaman secara rasmi. Seseorang boleh menuntut keadilan dengan hujah-hujahnya di hadapan hakim. Untuk membela atau berhujah, sesiapa pun boleh berhujah.

Penentunya, sistem kehakiman itu sendiri, bukan peguam. Di zaman kini lebih jelas. Undang-undang telah dienakmenkan. Ia bertulis dan setiap pihak terikat dengan undang-undang bertulis itu.

Sesiapa sahaja yang berhujah, sama ada Islam atau bukan Islam, mereka terikat dengan hal tersebut. Hakim akan menentukannya secara adil. Keadilan sebenar dapat diperolehi jika hakim adil.

Setiap pihak berhak membela diri, dan berhak meminta sesiapa sahaja yang mampu membelanya. Keadilan itu buta warna kulit dan jenis agama.

Islam yang seperti itulah patut digambarkan jika kita ingin menuju kepada Islamisasi negara yang sebenar. Jika ada beberapa peruntukan undang-undang yang kurang sesuai dalam masyarakat yang rencam ini maka ia perlu diubah.

Cara Umno mengendalikan isu tersebut, mengelirukan bukan Islam!

Jika tidak mahu benarkan, mengapa dia diizinkan melalui pengajian dan menghabiskan masa untuk itu, kemudian dimaklumkan 'sijil awak tidak laku'.

Ulama pro-Umno bising. Menariknya, apabila ada orang yang ditahan tanpa diberikan hak perbicaraan, mereka diam! Tidakkah ini mengelirukan Islam dan bukan Islam?

Jika ini tidak diubah, Islam di negara ini terus menjadi defensive, takut pada bayang-bayang sendiri dan gagal memahamkan bukan Islam tentang keindahan Islam.

Lebih 50 tahun Umno memerintah, generasi baru bukan Islam bertambah prejudis dengan Islam yang dibawa oleh Umno. Golongan muda Islam juga demikian.

Agama dijadikan senjata permusuhan, bukan lagi rahmat yang menimbulkan kedamaian dan keyakinan rakyat kepada keindahan Islam.

Jika tanpa pendakwah-pendakwah dan tokoh-tokoh yang ikhlas menjelaskan tentang hakikat Islam sebenar, tentu bukan Islam bertambah prejudis kepada Islam.

Generasi Islam yang terpelajar juga akan mula mempersoalkan Islam seperti ini.

Isu kalimah Allah

Isu kalimah Allah juga demikian. Ulama pro-Umno, termasuk 'ala Umno' yang berada dalam PAS membakar rakyat awam dengan isu ini.

Sehingga ada ulama pro-Umno yang cuba mengkafirkan orang lain dalam isu nama Allah tersebut. Tidak cukup dengan 300 ribu yang dimurtadkan dulu, ditambah pula ahli politik yang cuba dijadikan murtad baru.

Semuanya kerana tafsiran yang sempit. Padahal, isu itu boleh diselesaikan dengan adil dan saksama. Diraikan hak agama lain dan dibuat beberapa peraturan untuk ketenteraman awam. Saya sendiri telah menggaris panduan dalam media. Bukan Islam ramai yang setuju.

Namun, ada yang cuba bermain sentimen rakyat yang kurang faham.

Media Umno pula hanya menerang pendapat sebelah pihak. Namun sekarang apabila melihat kekalahan di Sibu yang membabitkan penduduk Kristian, Umno mula gelisah. Apakah Umno akan meminta fatwa baru dari 'mufti' yang setia berkhidmat itu?

Isu masuk masjid

Isu bukan Islam tidak boleh masuk ke dalam masjid juga dipopularkan oleh media Umno. Padahal larangan bukan Islam masuk masjid hanya salah satu pendapat dalam kalangan ulama.

Ulama hadis ramai berpendapat sebaliknya. Ini disebabkan hadis-hadis menunjukkan bukan Islam pada zaman Nabi SAW masuk ke dalam masjid dan mempelajari Islam.

Jsuteru, di zaman kini yang banyak salahfaham terhadap Islam, mereka lebih patut dibenarkan masuk.

Cumanya, letakkan beberapa peraturan atas asas siyasah syar'iyyah(islamic administration). Namun, jika apabila dikemukakan pendapat bahawa bukan Islam boleh masuk ke masjid, bangkitlah ulama-ulama pro-Umno dengan fatwa-fatwa ketat dan seakan hendak berjihad mempertahankannya.

Malang sekali, apabila timbul isu judi bolasepak, tidak pula mereka berani lantang dan tegas. Tidakkah ini mengelirukan? Apa tidaknya, apabila bukan Islam hendak masuk masjid dihalang, tapi apabila diberikan keizinan berjudi didiamkan!

Isu Sebat

Isu sebat tiba-tiba muncul. Dulu Umno sensitif dengan hudud. Dalam persekitaran yang ada, saya juga fikir PAS tidak perlu menegaskan isu hudud. PAS sejak dulu patut angkat isu keadilan seperti mereka lakukan sekarang.

Keadilan itulah objektif. Hudud adalah mekanisma yang boleh diselaraskan apabila keadaan wajar.

Hukum yang baik untuk tempat yang sesuai. Sama seperti wanita yang baik untuk lelaki yang baik. Jika wanita yang baik dikahwinkan dengan lelaki yang jahat, kepincangan akan berlaku.

Demikianlah hudud. Saya telah beri pandangan dalam masalah ini.

Tapi kini, tidak semena-mena tanpa mukadimah yang jelas agar rakyat faham, Umno mencanangkan isu sebat Kartika dan tiga wanita di Wilayah Persekutuan.

Menurut laporan media, mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria kata sesiapa hina hukum sebat murtad kerana ia hukum Allah. Namun, apabila Sultan Pahang batalkan hukuman, beliau berkata itu hak Sultan.

Saya telah beri pandangan dalam kes ini, boleh rujuk laman web saya. Keajaiban ulama dalam media Umno!

Perarakan Maulid

Apabila Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat kata perarakan maulid bukan galakan agama, media Umno dan ulama pro-Umno membuat ulasan.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng diserang. Walaupun saya ketika itu menulis dalam Mingguan Malaysia, saya memberikan pandangan yang berbeza.

Artikel saya 'Melayu dan Mamak Penang' boleh dirujuk. Media Umno jadikan seakan isu itu benteng Melayu-Islam di Malaysia.

Di Kelantan, lebai entah dari mana datangnya, pun menulis diMingguan Malaysia kononnya Nik Aziz - Wahabi disebabkan isu-isu seperti ini.

Bisinglah mereka. Malangnya, media dan ulama pro-Umno tidak pula bising keruntuhan moral muda-muda Melayu-Islam saban tahun disebabkan perhimpunan pesta sambutan tahun baru yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin politik!

Inilah ulama yang pro-Umno sekarang. Apakah mereka ini dapat menarik perhatian generasi baharu Islam dan bukan Islam kepada Islam?

Barah

Banyak lagi isu lain jika hendak disebutkan yang membabitkan ulama dalam Umno.

Saya bukan anti-Umno tetapi inilah realitinya. Saya ramai sahabat dalam Umno. Kepimpinan Umno bermula dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sehingga ke lapisan bawah, ramai yang baik dengan saya. Tapi ini realiti. Kritikan saya untuk semua. Kali ini khas untuk Umno.

1 Malaysia yang dicanangkan oleh Najib akan tenggelam dibakar oleh pemikiran sempit dan berkepentingan oleh sesetengah ulama Umno ini.

Malang sekali, di kala rakyat Malaysia mula bersikap terbuka, memahami Islam dari kerangkanya yang luas, menelaah ijtihad yang berbagai dan bersedia untuk berhujah secara matang, Umno memilih fatwa atau pandangan yang kian sempit dan berkepentingan.

Dunia sudah terbuka disebabkan media baru, Umno cuba kembali ke zaman selepas kemerdekaan.

PAS yang dahulunya dilihat kolot, mula dipenuhi dengan tokoh-tokoh politik Islam yang kian matang dan mampu mengadaptasi Islam dalam lakarannya yang luas. Pada masa yang sama Umno sedang kerumuni oleh sesetengah mereka yang 'narrow-minded' dan melihat Islam dalam kerangka perkauman.

Bolehkah 1 Malaysia tajaan Perdana Menteri berjaya jika ini terus berlaku. Generasi muda Islam dan bukan Islam telah jauh ke hadapan meninggalkan kesempitan ini. Islam dalam kerangkanya yang lebih universal akan mengambil tempat.

Ulama Umno sebenarnya sedang membakar kapal sendiri dan menenggelamkannya. Perdana Menteri, patut menilai semula agenda 1 Malaysia!

Penulis adalah pensyarah Bahagian Pengajian Islam, Universiti Sains Malaysia sebelum dilantik menjadi mufti Perlis bermula 1 Nov 2006 – 30 Nov 2008. Beliau mendapat ijazah Ph.D dalam Islamic Revealed Knowledge And Haritage (Al-Quran And Sunnah Studies), UIA (2003) dan lulusan Ijazah Hadith dengan mendapat 5 ijazah sanad menerusi jalur ulama India (2001).

Beliau telah menghasilkan tidak kurang 20 buku, khususnya berkaitana dengan keagamaan dan membentangkan lebih 40 kertas kerja di peringkat tempatan mahupun luar negara.

Wednesday, May 26, 2010

Tidak merugikan Malaysia - Utusan Meloya

JOHOR BAHRU 25 Mei – Penyerahan semula tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Singapura kepada negara jiran itu tidak akan merugikan Malaysia.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman sebaliknya menjelaskan, negara meraih keuntungan besar apabila tanah KTMB di republik itu diganti dengan tanah yang lebih bernilai tinggi mengikut pasaran semasa.


p/s: Ingat rakan2 semua...cari sama berita dari sumber lain...jangan dok percaya sangat ngan media2 kerajaan la ni...bnyk cerita yg disembunyikan. Balik cari dan buat kajian sendiri...jgn dok main percaya bulat2 je....habis la tanah kita lepas ni....

Wednesday, May 5, 2010

Panel khas mulakan tugas lawat lokasi kejadian Aminulrasyid terbunuh - Berita Heran

SHAH ALAM: Panel khas yang ditubuhkan untuk memantau siasatan berhubung insiden kematian Aminulrasyid Amzah, awal pagi Isnin minggu lalu, memulakan tugas mereka dengan melawat tempat kejadian kes itu, sebentar tadi.

Panel yang diketuai pengerusinya, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop, dilihat mula berkumpul di Hotel Concorde Shah Alam kira-kira jam 9.30 malam.
Mereka kemudian melawat beberapa lokasi dan laluan yang dipercayai dilalui Aminulrasyid dan rakannya, Muhamad Azamuddin Omar, kedua-duanya berusia 15, sebelum mangsa terkena tembakan di kepalanya dan mati di riba Muhamad Azamuddin, di tepi sebuah rumah di Jalan 11/2G, Seksyen 11, di sini.

Panel khas itu dibawa menaiki sebuah bas yang diiringi kereta polis dan kereta peronda, menyusuri laluan yang dikatakan digunakan kedua-dua remaja terbabit, termasuk 6 kilometer terakhir yang dikatakan laluan mereka ketika dikejar peronda polis pada awal pagi kejadian, pada 26 April lalu.

Antara tempat yang dilawati termasuk, Bulatan Kayangan, Bulatan Bestari, berdekatan UiTM, restoran Ali Corner di Jalan Platinum G 7/G, di mana semua kejadian bermula, selepas Aminulrasyid dikatakan bergesel dengan sebuah motosikal ketika baru tiba di restoran itu.

Banyak betul PANEL la ni...ada panel pintu...ada panel penilai...ada panel jawatankuasa sana sini...sekali ada kes je tubuh PANEL...nampaknya kita semakin tidak dipercayai....

Monday, May 3, 2010

Saturday, May 1, 2010

Nak bunuh orang konon.......!


Hmm......budak setahun jagung dah nak tunjuk juah...bila 1Malaysia semua tau mula la kelam kabut nak tutup facebook dia...haha..cakap boleh runtuh langit...kena gejut skit teloq habis masuk dalam.....kesiannn........

Friday, May 8, 2009

PRK Lagi

Beberapa bulan selepas berakhirnya Pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh. Kini PRK kembali lagi disini.
Aku dan rakan-rakan ku kini tak sabar untuk turun membantu jentera pilihan raya Pakatan Rakyat.
Suasana meriah kini akan kembali disini. Bagaikan satu pesta atau kenduri kahwin orang dulu-dulu apabila
melihatkan Pakatan Rakyat (PR) bekerjasama.

Kita akan lihat jentera-jentera PR dari seluruh Malaysia datang dan berkampung di sekitar Penanti. Kita juga akan melihat betapa
cekal dan bersemangatnya anggota PR dalam menjalankan tugas masing-masing meskipun tidak mendapat ganjaran atau setidak-tidaknya
mendapatkan nasi bungkus berlaukkan telur rebus kuah gulai (aku alami sendiri beb. Tapi aku tetap bersyukur). Kita juga akan dapat melihat
Melayu, Cina, India, Benggali dan lain-lain bekerjasama bertungkus lumus memastikan kemenangan Pakatan Rakyat nanti.
Sesuatu yang tidak ada pada UMNO, sesuatu yang UMNO tidak mampu lakukan melain menggunakan kuasa wang ringgit.

Disini juga kita akan melihat terjadinya pertembungan antara hak dan batil serta tipu daya dan penuh muslihat. Fitnah juga akan berleluasa terhadap PR.
Namun begitu rakyat Permatang Pauh khususnya di Penanti tahu apa yang perlu dilakukan. Mereka lebih tahu apa yang mereka mahukan. Mereka lebih
selesa berada di bawah Pakatan Rakyat. Mereka tidak mudah ditipu dan diperdaya oleh penceramah-penceramah yang bernama Mohd tv3, Khairul rtm, Isa Bin Utusan dan Bakar bin Berita Hairan
serta juga media cetak elektronik yang lain jelmaan UMNO.

Tipulah rakyat M'sia apa saja dengan berita-berita palsu. Tipulah rakyat M'sia dengan menunjukkan calonnya meredah banjir membantu mangsa-mangsa.
Tipulah rakyat M'sia dengan janji-janji peruntukan kepada masjid-masjid. Tipulah M,sia dengan peruntukan sana sini,
Tipulah rakyat M'sia dengan ceramah-ceramah BN yang hanya berjumlah 1000 orang namun dipadatkan dan ditunjukkan di media masa seolah-olah 20 ribu orang
Tipulah budak-budak mat rempit dengan wang ringgit untuk membawa bendera UMNO mengelilingi bandar. Tipulah mereka wahai UMNO tipulah satu Malaysia…..Tetapi mereka lupa bahawa penduduk Penanti
tidak mudah terpedaya, penduduk Penanti tidak mudah digula-gulakan, Penduduk Penanti tidak gilakan wang dan harta.
Penduduk Penanti rela dan berkorban apa saja dalam memastikan kemenangan Pakatan Rakyat di DUN Penanti.

Datanglah wahai UMNO/BN, datanglah membawa projek-projek mee segera. Kami akan menanti dengan senyum kelat, kami akan menanti dengan senyum yang
sengaja dibuat-buat, kami juga menanti dengan tangan yang digenggam erat…..

Perak

  1. Pening aku dengan situasi di Perak sekarang ni...dah jadi caca marba...payah juga kalau kuasa eksekutif untuk perlantikan Menteri Besar ini
  2. Pelik tak kalau keputusan mahkamah yang belum keluar lagi tapi di DUN Perak pakat-pakat nak berebut jadi MB.
  3. Boleh ke MB haram yang dilantik datang ke dewan sedangkan dia telah digantung daripada menghadiri sidang rakyat.
  4. Yang pelik kalau kata diri ada kuasa yang sah..kenapa tak buat je undi tidak percaya pada Speaker?
  5. Kenapa MB haram kini merayu sana-sini meraih simpati dan sokongan rakyat negeri Perak?

Sunday, February 22, 2009

- Akhbar hari ini 4 -

“Saya Menteri Besar dilantik Sultan Perak”, jelas Zambry - Utusan Meloya


IPOH 21 Feb. — Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir hari ini sekali lagi menjelaskan bahawa kedudukan beliau sebagai ketua kerajaan negeri Perak adalah jelas tetapi telah cuba diberi tanggapan yang sebaliknya oleh pihak tertentu.
“Saya Menteri Besar yang dilantik oleh Sultan Perak, ini proses yang jelas tetapi ada yang putar-belitkan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Membina Negara Bangsa peringkat negeri di sini hari ini.



Muahaha....kecewa nampak orang tak iktiraf.....kesian...nyeh..nyeh...nyeh...



Adnan Yaakob tanding jawatan MT UMNO - Utusan Meloya


KUANTAN 21 Feb. — Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata beliau akan bertanding jawatan anggota Majlis Tertinggi UMNO pada pemilihan parti yang akan berlangsung bulan depan.
Katanya keputusan itu dibuat selepas mengambil kira nasihat rakan-rakan walaupun beliau sebelum ini memutuskan untuk tidak bertanding.



Hehehehe...masyuk..masyuk....mana boleh lepas...Nasihat rakan-rakan?? Hehehe...macam Hareem......


Pelabur asing jauhi Perak disebabkan krisis perlembagaan: Nizar - Berita Hairan

IPOH: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini mendakwa pelabur asing tidak yakin untuk datang ke Perak jika krisis perlembagaan dibiar berterusan.

Beliau berkata, kemelut perlembagaan sehingga menjejaskan ekonomi dan pembangunan negeri itu tidak akan selesai selagi Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Beliau berkata demikian pada majlis meraikan wartawan sebelum secara berpindah dari kediaman rasminya di sini, hari ini.

Hehehe....dengar tu...org dok suruh bubar DUN tak mau...ketegaq biji....apa punya turr...

Thursday, February 19, 2009

- Akhbar Hari Ini 3 -

Jangan politikkan isu penjenayah ditembak: Syed Hamid - Berita Hairan

KUALA LUMPUR: Parti pembangkang hari ini diingatkan supaya tidak menjadikan kejayaan polis menembak mati enam penjenayah di Kampung Kemunting, Kulim, Kedah dua hari lalu, sebagai isu politik atau perkauman.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, berkata parti pembangkang sepatutnya memberi penghargaan terhadap komitmen polis dalam menjaga keselamatan negara. "Saya tidak faham, kenapa semua perkara mereka (parti pembangkang) nak politikkan. Polis berjaya menumpaskan kumpulan perompak yang dikehendaki dan polis terpaksa balas tembakan kerana penjenayah terbabit mulakan tembakan, mereka hanya pertahankan diri.

Aik..pasal apa tiba2 dok ungkit pasal ni..?? mamun ke apa? Pakatan Rakyat tak kata apa pun lagi...ada apa2 ke ni? macam hareemm....

Abdullah anggap Sivakumar bantah keputusan Sultan Perak - Utusan Meloya

PUTRAJAYA 19 Feb. — Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menganggap tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak V. Sivakumar melarang Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir daripada menghadiri persidangan dewan itu selama 18 bulan sebagai membantah dan menentang keputusan Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Perdana Menteri berkata kerajaan negeri Perak bagaimanapun akan terus berfungsi dan menjalankan pentadbiran sebagaimana yang dikehendaki oleh rakyat dan sebagai kerajaan yang sah.

Aii...lupa ke kat Terengganu thn lepas?? mamai kot..tdoq tak cukup ka? pandai kata orang derhaka... Macam haremmm....

BN tidak cadang adakan p'raya di Perak - Malaysiakini

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) di Perak tidak bercadang untuk mengadakan pilihanraya sebagai cara untuk menyelesaikan kemelut politik di negeri itu, tetapi akan terus memerintah demi rakyat di negeri berkenaan.

"Dalam situasi yang ada sekarang ini, saya fikir lebih baik sekiranya kerajaan BN terus dengan pemerintahannya. Buatlah apa yang boleh untuk rakyat negeri Perak," kata Perdana Menteri.

Nyeh..nyeh..nyeh..takut nampak..? kalau bubar terang la kalah mat ngantuk ni...time Pilihanraya ni mesti sibuk...tak dak masa la nak tdoq puas2... macam hareemm....

Thursday, January 22, 2009

Politik wang pemilihan Umno: 12 lagi ditahan SPRM - mStar

PETALING JAYA: Sehari selepas mengumumkan bahawa tiga orang akan dihadapkan di mahkamah hari ini berhubung politik wang pemilihan Umno bahagian baru-baru ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperluaskan operasinya dengan dipercayai menahan 12 yang lain.

SPRM menahan mereka, yang berasal dari Pahang kerana menerima wang daripada pemimpin kanan Umno untuk mempengaruhi undi ketika pemilihan.
Difahamkan mereka ditahan semalam dan kelmarin dipercayai menerima rasuah antara RM300 sehingga RM500 seorang.
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Shukri Abdullah berkata, 12 individu tersebut ditahan sejak petang kelmarin di sekitar daerah Maran dan Temerloh.


Sapa dia ni? Kenapa tak bagitau? Anak siapa? Tinggal dekat mana? Kenapa tak dedahkan nama-nama tu? Wartawan tak dapat kesan ke siapa dia? Pelik.....kalau geng Pakatan Rakyat lengkap semua ni..... agak2 la....nyeh..nyeh..nyeh..

Sunday, January 18, 2009

=Keputusan PRK K.Terengganu=



Pertama sekali Syukur Kehadrat Illahi……
1. Semua dah tau keputusan PRK Kuala Terengganu hari ini.

2. Agakkan aku tepat sekali. Kerusi ini dimenangi wakil dari PAS Mohd Abdul Wahid Endut.

3. BN kalah Najib pun pulang. Sama macam kat Pmtg Pauh hari tu.

4. Dalam dewan semua penyokong pembangkang sahaja yang tinggal. Bermakna penyokong BN semuanya sudah mengetahui yg mereka awal2 lagi sudah tewas
5. Semua penyokong setia BN kini dok ghaplah…asyik dok kalah saja.
6. Adakah BN kini betul2 telah ditolak rakyat? Relevankan BN kini?

7. Semua menggaru kepala yang tak ada kutu mencari jawapan.

8. Keputusan majoriti pembangkang pun dah meningkat ke 2,631 undi.

9. Pola pengundian kini telah berubah hala tujunya.

10. Walaupun pembangkang diserang hebat dari segenap penjuru terutamanya dari TV3 suku dan media cetak namun Allah lebih berkuasa keatas semuanya

11. Buat la mcm mana pun. Kalau Allah izinkan barulah jadinya.

12. Harapan rakyat sudah tentulah kepada YB yang baru dilantik Mohd Abdul Wahid Endut untuk menjalankan tugas dan amanah yang diberikan rakyat dengan sebaik-baiknya

13. TAKBIR 3x!!

Monday, January 12, 2009

Pilihanraya Kecil KT - P036


Aku tak tau sapa yang akan menang nanti dalam PRK Kuala Terengganu ni...tapi apa yang boleh aku bgtau senang je. Sapa yang berada di KT tu akan tau sapa yang akan menang. Senang je nak tau....kalau ceramah dari BN orang ramai..memang BN yg akan menang la.

Tapi kalau PR yang ceramahnya lebih mendapat sambutan...memang terang la PR akan menang. Jadi penduduk di KT lebih memahami suasana semasa yang berlaku sekarang ni. Seperti juga di PRK Pmtg Pauh tahun lepas.
Penduduk disekitarnya dah tahu siapa yang akan menang. Cuma biasalah siapa yang dok baca paper dan tgk tv tu....mesti dok cerita pasal BN saja...akhirnya Arif Shah tersungkur juga walaupun beliau dikatakan popular di kawasan Seberang Jaya.
Mungkin di KT ni agak berbeza dari Pmtg Pauh. Ini kerana pada PRU tahun lepas saingan memang sengit dari kedua-dua parti itu. Berbeza pula dengan Pmtg Pauh yang memang menjadi kubu kuat Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Dapat dilihat ceramah dari PKR dapat memenuhi sebuah mini stadium berbanding ceramah yang dianjurkan BN yang hanya dapat memenuhkan gelanggang bola keranjang ataupun kawasan rumah persendirian. Dari sini penduduk di sekitar Pmtg Pauh sudah dapat mengetahui siapa pemenangnya.
Jadi penduduk KT....anda penentunya...dan anda tahu kini siapa pemenangnya......
Selamat Mengundi....

Sunday, January 11, 2009

Pilih calon bukan kerana muka - Kosmosos

KUALA TERENGGANU - Pengundi di kawasan Parlimen Kuala Terengganu perlu menilai calon Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh berdasarkan keupayaannya dan bukan raut mukanya, kata Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ni apa cerita ni statement anak pak Yassin ni...igt kami gay ke yang nak tgk rupa paras...ekeke..agak2 la anak Yassin ooii...

Orang buta kalau buat keja pun org suka la....
Orang bisu kalau buat keja pun org suka la.....
Orang cacat kalau buat keja pun org suka la....
Penduduk Kuala Terengganu punya suka la.....
Agak2 la........

Projek bukan pancing undi - Utusan Meloyakan

KUALA TERENGGANU 10 Jan. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, projek-projek yang diumumkan di kawasan ini sejak beberapa hari lalu adalah sebahagian daripada pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan di Parlimen November lalu.

Justeru Timbalan Perdana Menteri berkata, adalah tidak benar untuk mana-mana pihak mengaitkan projek-projek yang diumumkan itu dengan Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu yang berlangsung sekarang.

Nih...nak bohong pun agak2 la ajib...satu Malaysia tahu la..sekali nak ada pilihanraya je mesti semua jalan akan diturap semula...yg dulu jalan tidak ber tar pula akan di tar kan...

Pakej ransangan ekonomi konon...agak2 la...ekekeke

Saturday, December 6, 2008

Henti projek pembangunan cerun: PM - Berita Harian

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta semua kerajaan negeri menimbang untuk menghentikan projek perumahan di kawasan lereng bukit dan cerun yang berisiko tinggi. “Negeri lain juga adalah baik jika tidak dibenarkan pembangunan perumahan di kawasan cerun. Ia bukan satu kerugian tapi demi keselamatan,” kata Perdana Menteri pada sidang akhbar selepas melawat kawasan tanah runtuh di Bukit Antarabangsa di sini, yang menyebabkan 14 banglo tertimbus hari ini.

Baru nak menghentikan ke?? selepas tragedi Highland Tower yang berlaku 15 tahun baru nak hentikan ke? kenapa tak hentikan 15 tahun dulu? Apa punya turrr...lembab sungguh mamat ni. Bila kita kata macam pahat dan penukul mula la nak marah. Sekali ketuk sekali jalan....

Lepas 2-3 tahun ni tak ada tanah runtuh semua diam...lepas tu buat semula rumah di lereng bukit. Lepas tu ada runtuhan tanah semua maka menyalak la semula orang untuk hentikan projek perumahan di lereng bukit. Macam tu la......lemahh......

Saturday, November 29, 2008

Melayu Sana Melayu Sini

Hari ni nak sembang pasal politik skit. Lama dah tak sembang...malas nak update kat blog ni pasal politik...nak kena fikir banyak....

JOHOR BAHRU 29 Nov. _ Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata, kenyataan Timbalannya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berhubung ketuanan Melayu tidak menggambarkan pendirian parti itu yang mewakili masyarakat Cina.
Tegas Tee Keat, sebarang kenyataan mengenai isu tersebut akan dibuat oleh jurucakap parti di peringkat kebangsaan dan negeri di bawah biro penerangan.
Justeru, pendirian peribadi tidak boleh dianggap sebagai pendirian parti, kata Menteri Pengangkutan itu selepas mempengerusikan Jawatankuasa Perhubungan MCA Johor di bangunan MCA negeri di Jalan Segget di sini hari ini.- Utusan.


Kenapalah semua orang melatah sangat dengan ketuanan melayu ni? Sebab kita dok fikir pasal melayu sana la...melayu sini la yang melemahkan melayu ni... Kita kena berpijak pada bumi yang nyata....kembalilah kepada Islam. Utamakan Islam dulu baru la fikirkan hal bangsa melayu ni....sekarang secara tidak langsung kita telah menerima azab kecil dari Allah S.W.T. Islam dilupakan dan asyik dok fikir melayu sana melayu sini la.

Segala statistik berkaitan segala sosial, orang melayu adalah bangsa yang teratas keburukannya. Tidak ada kualiti langsung...pasal apa?? pasal dok fikir melayu sana melayu sini la....gejala mat rempit, pelacuran, kemiskinan, jenayah orang melayu adalah dominannya. Cuba fikir sejenap bangsa apakah yang mengharumkan nama Malaysia? Nicol Ann David, Lee Chong Wei, Mohanandas malah penyumbang-penyumbang pingat emas untuk Malaysia di sukan-sukan antarabangsa sama ada SEA, komanwel dan Olimpik. Berbangsa apakah mereka-mereka ini? Bangsa manakah penyumbang terbesar pingat negara??

Jadi amat lucu sekali jika orang melayu mula melatah berhubung ketuanan melayu. Saya bukanlah anti melayu malah saya juga berbangsa melayu. Yang penting Islam mesti didahulukan dahulu dan Insya Allah. Allah akan memberikan kemudahan pada hambanya dalam meneruskan kehidupan di dunia yang sementara ini. Kembalilah pada ajaran Islam yang sebenarnya.

Friday, September 26, 2008

- Pak Lah Terdesak -

Malaysiakini

Pemilihan Umno ditangguh hingga Mac
Jimadie Shah Othman Sep 26, 08 12:11pm
kemaskini 2:04pm Majlis Tertinggi Umno memutuskan hari ini untuk menangguhkan perhimpunan agung serta pemilihan parti dari Disember ke Mac tahun depan.
Penundaan ini bertujuan memastikan proses peralihan kuasa berjalan lebih awal.
Ia dilihat sebagai usaha mendesak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan kuasa kepada Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam tempoh enam bulan.


Nyeh..nyeh..nyeh...dah tak lama dah la tu Pak Lah....bagai telur didalam kuali...bila panas telur akan keras (siap digoreng). Nampaknya berbagai penentangan sama ada dari luar atau dari dalam BN sendiri yang mahukan Pak Lah berundur. Namun media massa arus perdana seperti Utusan Meloya dan Berita Hairan menulis dengan gaya tulisan paling manis dan enak sekali.

Bermula dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Zaid Ibrahim yang menentang penahanan 3 orang dibawah ISA diikuti dengan perletakan jawatannya. Kemudian disusuli pula dengan kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyifatkan tempoh peralihan kuasa adalah terlalu lama. Kini dua orang menteri iaitu Datuk Seri Rais Yatim dan Datuk Shafie Afdal yang boleh dianggap senior telah menyarankan supaya kerusi Presiden dan Timbalan Presiden dipertandingkan telah menampakkan penolakan secara terang-terangan terhadap Pak Lah.

Pak Lah semakin lelah dengan situasi terkini dan langkah terbaru yang dilakukan untuk menahan serangan dari pelbagai penjuru ini adalah dengan menangguhkan tarikh perhimpunan agung UMNO ke bulan Mac tahun depan. Keadaan ini dilihat adalah sebagai jalan terakhir untuk mempertahankan jawatan dan rangkaian perniagaan anak dan menantunya.

Mohafero - Wakaka...kesian kat hg ni Pak Lah...orang dah tak mau tu...tak kan buat2 tak faham...dok tunggu apa lagi..mau cargas la secepat mungkin. Australia kan ada....nyeh..nyeh....nyeh....

Tuesday, September 23, 2008

= Berita Utama Hari Ini =

Petikan Utusan Meloya

PUTRAJAYA 22 Sept. – Kerajaan tidak bercadang melaksanakan semula kaedah tambatan ringgit kepada dolar Amerika Syarikat (AS) dalam menghadapi keadaan ekonomi global yang tidak menentu.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan komited untuk membenarkan pasaran menentukan nilai mata wang negara


Nampaknya orang dah tak mau dengar dah mantan PM tua tu....nyeh..nyeh...siapa hang la ni?? Berkokok tak tentu hala....

Petikan Berita Hairan

Nilai mata wang Malaysia dijangka kekal kukuh: NajibPUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak, yang memulakan tugasnya secara rasmi sebagai Menteri Kewangan semalam menegaskan, Malaysia tidak akan menambat semula ringgit kerana yakin nilai mata wang tempatan itu akan kekal kukuh. Timbalan Perdana Menteri berkata, Malaysia berpendirian bahawa pendekatan terbaik mengurus nilai ringgit ialah dengan membiarkan kuasa pasaran sendiri menentukan nilai sebenar dan bukan bertindak menentukannya.

Pelik berita hairan ni...semua sudah dijangka la...kalau hgpa dengar cakap mantan tua tu...muka bos hg nak letak kat mana ajib oii....ghoplah!

Petikan NST online

Sabah Umno Youth has voiced its support for Khairy Jamaluddin in the contest for the movement’s top post in the December party elections.
Its head Datuk Japlin Akim said Khairy, who is the movement’s vice-chief, had shown his leadership qualities that could appeal to the youths and help fulfil their aspirations.“My colleagues in Sabah Umno Youth and I will give our undivided support to Khairy as we are aware of his commitment to Umno’s struggle and is a person who can be guided as he likes to listen to the views of others,” he told Bernama here today.


Ni lagi sorang toya mat abas yang gila kuasa. Nampak je buat2 senyap tu...padahal dok adjust sana sini merata nak suruh orang pilih dia jadi ketua Pemuda. Pemuda Sabah tu ingat nak sokong saja ke...mesti ada masyuk punya....macam tu la UMNOMORE.....