Saturday, February 28, 2009

Ade Pompuan lain??

Suatu hari...seorang suami baru pulang dari meeting (sebenar nye
dating)...dan melihat isterinya menangis teresak2...

Suami : kenapa ni yang?

Isteri : Sudahla bang..lepaskan saja saya ni!!

Suami : Eh..kenapa awak cakap camtu plak??

Isteri : Saya tahu..awak ada jumpa perempuan len kan ?

Suami : Eh...apa awak cakap ni??

Isteri : Sudahla bang..semua nya dah tebukti...ada perempuan yang jawab
telefon masa saya call awak...dah banyak kali..

Suami : Eerr..aaa... ba..baik la..abang mengaku..abang ada perempuan
len..tapi..apa yang perempuan tu cakap kat awak?

Isteri : Huh..nyampah. ..mentang2 saya tak tau omputeh...tapi saya ada
hafal apa yang dia cakap..

Suami : dia cakap apa?

Isteri : dia cakap.."The number u have call..cannot be reached at this
momment..please try again"..asal saya telefon je..dia cakap camtu...dia
tak reti cakap melayu ke????


Heheh. sekadar untuk merehatkan otak...(^^)

Meh dengar ceramah dulu...

http://www.youtube.com/watch?v=exprybffmfg

Hargailah isteri anda......


Mulianya seorang isteri disisi Allah...

Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak



Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda,sayangilah mereka......
Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya. Cuti bersalin juga sehingga 60 hari , Bila dah bersalin tu, susukanlah anak..jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak.. Si suami pulak, jgn la berebut dgn anak utk menyusu pulak…. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah , Tapi bila dah habis cuti tu.. layan lah suami.."offer" lah pada suami , Nabi bersabda : berjimak dgn isteri itu pahala ..jangan buat deekkk jeee, Jangan buat alasan itu dan ini pulak….ingat tu si isteri yee!!! Kata nak pahala lebih…

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. ..sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.. Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandungAllah sentiasa mengampunkan dosanya,Lahir saja bayi seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapiAllah beri kelonggaran siksa kubur. Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahalatetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua. .
Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.
Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariatAllah agar tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampirkepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi. Woman was made from the rib of man,She was not created from his head to top him, Nor from his feet to be stepped upon, She was made from his side to be close to him, From beneath his arm to be protected by him,Near his heart to be loved by him. "Wahai Tuhan... ku tak layak ke syurgamu ...namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...kamilah hamba yang mengharap belas darimu ....

"Ya Allah...jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa ..ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"......
Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah. Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini. Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!"

Marilah kita ucapkan kalimah ini: "Laa ilaaha illallah!" x 10

Wednesday, February 25, 2009

Seorang Polis Traffik, Kawan Baiknya & Sehelai Surat Saman


Good one to share.....

Dari kejauhan, lampu lalulintas di satu
persimpangan itu masih
menyala hijau. Harun segera menekan pedal minyak
kenderaannya. Dia
tak mau terlambat. Apalagi ia tahu penempatan di
situ cukup padat
sehingga lampu merah biasanya menyala cukup lama.
Kebetulan jalan
di depannya agak lengang. Lampu berganti kuning.
Hati Harun berdebar
berharap semoga ia boleh melepasi lampu hijau itu
dengan segera.

Tiga meter sebelum garis jalan, lampu merah
menyala. Harun
bimbang, haruskah ia berhenti atau terus saja.
"Ah, takkan nak brake mendadak," fikirnya
sambil terus memandu laju.

Priiiiiiiiiiiiiiit! Di seberang jalan seorang
pegawai polis melambaikan
tangan memintanya berhenti. Harun menepikan
kenderaannya agak jauh
sambil mengumpat dalam hati. Dari cermin pandang
sisi ia melihat
pegawai polis itu. Wajahnya tak terlalu asing
baginya.

Jamal rupanya! Sahabat baiknya semasa di sekolah
menengah dulu. Hati
Harun agak lega. Dia cepat cepat keluar sambil
melambai mesra..

"Pekabo, Jamal! Lamanya tak jumpa...last jumpa
masa aku kawen dulu"

"Aku baik je." Tanpa senyum.

"Alahai...aku ndak cepat nih. Bini aku dah
lama menunggu di rumah."

"Oh ye ke?" Nampaknya Jamal ragu.

"Ye la Mal, hari ini bini aku punya birthday.
Dia dan anak-anak
sudah menyiapkan semuanya. Tentu aku tidak boleh
terlambat,
kawan-kawannya pun sedang menunggu "

"Aku paham. Tapi, sebenarnya aku dah lama
peratikan kau...selalu sgt
kau langgar lampu merah di persimpangan ini."

Harun mesti ganti strategi.

"Jadi, kau nak menyaman aku ker? Tapi tadi aku
tidak melanggar lampu
merah. Sewaktu aku jalan lampu kuning masih
menyala." Berdusta
sedikit boleh melancarkan keadaan fikir Harun.

"Ok. Sebenarnya aku nampak jelas. Tolong
keluarkan lesen dan kad
pengenalan."

Dengan kesal Harun menyerahkan lesen dan kad
pengenalan lalu masuk ke
dalam kenderaan dan menutup kaca tingkapnya.
Sementara itu Jamal
menulis sesuatu di buku catatannya. Beberapa saat
kemudian Jamal
mengetuk kaca tingkap kereta harun. Harun memandang
wajah Jamal dengan
penuh kecewa.

Diturunkan tingkap sedikit saja.

"Ah, satu inci cukup untuk memasukkan surat
saman." Fikir Harun.

Tanpa berkata-kata Jamal terus kembali ke tempat
dia bertugas.
Harun mengambil surat saman yang diselitkan Jamal.

Tapi, hei apa ini. Ternyata lesen memandu dan ic
dikembalikan
bersama sebuah nota. Kenapa ia tidak menyaman aku.
Lalu nota ini
apa? Semacam gurauan atau apa?

Tergesa-gesa Harun membuka dan membaca nota yang
berisi tulisan tangan Jamal.

------------ --------- --------- --------

"Harun...

Kau tahu kan aku dulu ada seorang anak perempuan
dan seorang isteri yang
cantik. Sayang, mereka sudah meninggal dunia.

Dilanggar pemandu yang tidak memperdulikan lampu
merah di
persimpangan ini.

Pemandu itu dihukum penjara selama 3 bulan.
Sekarang pemandu itu
bebas bertemu isteri dan memeluk ketiga2 anaknya
lagi.

Sedangkan anak dan isteriku sudah tiada. Hari ini
aku sendirian
menyesali peristiwa itu. Yang pergi tidak akan
kembali lagi.

Beberapa kali aku cuba memaafkan pemandu itu tetapi
sangat sukar.

Begitu juga kali ini bila sahabatku sendiri memandu
seperti pemandu itu.
Aku kecewa teramat sgt.

Berhati-hatilah ketika memandu Run" - Jamal
------------ --------- --------- --------

Harun terkedu. Ia segera keluar dari kenderaan
mencari Jamal. Namun,
Jamal sudah meninggalkan pos tempat ia bertugas.

Sepanjang jalan pulang ia memandu perlahan dengan
hati tak tentu
sambil berharap kesalahannya dimaafkan.

Tak semestinya anggapan kita adalah sama dengan
pengertian orang
lain.

Boleh jadi suka kita adalah duka rakan kita.

Hidup ini sangat berharga, jalanilah dengan penuh
hati-hati, mengerti
perasaan orang lain dan bertimbangrasa.

33 Facts about Guyz


*really very true...................


1. Guys don't actually look after good-looking girls. they prefer neat and presentable girls.
2. Guys hate flirts.
3.When a guy says he doesn't understand you, it simply means you're not thinking the way he is.
4. Guys may be flirting around all day but before they go to sleep,they always think about the girl they truly care about ..
5. When a guy really likes you, he'll disregard all your badcharacteristics.
6. Guys go crazy over a girl's smile.
7. Guys will do anything just to get the girl's attention.
8. When you touch a guy's heart, there's no turning back.
9. When a girl says "no", a guy hears it as "try again tomorrow"..... so true.
10. You have to tell a guy what you really want before he gets the message clearly.
11.. Guys love their moms.
12. A guy would sacrifice his money for lunch just to get you a couple of roses.
13. A guy often thinks about the girl who likes him. But this doesn't mean that the guy likes her.
14. You can never understand him unless you listen to him.
15. If a guy tells you he loves you once in a lifetime. He does.
16. Beware. Guys can make gossips scatter through half of the face ofthe earth faster than girls can.
17. Like Eve, girls are guys' weaknesses.
18. Guys are very open about themselves.
19.. It's good to test a guy first before you believe him. But don't lethim wait that long.
20. Guys hate it when their clothes get dirty. Even a small dot.
21. Guys really admire girls that they like even if they're not thatmuch pretty.
22. If a guy tells you about his problems, he just needs someone to listen to him. You don't need to give advice ... very true.
23. A usual act that proves that the guy likes you is when he teasesyou.
24. Guys keep secrets that girls tell them.
25. Guys think too much.
26. Guys fantasies are unlimited.
27. Girls' height doesn't really matter to a guy but her weightdoes! ... very true.
28. Guys tend to get serious with their relationship and become toopossessive. So watch out girls!!!
29. Guys are more talkative than girls are especially when the topic is about girls.
30. You can truly say that a guy has good intentions if you see himpraying sometimes..
31. If a guy says you're beautiful, that guy likes you.
32.. Guys hate girls who overreact.
33. Guys love you more than you love them IF they are serious in your relationships.Doesn't this all make sense?

+ TT@RNR +

Sedikit gambar ketika aku menghadiri TT di Route69 Bandar Perda sebelum bertolak ke RNR Bagan Ajam. Ramai juga malam tu..tak ingat dah sapa lagi...budak2 island pun ramai yang turun. Antara yang aku ingati adalah Azeyop, Mamu Leedawn, Papopeng dan PMS. Yang aku tak perasan nama tu aku minta maaf la noo....
Meriah juga malam tu di RNR..ramai dengan mat-mat rempit, mat-mat kereta, bohjan, bohsia, teh boh dan bohong semua....nyeh..nyeh...lepak juga la kat situ sambil minum di warung berhampiran sambil menghirup udara laut sepoi2 bahasa walaupun ketika itu musim kemarau. (ketika artikel ini ditulis hujan sedang mencurah2 di Bandar Perda)

TT ini berakhir pada pkl 1.30 pagi dan ke semua rakan telah pulang ke rumah masing2 kecuali Papopeng yang tak silap aku terus pulang ke tempat kerjanya (mengulaq la tu). Tujuan TT ini berjaya meyambungkan tali silaturahim sesama rakan sekelab.
Sekian.
Saya yang menurut perintah
Afero Yang Hero

Tuesday, February 24, 2009

+ Eagle Eye +


Hmm....ni bukan cerita pasal lampu helang plak. Ni cerita pasal lampu kereta la....kalau tak faham juga buat-buat pi la tak faham.

Sebenarnya lampu ini dipanggil Eagle Eye mungkin kerana ia berbentuk seperti mata helang. Ntah la..aku pun x dak bukti yang kukuh..aku main agak je...ekekeke.

3-4 Minggu lepas aku ada la pi buat DIY di Penang, umah Papopeng...tapi memandangkan laptop aku dah kong maka beberapa keping gambar yang aku amik dan upload dalam laptop ni dah hilang selepas aku format balik laptop ni. Rugi rasa pasal tak upload awal2. Takpa la...nak buat mcm mana....

Untuk sessi DIY yang kedua berlangsung di umah Art plak sempat la aku snap 3-4 keping gambar. Tapi Eagle Eye (EE) aku dah siap dah la...cuma aku saja menyibukkan diri untuk melihat art bersusah payah untuk menyiapkan EE dia tu. Dengan dibantu tenaga kudrat seekor kambing gurun aka matyun, art dapat menyiapkan EE tu dengan seberapa segera berbanding dengan aku yang dapat menyiapkan dalam masa sehari.

Kos untuk memasang lampu ni lebih kurang RM50 je la campur dengan cat spray Flat Black sekali. Kat sini aku sertakan serba sedikit gambar untuk tontonan 18SX dan keatas saja. Yang tak pakai baju tu terpaksa aku rahsiakan namanya memandangkan aku telah diberi rasuah nasi goreng kampung telur mata..hehehe...
Apapun jelas terpancar di wajah saudara art apabila lampu dia menyala dengan terang sekali tanpa ada masalah seperti yg berlaku kepada sorang rakanku ketika sessi DIY pertama berlangsung dulu.

Sunday, February 22, 2009

- Akhbar hari ini 4 -

“Saya Menteri Besar dilantik Sultan Perak”, jelas Zambry - Utusan Meloya


IPOH 21 Feb. — Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir hari ini sekali lagi menjelaskan bahawa kedudukan beliau sebagai ketua kerajaan negeri Perak adalah jelas tetapi telah cuba diberi tanggapan yang sebaliknya oleh pihak tertentu.
“Saya Menteri Besar yang dilantik oleh Sultan Perak, ini proses yang jelas tetapi ada yang putar-belitkan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Membina Negara Bangsa peringkat negeri di sini hari ini.



Muahaha....kecewa nampak orang tak iktiraf.....kesian...nyeh..nyeh...nyeh...



Adnan Yaakob tanding jawatan MT UMNO - Utusan Meloya


KUANTAN 21 Feb. — Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata beliau akan bertanding jawatan anggota Majlis Tertinggi UMNO pada pemilihan parti yang akan berlangsung bulan depan.
Katanya keputusan itu dibuat selepas mengambil kira nasihat rakan-rakan walaupun beliau sebelum ini memutuskan untuk tidak bertanding.



Hehehehe...masyuk..masyuk....mana boleh lepas...Nasihat rakan-rakan?? Hehehe...macam Hareem......


Pelabur asing jauhi Perak disebabkan krisis perlembagaan: Nizar - Berita Hairan

IPOH: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini mendakwa pelabur asing tidak yakin untuk datang ke Perak jika krisis perlembagaan dibiar berterusan.

Beliau berkata, kemelut perlembagaan sehingga menjejaskan ekonomi dan pembangunan negeri itu tidak akan selesai selagi Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Beliau berkata demikian pada majlis meraikan wartawan sebelum secara berpindah dari kediaman rasminya di sini, hari ini.

Hehehe....dengar tu...org dok suruh bubar DUN tak mau...ketegaq biji....apa punya turr...

Jam 2 Pagi


Jam 2 pagi

Pakcik dan Makcik semua bermimpi

Anak-anak muda berpakaian ranggi

Muda-muda tak kisah dinihari

Berpoya-poya di malam hari


Jam 2 pagi

Masa untuk mat rempit bermaharajalela

Malam minggu adalah malam raya

Bohsia dan Bohjan bersuka ria

Mengadakan pesta dengan penuh ceria


Jam 2 pagi

Kedai mamak tempat bertemu

Selepas seminggu tidak ketemu

Hilai ketawa macam orang dungu

Orang kata ikut suka mu...


Jam 2 pagi

Penyamun perompak memulakan kerja

Tak kira dikampung atau di bandaraya

Ingin senang cara mudah sahaja

Tak peduli nasib orang teraniaya

Hmm....boring

X tau nak buat apa...
Nak pi tdoq....tak ngantuk
Nak layan DVD...tak ada mood
Nak main gasing...dah malam

So dok la depan laptop ni layan blues sorang2
Ajak member buat TT haram...semua ada hal
SMS member nak pi lepak umah dia...x reply plak
Layan la 2 forum aku tu....
Layan la TV gmbr yg ntah apa2 malam ni
Time ni dok layan wisel penamat

Best juga sembang pasal bola ni...
Dengar macam2 pendapat dari pemanggil
Ada yg baik dan ada yang meroyan...
Ada yg cakap tak mau berhenti..
Punya la baguih dok cerita..
Last2 kena potong tang corner dgn pengacara

Nasib baik la Kedah seri malam ni
1-1 sama dengan UPB-Myteam
Hasil jaringan Badrol Bakhtiar
Pertandingan piala FA pusingan kedua
Harapan moga menang di KL nanti

p/s: TT Haram = Sesi minum Teh Tarik

Saturday, February 21, 2009

Senyum......


One morning at a doctor's surgery a patient arrives complaining of serious back-pain.The doctor examines him and asks him 'OK, what happened to your back?' The patient replies 'You know that I work for a local night club?Thismorning I got home to my apartment early and heard a noise in my bedroom.On entering I knew someone had been with my wife and the balcony door was open.

I rushed out the balcony door and did not find anyone.As I looked downfrom the balcony I saw a man running out and he was dressing himself.I grabbed the fridge and threw it at him, that's how I strained my back'.

The 2nd patient arrives looking as if he has been in a car wreck.
The doctor said 'My previous patient looked bad, but you look terrible.What the hell happened to you? 'He replied, 'You know I have been unemployed for a while now .
Today was the first day at my new job. I forgot to set my alarm and wasrunning late.
I was running out of the building, getting dressed at the same time, and you won't believe it but I was hit by a fridge.

The 3rd patient arrives; he looks even worse than the other two patientsdo.The doctor is shocked. Again asks, 'What the hell happened to you.....?''Well I was sitting in a fridge & someone threw it from the 3rd floor.

DOA UNTUK KAHWIN........

*"Ya Allah, kalau dia memang jodohku,jodohkanlah......
Tapi kalau bukan jodohku,jodohkanlah jugak.....
Jika dia tidak berjodoh dgnku,maka jadikanlah kami jodoh....
Kalau dia bukan jodohku,jangan sampai dia dapat jodoh yg lain, selain ku.....
Kalau dia tidak bisa di jodohkan dgn ku, jangan sampai dia dpt jodoh yglain, biarkan dia tidak berjodoh sama spt diriku.....
Dan saat dia telah tidak memiliki jodoh, jodohkanlah kami kembali.....
Kalau dia berjodoh dgn org lain,putuskanlah!Jodohkanlah dgn ku.....
Jika dia tetap menjadi jodoh org lain,biar org itu ketemu jodoh dgn yg lain dulu dan kemudian jodohkan kembali dia dgn ku.....(nak nak sangat ni..!!!.)AMIN........

= Terlalu =


1.Terlalu lama berdiri - merosakkan tulang. Urat sekitar kaki menjadi kembang.

2. Terlalu lama duduk - merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur.

3. Terlalu lama berjalan - merosakkan urat.

4. Terlalu lama melihat - merosakkan darah.

5. Terlalu banyak tidur - merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. Jauh jodoh!

6. Terlalu banyak ketawa /gembira - merosakkan usus.

7. Terlalu kerap marah - merosakkan hati. Cepat kelihatan tua.

8. Terlalu banyak berfikir - merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut.

9. Terlalu banyak bersedih - merosakkan jantung.

10. Terlalu merana - merosakkan paru-paru.

11. Terlalu takut - merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.

12. Terlalu kerap terkejut - merosakkan pundi hempedu. Gejala pening kepala kerap dialami.

13. Terlalu banyak makan - merosakkan pencernaan. Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk.

14. Terlalu banyak minum minuman berais - merosakkan otot & lambung. Badan menjadi lembik. Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit & tidak kelihatan awet muda.

15. Terlalu banyak masa lapang - merosakkan fikiran. Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dgn aktiviti hidup yg positif .

Friday, February 20, 2009

Ketika Mayat Dikebumikan

SUARA YANG DIDENGAR MAYAT


Yang Akan Ikut Mayat Adalah Tiga hal yaitu;

1. Keluarga

2. Hartanya

3. Amal nya



Ada Dua Yang Kembali Dan Satu akan Tinggal Bersamanya yaitu;

1. Keluarga dan Hartanya Akan Kembali

2. Sementara Amal nya Akan Tinggal Bersamanya.

Maka ketika Roh Meninggalkan Jasad ...Terdengarlah Suara Dari LangitMemekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan..·
- Apakah Kau Yang Telah MeninggalkanDunia, Atau Dunia Yang Meninggalkanmu·
- Apakah Kau Yang Telah Mengumpul HartaKekayaan, Atau Kekayaan Yang Telah Mengumpulmu·
- Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia,Atau Dunia Yang Telah Menumpukmu·
- Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia,Atau Dunia Yang Telah Menguburmu.'

Ketika Mayat Tergeletak Akan Dimandikan ....Terdengar Dari Langit SuaraMemekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan....·
- Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat,Mengapa Kini Terkulai Lemah·
- Mana Lisanmu Yang Dahulunya Fasih,Mengapa Kin i Bungkam Tak Bersuara·
- Mana Telingamu Yang DahulunyaMendengar, Mengapa Kin i Tuli Dari Seribu Bahasa·
- Mana Sahabat-Sahabatmu Yang DahulunyaSetia, Mengapa Kini Raib Tak Bersuara

'Ketika Mayat Siap Dikafan ...Suara Dari Langit Terdengar Memekik,'WahaiFulan Anak Si Fulan· - Berbahagialah Apabila Kau BersahabatDengan Ridha·
- Celakalah Apabila Kau Bersahabat DenganMurka Allah·
- Kini Kau Tengah Berada Dalam SebuahPerjalanan Nun Jauh Tanpa Bekal·
- Kau Telah Keluar Dari Rumahmu Dan TidakAkan Kembali Selamanya·
- Kini Kau Tengah Safar Pada SebuahTujuan Yang Penuh Pertanyaan.

'Ketika Mayat Siap Disholatkan ....Terdengar Dari Langit Suara Memekik,'Wahai Fulan Anak Si Fulan..·
- Setiap Pekerjaan Yang Kau Lakukan KelakKau Lihat Hasilnya Di Akhirat·
- Apabila Baik Maka Kau Akan MelihatnyaBaik·
- Apabila Buruk, Kau Akan MelihatnyaBuruk.

'Ketika MayatDiusung. ... Terdengar Dari Langit Suara Memekik, 'Wahai FulanAnak Si Fulan..·
- Berbahagialah Apabila Amal mu AdalahKebajikan·
- Berbahagialah Apabila Matimu DiawaliTaubat·
- Berbahagialah Apabila Hidupmu PenuhDengan Taat.

'Ketika Mayat Dibaringkan Di Liang Lahat.... terdengar Suara Memekik Dari Langit,'Wahai Fulan Anak Si Fulan....
· Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari RumahmuYang Luas Di Dunia Untuk Kehidupan Yang Penuh Gelap Gulita Di SiniWahai Fulan Anak Si Fulan....·
- Dahulu Kau Tertawa, Kin i Dalam PerutkuKau Menangis·
- Dahulu Kau Bergembira, Kin i DalamPerutku Kau Berduka·
- Dahulu Kau Bertutur Kata, Kini DalamPerutku Kau Bungkam Seribu Bahasa.

'Ketika Semua Manusia Meninggalkannya Sendirian... . Allah BerkataKepadanya, 'Wahai Hamba-Ku.... .
· Kini Kau Tinggal Seorang Diri
· Tiada Teman Dan Tiada Kerabat
· Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit DanGelap..
· Mereka Pergi Meninggalkanmu. Seorang Diri
· Padahal, Karena Mereka Kau Pernah Langgar Perintahku
· Hari Ini,....· Akan Kutunjukan Kepadamu
· Kasih Sayang-Ku· Yang Akan Takjub Seisi Alam
· Aku Akan Menyayangimu
· Lebih Dari Kasih Sayang Seorang Ibu PadaAnaknya'.

Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang Allah Berfirman , 'Wahai Jiwa Yang Tenang
· Kembalilah Kepada Tuhanmu
· Dengan Hati Yang Puas Lagi Diridhai-Nya·

Maka Masuklah Ke Dalam JamaahHamba-Hamba- Ku·

Thursday, February 19, 2009

- Akhbar Hari Ini 3 -

Jangan politikkan isu penjenayah ditembak: Syed Hamid - Berita Hairan

KUALA LUMPUR: Parti pembangkang hari ini diingatkan supaya tidak menjadikan kejayaan polis menembak mati enam penjenayah di Kampung Kemunting, Kulim, Kedah dua hari lalu, sebagai isu politik atau perkauman.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, berkata parti pembangkang sepatutnya memberi penghargaan terhadap komitmen polis dalam menjaga keselamatan negara. "Saya tidak faham, kenapa semua perkara mereka (parti pembangkang) nak politikkan. Polis berjaya menumpaskan kumpulan perompak yang dikehendaki dan polis terpaksa balas tembakan kerana penjenayah terbabit mulakan tembakan, mereka hanya pertahankan diri.

Aik..pasal apa tiba2 dok ungkit pasal ni..?? mamun ke apa? Pakatan Rakyat tak kata apa pun lagi...ada apa2 ke ni? macam hareemm....

Abdullah anggap Sivakumar bantah keputusan Sultan Perak - Utusan Meloya

PUTRAJAYA 19 Feb. — Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menganggap tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak V. Sivakumar melarang Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir daripada menghadiri persidangan dewan itu selama 18 bulan sebagai membantah dan menentang keputusan Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Perdana Menteri berkata kerajaan negeri Perak bagaimanapun akan terus berfungsi dan menjalankan pentadbiran sebagaimana yang dikehendaki oleh rakyat dan sebagai kerajaan yang sah.

Aii...lupa ke kat Terengganu thn lepas?? mamai kot..tdoq tak cukup ka? pandai kata orang derhaka... Macam haremmm....

BN tidak cadang adakan p'raya di Perak - Malaysiakini

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) di Perak tidak bercadang untuk mengadakan pilihanraya sebagai cara untuk menyelesaikan kemelut politik di negeri itu, tetapi akan terus memerintah demi rakyat di negeri berkenaan.

"Dalam situasi yang ada sekarang ini, saya fikir lebih baik sekiranya kerajaan BN terus dengan pemerintahannya. Buatlah apa yang boleh untuk rakyat negeri Perak," kata Perdana Menteri.

Nyeh..nyeh..nyeh..takut nampak..? kalau bubar terang la kalah mat ngantuk ni...time Pilihanraya ni mesti sibuk...tak dak masa la nak tdoq puas2... macam hareemm....

Tuesday, February 17, 2009

Lawak TV3 suku



Kisah lawak yang datang dari TV3 amat mencuit hati aku. Betapa teruknya sikap yang ditunjukkan oleh stesen TV no 1 di Malaysia itu.
Cerita pasal Elizabeth Wong dijaja sehebat-hebatnya. Dasyat sungguh depa ni…punya la nak mencari sumber berita untuk menghentam Pakatan Rakyat. Nasihat aku cukup-cukup la TV3 suku ooii…orang dah naik muak dan nak muntah mendengarnya…kah..kah…kah…

Hgpa hentam cukup-cukup noo amoi cina tu…yang hgpa semua kalut pasai apa?! Nak tengok kot gambar tu…bawak-bawak mengucap la semua…Patut la hati hgpa dok gelap..kira dok tengok gambar tu. Macam mana ngan video sorang pelakon tu? Macam mana dengan kes Pramugara terlampau tu? Macam mana ngan video lucah pelakon drama tu? Satu Malaysia tahu tapi hangpa tak bising..siap nak cover lagi.

Hgpa cukup seronok pasal ni…aku tak tau la pasal apa hgpa cukup suka dengan semua ni….
Biarlah kat dia dulu…dia pun dah buat report polis kata kena aniaya dengan teman lelaki dia. Betul ke tak betul ke biar polis siasat..jangan dok kelam kabut tak tentu pasal…apa punya turr…seolah-olah dia dah buat kesalahan yang maha besar di Malaysia. Yang bekas MB penyapu tu pun nak interframe juga…amboi-amboi…tak padan ngan orang tak mau tu…ada hati nak suruh orang letak jawatan. Hang diam dah la woi..mentang-mentang muka dah cekang kira nak masuk TV saja hang…dulu time MB hang pi bagi penyapu…padan muka hg orang dah sapukan muka hang tu.

Tunggu la dua PRK ni…aku nak tengok rakyat termakan ke tak hasutan TV 3 suku tu..kesian aku kat depa..punya nak bagi rating tinggi…agak2 la..

Tapi makin seronok plak aku tengok berita la ni…pasal aku rasa berita di TV1 dan TV3 tu memang lawak..mengalahkan lawak Nabil dan Apek dalam filem Sifu dan Tongga. Setakat kumpulan Senario tu kena jauh bertiang la. Buat la kerap-kerap skit TV 3 suku ooii..aku dah ketagih dah ni nak menonton berita toya hangpa tu…Apa punya turr….

Sunday, February 15, 2009

= Kedah vs KL Plus =





Pada 10 Feb yang lepas aku, mat shah dan Hafizol telah pergi menonton perlawanan bolasepak antara kedah dan KL Plus. Rancangan yang tidak dirancangkan sama sekali itu berbaloi selepas pasukan kesayanganku Kedah Darul Aman berjaya menewaskan KL Plus 2-0.

Rancangan ini bermula selepas aku pulang dari kerja dan dikejutkan sgn sahutan "woi Farouk...nak pi tgk bola tak?" cis siapakah yg berani menyebut namaku..? getus hati kecilku...rupanya mat shah berada dibawah mengajak aku ke Alor Setar. Dengan segera aku pun bersiap tanpa ada tapi2 lagi...kami bertiga bertolak dari Bndr Perda dan tiba dia Alor Setar 55 minit kemudian dengan kelajuan 120-130 km/h hasil panduan saudara Hafizol.

Malam tu disebabkan tak ramai org maka kami dengan keputusan sebulat suara memilih untuk duduk dibahagian terbuka dgn tiket yang berharga RM7 setiap sorang. Jaringan gol adalah 1 setiap separuh masa dan kedua2 gol itu dijaringkan oleh pemain muda Kedah Mohd Fadly Baharom.

kami pulang dgn penuh kepuasan dan kesenyuman sehingga ke telinga akibat kepuasan kehatian (ada ke ayat tu) dan berharap rentak kemenangan Kedah ini akan diteruskan sehingga ke hujung musim Aminn...Perjalanan pulang penuh dengan cerita diatas padang sehinggalah aku terdengar bunyi kubota mat shah dibahagian belakang kereta Hafizol yg sudah terlelap.

+ Kemarau +


Rasanya sudah 2-3 minggu hujan tidak menyimbah di bumi Pulau Pinang ini. Suhu meningkat dengan mendadak ditambah pula kebakaran yang berlaku di Sumatera mengakibatkan indeks pencemaran udara di kawasan Seberang Perai meningkat.

La ni aku tidur pun nak kena buka kipas full tiap-tiap malam....selalunya paras 4 saja alatur kipas tu...la ni sebab tak tahan kena buka full...kadang2 aku backup lagi satu kipas duduk yg ada kat tepi aku tu. Kipas duduk tu aku gunakan selalunya untuk menyejukkan laptop aku ini.

Cuma pagi semalam ada la sedikit hujan yang turun. Syukur Alhamdulillah atas kurniaanNya. Cuma aku tak perasan bila hujan tu turun pasal dok lelap sempoi waktu tu. Ketika nak bertolak ke tempat kerja je pagi tu aku tgk seat cushion motor aku basah walaupun jalan dah semakin nak kering.

Apa pun ini semua dugaan tuhan..kita sebagai hambaNya wajiblah menerima dengan penuh kesabaran dan tenang. Sebenarnya bnyk tempat ni yang terkena tempias global warming ni...bumi dah semakin tua..mcm2 la sakitnya. Kita sebagai manusia perlulah menjaga amanah yang Allah S.W.T kurniakan ini.

Sunday, February 8, 2009

Allah bersama orang yang sabar

Dipetik dari blog notoumno:

dihantar melalui email oleh xxx

Sultan ada kata pada Nizar, Allah bersama orang yang sabar....

Nizar ada kata, pertolongan Allah semakin hampir....

Dari sudut positif, dan pada pendapat teman.......Sultan dipaksa buat keputusan ini......pada masa yang sama, Sultan benarkan Nizar tidak letak jawatan, kerana Sultan hendak Nizar cabar keputusan ini di Mahkamah, kerana itu adalah satu2nya cara yang terbaik....

Kenapa selepas Sultan jumpa Nizar bagitau yang baginda tak perkenan bubar dewan, Nizar bagitau kat wartawan cakap Alhamdulillah, positif.
Kenapa selepas Nizar mohon untuk derhaka, tiada sebarang kenyataan balas dari Istana?? Sultan boleh jer arahkan Nizar ditangkap atau buang negeri...boleh jer Sultan arahkan Nizar kosongkan kediamanMB....

Mungkin sampai harinya, kebenaran akan terserlah....dan pada masa tu barulah kita tahu kebijakan Sultan buat keputusan ini....walaupun baginda dipaksa, baginda tahu yang keputusan ini boleh dicabar di Mahkamah dan sebagai seorang yang amat arif tentang undang2, baginda tahu yang keputusan ini akhirnya akan berpihak pada NIzar...

Perasan tak....Anwar buat press conference semalam...takder pun perkataannya kecam keputusan Sultan...dia hanya bagitau yang tindakanBN ni "Biadap".....biadap pada saper??? fikirkanlah.....mungkin diapun telah diberi penjelasan oleh Nizar apa yang terjadi dan apa yang perlu dibuat....Ini hanya pendapat teman....dan buat masa ni, walau pun teman banyak merapu sebelum ni, pendapat ni la yang teman akan pegang.....Sultan buat begitu tentu ada sebabnya, kita perlu bersabar,pertolongan Allah semakin hampir.....

**Teman petik dari forum yob4ever.com
****Kalau raden nak letak dalam blog,tak payah le letak nama saya ni**

mohafero: Inilah yg aku fikirkan selama ini...moga dimakbulkan Allah

Bila Kita Berkata

Ada yang tanya
Kita tak mau jawab
Ada yang desak
Kita pertahan prinsip

Ada yang marah
Kita marah balik
Bila dia slow
Kita pun slow

Pendek kata kita kena pandai
Mengatur bicara
Supaya orang tak kecewa
Moga ada yang tak terluka

Dunia ni kecil saja
Pi Mai Pi Mai Tang Tu Jua.....

= Al-Quran =


Bila kita keseorangan,
Bukan kita tak berteman,
Bukan jua kita bersendirian,

Tapi akal yang sejengkal itu teman,
Ilmu di dada itu kawan,
Dan Al-QURAN itulah panduan.

Monday, February 2, 2009

+ Ar-Rahman Ar-Rahim +



"Wahai Maha Pengasih,
Jika kawanku ini jatuh cinta
Benihkan cintanya pada seseorang
Melabuhkan cintanya kepad Mu
Agar bertambah kekuatannya
Untuk mencintai Mu

Wahai Maha Penyayang,
Jika sahabatku ini jatuh hati,
Izinkan dia menyentuh hati
Orang yang hatinya tertaut kepada Mu,
Agar dia tak terjatuh dalam
Jurang cinta yang murah

Wahai Maha Penyayang,
Jika rakanku ini merindui,
Rindukan dia kepada seseorang
Yang menjaga rindunya kepada Mu,
Agar dia tak lalai dari merindui Syurga Mu"