Tuesday, September 23, 2008

+ Semua Sibuk +

Hari ni sudah masuk hari yg ke-23 Umat Islam di Malaysia berpuasa. Jadi lebih kurang seminggu je lagi hendak menymbut Hari Raya. Jadi minggu ni adalah antara yang paling sibuk la...

  1. Ayah sibuk dengan nak apply cutinya untuk pulang berhari raya.
  2. Mak pula menyiapkan rumah supaya nampak cantik dengan langsir baru.
  3. Adik perempuan sibuk pusing kehulu kehilir dengan baju raya yang tak sabar2 ditunjukkan di seluruh kampung.
  4. kakak sibuk dengan kuih, gelang emas dan mekap baru yang dibeli.
  5. Abang sibuk dengan dengan keretanya untuk memastikan semua berada dalam keadaan baik. (Biasa la..nak jual minyak)
  6. Adik lelaki pulak sibuk dok cantikkan motornya....nak merempit ke apa malam raya.
  7. Student sibuk dok packing baju untuk pulang berhari raya (time ni cukup best)
  8. Pengusaha bas ekspres sibuk dengan bas-bas tambahan yg perlu disediakan untuk orang ramai pulang berhari raya. (tiket jgn mahal dah la)
  9. Penjual kuih sibuk dengan jualan kuih muih yg perlu disiapkan.
  10. Tukang Jahit sibuk menyiapkan tempahan2 pelanggan yg perlu disiapkan dalam minggu ini juga.
  11. Artis sibuk dengan rakaman2 sempena persembahan pada Hari Raya nanti.
  12. Pemain bola pun sibuk dengan perlawanan persahabatan di luar negara (Malaysia vs Slovakia)
  13. Atuk sibuk kehulu kehilir mencari bahan untuk masakan.
  14. Nenek sibuk dengan dodol dan kuih bahulu.
  15. Tok Iman sibuk dengan persiapan untuk sembahyang hari raya.
  16. Peniaga sibuk dengan meningkatkan jualan pada saat akhir untuk mencari duit lebih.
  17. PLUS sibuk dengan persiapan sempena kesesakan trafik di lebuh raya nanti.
  18. Yang paling tak best sekali POLIS. Sibuk dok jaga umah orang yg pulang bercuti raya....

No comments: