Tuesday, September 23, 2008

+ Cubicle +


Apa itu cubicle? Cubicle adalah sebuah kotak seluas 8 kaki X 6 kaki yang mampu dihuni seramai 4 orang. So hari ni pun aku nak citer skit la pasal cubicle ni. Dari bulan 9 2004 aku sudah berada di cube atas dengan 1 pc 2nd hand. Selepas itu..baru bos aku order satu desktop optiplex GX270 dekat aku. Kira desktop tu full spec jugak la waktu tu.


Selepas kira2 empat tahun cubicle aku diatas sana semalam aku terima satu panggilan dari Bos aku yang mengarahkan aku bertukar ke cube berhampiran dengannya..alamak..mula la rasa tak seronok pasal aku kena duduk sebelah dia...Nak tak nak terpaksa la aku mendengar arahan dia...betapa sayang sekali selepas 4 tahun aku diatas kini kena tinggal dibawah plak....


Dekat atas tu stationery aku yang pegang, A4 Paper pun aku pegang...so aku x dak masalah langsung pasal stationery ni dengan aku. La ni..mati kutu la aku...bos ada sebelah...tapi dia ok aku rasa...cakap pun lembut dgn aku..cuma nak kena kontrol skit la lepas ni...Ada pro & con la duduk bawah ni. Yg bestnya aku tak payah la naik turun naik turun lagi atas bawah dan tak membengangkan kawan2 se'lunch' aku kerana aku lambat turun.


Yang tak bestnya signal radio untuk aku dengar panggilan hangit pagi2 dah tak clear lagi....kelajuan internet pun kurang skit berbanding masa aku kat atas. Apa pun buat masa ni aku kena sesuaikan diri aku dengan keadaan ini dulu. Baru sehari je aku dok kat sini nak komen lebih2 tak boleh la...tak adil untuk cube baru aku ni.....

No comments: