Tuesday, September 9, 2008

<< Banjir Oh Banjir >>



"Banjir oh banjir oh banjir rumah kita naik air ye op...air ye op....."




Itu adalah sebuah rangkap lagu nyanyian Harun Salim Bachik sekitar tahun 90an dulu. Saja aku nak ulas skit kejadian banjir yang melanda di Pulau Pinang dan Kedah pada hari sabtu 06 sept baru2 ni.




Di Penang ni hujan bermula seawal pagi dan berlarutan sehingga lewat ke petang. Hujan tu amat lebat sehinggakan perjalanan aku hendak ke kg untuk berbuka puasa mengambil masa selama 2 jam!. Tak pernah aku balik kg selama tu...selalunya perjalanan aku untuk pulang ke kampung hanya mengambil masa sejam perjalanan. Apa pun kita kena bersyukur kerana dikala kita sedang menyempurnakan ibadah puasa kita, kita berada dalam keadaan sejuk dan agak nyaman. Tak la seperti aku kecik2 dulu....tak tahan dgn bulan puasa ni...amat memeritkan. Panas sekali. Alhamdullilah ketika entry ini ditulis kita di Malaysia ni telah berpuasa selama 9 hari. Sekejap je aku rasakan....




Di Kedah pula walaupun aku tinggal di Kedah namun banjir tidak mengena di kawasan sekitar rumahku. Mungkin Merbok agak tinggi dari paras laut dan kawasan yang terlibat hanyalah di daerah Yan dan sedikit Kuala Muda. Beberapa ribu mangsa ditempatkan di pusat2 banjir khas untuk mangsa2 banjir. Kesian noo kat depa...dah la berpuasa terpaksa menerima dugaan ini plak dan telah meragut nyawa seorang warga emas. Moga yg lain-lain diselamatkan oleh Allah S.W.T.




Sempat la aku snap 2 keping gambar untuk tatapan ketika aku sangkut dalam perjalanan ketika pulang kerumah.




Adios


-Afero Yg Hero-

No comments: