Saturday, September 27, 2008

Utusan Meloya -Tidak jejas wibawa Presiden-

KUALA LUMPUR 26 Sept. - Keputusan menangguhkan Perhimpunan Agung UMNO bertujuan memastikan pelan peralihan kuasa berlaku secara terhormat tanpa menjejaskan kewibawaan Presiden parti.
Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia juga selari dengan tradisi peralihan kuasa dalam parti yang dilaksanakan secara teratur tanpa memberi ruang kepada mana-mana pihak untuk mengganggu-gugat.


Wakakakak....kena lagi la pak dolah ni....peralihan kuasa secara terhormat konon..pirah....toya mat abas....kewibawaan hang tu pak dolah dah lama tak dak. Dah 2-3 tahun dah hang x dak kewibawaan. Semua dah tak suka...lagi nak berkuasa..semua dah benci lagi nak meninggi....semua dah meluat lagi nak tunjuk kuat...semua dah menyampah...tak reti2 nak angkat sumpah..semua dah bosan....bila pak dolah nak letak jawatan. Ghoplah!

Friday, September 26, 2008

- Pak Lah Terdesak -

Malaysiakini

Pemilihan Umno ditangguh hingga Mac
Jimadie Shah Othman Sep 26, 08 12:11pm
kemaskini 2:04pm Majlis Tertinggi Umno memutuskan hari ini untuk menangguhkan perhimpunan agung serta pemilihan parti dari Disember ke Mac tahun depan.
Penundaan ini bertujuan memastikan proses peralihan kuasa berjalan lebih awal.
Ia dilihat sebagai usaha mendesak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan kuasa kepada Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam tempoh enam bulan.


Nyeh..nyeh..nyeh...dah tak lama dah la tu Pak Lah....bagai telur didalam kuali...bila panas telur akan keras (siap digoreng). Nampaknya berbagai penentangan sama ada dari luar atau dari dalam BN sendiri yang mahukan Pak Lah berundur. Namun media massa arus perdana seperti Utusan Meloya dan Berita Hairan menulis dengan gaya tulisan paling manis dan enak sekali.

Bermula dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Zaid Ibrahim yang menentang penahanan 3 orang dibawah ISA diikuti dengan perletakan jawatannya. Kemudian disusuli pula dengan kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyifatkan tempoh peralihan kuasa adalah terlalu lama. Kini dua orang menteri iaitu Datuk Seri Rais Yatim dan Datuk Shafie Afdal yang boleh dianggap senior telah menyarankan supaya kerusi Presiden dan Timbalan Presiden dipertandingkan telah menampakkan penolakan secara terang-terangan terhadap Pak Lah.

Pak Lah semakin lelah dengan situasi terkini dan langkah terbaru yang dilakukan untuk menahan serangan dari pelbagai penjuru ini adalah dengan menangguhkan tarikh perhimpunan agung UMNO ke bulan Mac tahun depan. Keadaan ini dilihat adalah sebagai jalan terakhir untuk mempertahankan jawatan dan rangkaian perniagaan anak dan menantunya.

Mohafero - Wakaka...kesian kat hg ni Pak Lah...orang dah tak mau tu...tak kan buat2 tak faham...dok tunggu apa lagi..mau cargas la secepat mungkin. Australia kan ada....nyeh..nyeh....nyeh....

Thursday, September 25, 2008

++ Planning Hari Raya ++

Memandangkan Hari Raya yang bakal menjelang nanti. Aku pun dah ada planning sendiri sempena kedatangan syawal ini.



Cuti pun dah apply dan bos aku pun dah approved. Tak sabar rasanya nak bercuti...nak jalan2 umah adik beradik dan sanak saudara serta rakan-rakan. Biasa lah kan...raya kan setahun sekali..so inilah masa untuk merapatkan tali silaturahim sesama saudara seagama. Berikut adalah rancangan aku sempena hari raya ini.




Mungkin aku start bercuti pada 30hb hingga 06hb oct. So lebih kurang seminggu la aku bercuti. Tapi sebenarnya aku dah blh start pada 28hb..saja 29hb tu aku nak pi keja..(nak bagi ada feel balik kampung)



Raya pertama : Biasalah..beraya kat kg...Bandaraya Merbok..sapa berdekatan tu blh jemput datang..



Raya Kedua : Mgkin jauh skit...seperti SP, B'worth dan Penang. (tgk la kalau rajin aku pi umah geng WPC)


Raya Ketiga : Agak jauh - Perlis...ada reunion sekolah menengah...
Raya keempat : Pusing balik area Bandaraya Merbok (kot2 ada yang tertinggal)

Raya kelima : Mungkin duduk rumah saja (pasal sakit perut makan bnyk )
Raya keenam : Cheh...esok nak kena pi keja plak.....habis dah raya rupanya..
Raya ketujuh : Selagi tak tutup mata kerja....kerja....kerja...kerja...

- Hari Ke-25 -




Hari ni sudah masuk hari ke-25 berpuasa

Ramadhan bakal pergi

Syawal bakal menjelma

Sekarang pukul 6 pagi

Tidur tak boleh lena

Ibadah cuba ditingkatkan lagi

Moga diberkati Tuan emPunya

Teramat sedih sekali

Ramai manusia yang terlupa

Oleh nafsu serakah berahi

Terlupa akan dosa

Walaupun syaitan digari

Bersyukur jua pada pencipta

Berserah pada Illahi

Tinggal 5 hari saja

Ramadhan akan pergi

Terasa sedih dihati
Dan untuk ganjaran ini

*+Selamat Hari Raya Aidilfitri+*

*+Maaf Zahir Dan Batin+*








Tuesday, September 23, 2008

= Berita Utama Hari Ini =

Petikan Utusan Meloya

PUTRAJAYA 22 Sept. – Kerajaan tidak bercadang melaksanakan semula kaedah tambatan ringgit kepada dolar Amerika Syarikat (AS) dalam menghadapi keadaan ekonomi global yang tidak menentu.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan komited untuk membenarkan pasaran menentukan nilai mata wang negara


Nampaknya orang dah tak mau dengar dah mantan PM tua tu....nyeh..nyeh...siapa hang la ni?? Berkokok tak tentu hala....

Petikan Berita Hairan

Nilai mata wang Malaysia dijangka kekal kukuh: NajibPUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak, yang memulakan tugasnya secara rasmi sebagai Menteri Kewangan semalam menegaskan, Malaysia tidak akan menambat semula ringgit kerana yakin nilai mata wang tempatan itu akan kekal kukuh. Timbalan Perdana Menteri berkata, Malaysia berpendirian bahawa pendekatan terbaik mengurus nilai ringgit ialah dengan membiarkan kuasa pasaran sendiri menentukan nilai sebenar dan bukan bertindak menentukannya.

Pelik berita hairan ni...semua sudah dijangka la...kalau hgpa dengar cakap mantan tua tu...muka bos hg nak letak kat mana ajib oii....ghoplah!

Petikan NST online

Sabah Umno Youth has voiced its support for Khairy Jamaluddin in the contest for the movement’s top post in the December party elections.
Its head Datuk Japlin Akim said Khairy, who is the movement’s vice-chief, had shown his leadership qualities that could appeal to the youths and help fulfil their aspirations.“My colleagues in Sabah Umno Youth and I will give our undivided support to Khairy as we are aware of his commitment to Umno’s struggle and is a person who can be guided as he likes to listen to the views of others,” he told Bernama here today.


Ni lagi sorang toya mat abas yang gila kuasa. Nampak je buat2 senyap tu...padahal dok adjust sana sini merata nak suruh orang pilih dia jadi ketua Pemuda. Pemuda Sabah tu ingat nak sokong saja ke...mesti ada masyuk punya....macam tu la UMNOMORE.....

- Politik Oh Politik -

Dah lama tak sembang pasal politik ni.....satu negara huru-hara pasal 16 Sept tu yang tidak menjadi kenyataan akhirnya. Bagi aku benda ni mudah saja...ini adalah salah satu taktik DSAI untuk mengaburi mata BN/UMNO yang kelam kabut menepis serangan DSAI.

Disamping itu BN semakin kacau bilau dengan pengumuman Parti Maju Sabah (SAPP) untuk keluar dari BeeEnd. Ternyata kepimpinan Pak Lah semakin ditolak oleh masyarakat....kesian noo kat dia...orang dah tak mau tetapi muka masih tak malu nak pegang negara..

Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin juga telah mencetuskan kontroversi dengan mengeluarkan kenyataan tentang pelan peralihan kuasa yang dianggap terlalu lama di samping senario politik UMNO/BN yang semakin kacau bilau ini.

Sehari dua ni antara topik paling panas adalah harapan rakyat kepada kerajaan untuk menurunkan harga minyak sebelum Hari Raya. Kerajaan mungkin memberi keputusan dalam masa 2 hari (ketika laporan ini ditulis). Nyeh..nyeh...kita tunggu dan lihat. Jangan digula-gulakan buat kali kedua dah la...

Dan berita yang terbaru hari ni adalah penangkapan Raja Petra dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) . Pakai dah kerabat raja tu...macam2 la kena nanti. Hmm...kera jaan dah habis modal dah...takut dengan tulisan2 blogers. Lu pikir la sendiri..............

+ Cubicle +


Apa itu cubicle? Cubicle adalah sebuah kotak seluas 8 kaki X 6 kaki yang mampu dihuni seramai 4 orang. So hari ni pun aku nak citer skit la pasal cubicle ni. Dari bulan 9 2004 aku sudah berada di cube atas dengan 1 pc 2nd hand. Selepas itu..baru bos aku order satu desktop optiplex GX270 dekat aku. Kira desktop tu full spec jugak la waktu tu.


Selepas kira2 empat tahun cubicle aku diatas sana semalam aku terima satu panggilan dari Bos aku yang mengarahkan aku bertukar ke cube berhampiran dengannya..alamak..mula la rasa tak seronok pasal aku kena duduk sebelah dia...Nak tak nak terpaksa la aku mendengar arahan dia...betapa sayang sekali selepas 4 tahun aku diatas kini kena tinggal dibawah plak....


Dekat atas tu stationery aku yang pegang, A4 Paper pun aku pegang...so aku x dak masalah langsung pasal stationery ni dengan aku. La ni..mati kutu la aku...bos ada sebelah...tapi dia ok aku rasa...cakap pun lembut dgn aku..cuma nak kena kontrol skit la lepas ni...Ada pro & con la duduk bawah ni. Yg bestnya aku tak payah la naik turun naik turun lagi atas bawah dan tak membengangkan kawan2 se'lunch' aku kerana aku lambat turun.


Yang tak bestnya signal radio untuk aku dengar panggilan hangit pagi2 dah tak clear lagi....kelajuan internet pun kurang skit berbanding masa aku kat atas. Apa pun buat masa ni aku kena sesuaikan diri aku dengan keadaan ini dulu. Baru sehari je aku dok kat sini nak komen lebih2 tak boleh la...tak adil untuk cube baru aku ni.....

+ Semua Sibuk +

Hari ni sudah masuk hari yg ke-23 Umat Islam di Malaysia berpuasa. Jadi lebih kurang seminggu je lagi hendak menymbut Hari Raya. Jadi minggu ni adalah antara yang paling sibuk la...

  1. Ayah sibuk dengan nak apply cutinya untuk pulang berhari raya.
  2. Mak pula menyiapkan rumah supaya nampak cantik dengan langsir baru.
  3. Adik perempuan sibuk pusing kehulu kehilir dengan baju raya yang tak sabar2 ditunjukkan di seluruh kampung.
  4. kakak sibuk dengan kuih, gelang emas dan mekap baru yang dibeli.
  5. Abang sibuk dengan dengan keretanya untuk memastikan semua berada dalam keadaan baik. (Biasa la..nak jual minyak)
  6. Adik lelaki pulak sibuk dok cantikkan motornya....nak merempit ke apa malam raya.
  7. Student sibuk dok packing baju untuk pulang berhari raya (time ni cukup best)
  8. Pengusaha bas ekspres sibuk dengan bas-bas tambahan yg perlu disediakan untuk orang ramai pulang berhari raya. (tiket jgn mahal dah la)
  9. Penjual kuih sibuk dengan jualan kuih muih yg perlu disiapkan.
  10. Tukang Jahit sibuk menyiapkan tempahan2 pelanggan yg perlu disiapkan dalam minggu ini juga.
  11. Artis sibuk dengan rakaman2 sempena persembahan pada Hari Raya nanti.
  12. Pemain bola pun sibuk dengan perlawanan persahabatan di luar negara (Malaysia vs Slovakia)
  13. Atuk sibuk kehulu kehilir mencari bahan untuk masakan.
  14. Nenek sibuk dengan dodol dan kuih bahulu.
  15. Tok Iman sibuk dengan persiapan untuk sembahyang hari raya.
  16. Peniaga sibuk dengan meningkatkan jualan pada saat akhir untuk mencari duit lebih.
  17. PLUS sibuk dengan persiapan sempena kesesakan trafik di lebuh raya nanti.
  18. Yang paling tak best sekali POLIS. Sibuk dok jaga umah orang yg pulang bercuti raya....

Friday, September 19, 2008

- Keletihan -

Hari ni letih nak mampus....tak tau pasal apa...kira nak terlelap saja.....pasal apa ntah...tidur lambat kot...

Semalam aku tidur pukul 2...bangun sahur pukul 5....nasib baik la tak terlupa untuk kejutkan kawan aku sorang tu...kalau tak nanti dia akan ungkit macam2...hehehehe...

Pastu aku tak tdo dah...saja aku dok layan forum kelab Waja aku...0630 aku mandi dan terus sembahyang subuh...kalau aku tdur lepas sahur pakai subuh gajah la plak...

Sampai tempat keja awal...0725 tak silap aku...kira bulan puasa ni aku jarang lambat...tak pernah la lebih pkl 8. Kalau tak pkl 9.30 baru la aku nak sampai ofis..segan juga kat bos aku pasal dia selalu datang awal.

Aku ada appointment pkl 0930 dengan sorang supplier untuk buat signboard dekat shipping area....seorang amoi..pakai pun seksi..kurang pahala puasa aku hari ni....heheheh...hilang sekejap rasa mengantuk aku.

Pkl 1230 bersiap untuk menunaikan solat jumaat..hari ni plak pergi Juru selepas 2 minggu berturut-turut bersembahyang di Politeknik Seberang Prai....tak ramai sangat kat masjid tu hari ni...mungkin pekerja dari kilang Sony tak bersembahyang disitu minggu ni.

Dalam masjid pun kejap2 terlelap jugak...Ya Allah..kenapa letih sangat ni...mungkin aku selalu dok tidur dalam surau di Kilang aku setiap hari..so bila hari ni tak blh tidur mula la nak terlelap.

Lepas sembahyang pulang ke ofis kawan aku tu sempat la singgah kedai pancing...puak2 ni pakat minat memancing habis...aku je yg tak berapa minat dengan pancing ni...Jasman kawanku nak beli makanan ikan sebenarnya untuk tujuan memancing di kampung mentuanya di Kuala Ketil.

Pulang pukul 1730 dan singgah di pasar ramadhan Taman Pauh...teringin aku nak makan nasi kerabu ori Kelantan...pasal org kelantan yg jual...ditambah pula dengan air teh bunga perghh...jadi la santapan untuk berbuka aku...berbuka sorang je hari ni pasak housemate aku pulang ke kampung....tu pun nak terlelap lagi lepas tu...aku berusaha utk tidak tertidur...nak pi terawih pun rasa malas...ingat nak buat kat umah je lepas solat isyak nanti....

La ni tengah dok layan mega movie di TV3...tajuk pun aku tak perasan..tapi pelakon utamanya ialah Antonio Banderas...heroin pulak kalau tak silap aku ialah Lucy Liu. Mungkin aku nak tdo awal skit malam ni...tapi tgk filem best ni rasa rugi la plak...tak pa..tgk mcm mana nanti.....

Cukup la dulu buat masa ni...nak layan forum WPC dulu lepas ni...pastu aku nak solat isyak dan terawih..kalau aku tertidur lepas tu pun aku puas hati....Adiosss...

TT Berbuka@Papo'sHouse








Assalamualaikum,



Pada 18 Sept 2008 telah berlangsungnya TT berbuka rakan kelab Waja aku saudara Muszafar aka Papopeng yang berlangsung di Kampung Melayu Air Hitam, Penang. Ramai rakan2 telah menghadiri dan diantaranya Mamu Leedawn, PMS, flipmode, Gwack, Oaker, Khai4re, matyun, serta 2-3 org newbie yg aku tak perasaan namanya. Walaupun speedy agak terlambat akibat sesat jalan namun akhirnya beliau juga berjaya sampai ketika kami sedang kekenyangan bak ular sawa baru telan kambing....hehehe



Majlis berbuka puasa ini telah berlangsung dengan jayanya dengan menu berbuka seperti hidangan:


  1. Nasi Tomato

  2. Ayam masak ros

  3. Kurma daging

  4. Dalca

  5. Acar buah

  6. Ayam berempah (resepi tradisi)

  7. Air Oren

Dengan bayaran RM10 memang berbaloi menyantap hidangan yang disediakan oleh keluarga Papopeng. TT berbuka ini juga dapat mengeratkan tali silaturahim sesama ahli kelab disamping cuba untuk menarik beberapa ahli baru untuk menyertai kelab WPC ini. Sekalung penghargaan diucapkan pada Papopeng atas usaha beliau untuk menjayakan TT Berbuka ini. Semoga dilain masa dapatlah lagi kami mengadakan usahasama demikian bagi menjayakan perjumpaan-perjumpaan seperti ini.

Rgds.
Saya yang melaporkan.
Afero Yang Hero.

Thursday, September 18, 2008

Langkah bijak??

KUALA LUMPUR 17 Sept. - Para pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) menyifatkan pertukaran portfolio antara Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai langkah bijak dan berpandangan jauh.

Ni depa ni do buat lawak kg apa?? Tiba2 tukar portfolio ni? ada apa2 ke....muahaha..hai..ajib dan alah ni la....dok buat lawak kampung la plak dalam suasana politik la ni. Alah takut Ajib rampas kuasa ke atau memang Alah nak lepaskan tampuk kepimpinan kepada Ajib? kah..kah...kah...risau..risau..takut juga pada bayang-bayang sendiri puak2 ni no....

Tu la..kalau buat keja tak betul..mula la nak merapu meraban ni....ikut suka hgpa ja nak tukar sana tukar sini...tau la...mentang2 Alah dan Ajib ni orang paling berkuasa di Malaysia ni. Begitulah kehidupan pemimpin kita. Beraja di mata Bersultan di hati. Sanggup melakukan apa sahaja untuk mengekalkan kuasa walaupun diri mereka ni telah ditolak oleh majoriti rakyat.

Masuk la kat kampung mana pun....masuk la kekedai mana pun...masuk la ke pejabat mana pun...masuk la kekilang mana pun. Pasti ramai yang mengatakan mereka tidak layak untuk memerintah negara....sembang saja pongpang-pongpang. Keja haram tak jalan...oh Alah..oh Ajib....

Bila la korang berdua ni nak berubah.............

Sony Ericcson G900


Lama aihh tak update blog ni....sibuk sana sini.....


Nak cerita skit pasal hari ni...aku telah menghabiskan Rm1400 untuk membeli hp sony ericcson terbaru. Model G900...terpaksa la aku beli hp ni atas pengorbanan seorang anak kepada ibubapanya. Sebenarnya hp aku tu aku bagi pada org tua aku.


Maklumla..sejak adik bongsu aku melanjutkan pelajaran ke Kolej Kejururawatan Ipoh ni org tua aku pun susah la hendak berhubungan dengan anak2nya. Bukan telefon telekom dirumah tu tak ada....maklumlah..dgn keadaan sekarang ni hp ni bukan lagi barang mewah. Tapi satu keperluan..jadi nak tak nak terpaksa la aku mengorbankan Nokia N73 aku.


Sony Ericcson G900 ni aku pilih lebih disebabkan 'touch screen' dia. Nak try la plak feature lain dari yg lain tu...lagipun Nokia N73 aku ni dah pakai lama dah...rasanya dah setahun setengah...rasanya ok la tu. Dah cukup lama aku pakai nokia tu. Tukar la pi Sony Ericcson plak....mcm la kerajaan kita...tukar la plak....asyik yg tu je...naik majai aku tgk lama2...hehehe..jgn marah..nanti kena jual.


Pasal dia punya spec tu tgk la kat bawah ni. Harap2 semuanya ok...risau juga aku takut tak dak 3G. Fikir2 balik mana blh x ada...semua yg latest mesti ada 3G....yg best tu ada WIFI cakap lu...blh la aku surf kat mana2 nanti. Antara spec lain yg menarik adalah ada pengimbas atau bahasa omputihnya scanner.(mcm iklan maybank cara sebutan) Blh scan business card dan ia akan read masuk dalam hp dalam ruangan contact. Aku pun tak pernah try lagi tapi aku penah buat dekat hp kawan aku jenis SE juga.


Dgn harga tu aku rasa berbaloi sebab aku juga dapat memory card 2GB secara percuma dan jaminan kedai selama setahun...ok la tu...nak apa lagi. Lihat dibawah untuk keterangan lanjut.



Date Announced
2008, 1Q
Network Technology
GSM 900 / 1800 / 1900UMTS 2100
Dimensions (mm)
106 x 49 x 13 mm
Weight (g)
99
Available colours
Dark Red, Dark Brown
Display
Screen Size
:
2.4 inches, 240 x 320 pixels
Screen Color
:
TFT 262k colors
Design
Type
: Candybar
Navigation Key
: Multidirectional navigation
Antenna
: Fixed Internal
Memory
Phonebook
: 1000
Internal(MB)
: 160 MB
Expansion
: Memory Stick Micro (M2)
Battery
Battery Type
: Standard battery, Li-Ion
Stand-by (hrs)
: up to 380 hours
TalkTime(min)
: up to 720 minutes
Entertainment
Ringtones
Polyphonic
:
MP3
Yes
A2DP
Yes
TV Receiver
Null
FM Radio
Yes
Video Record
Yes, video recording
Video Support
MPEG4
Audio Support
MP3/AAC
Voice Support
Voice memo/dial, Speakerphone
Games
Yes + downloadable
Messaging
SMS
Yes
MMS
Yes
EMS
No
Connectivity
EDGE
No
Bluetooth
Yes, ver 2.0
3G
Yes
GPRS
Class 10 (4+1/3+2 slots)
Infrared (IrDA)
No
USB Port
Yes
WIFI/WLAN
Wi-Fi 802.11b/g
Software
Java (J2ME)
Yes ,Java MIDP 2.0
WAP
Yes Ver 2.0
Platform / OS
Browser
WAP 2.0/HTML (Opera), RSS reader
Predictive Text Entry
T9
PIM Application
Clock, Alarm, Calculator, To-Do List
Other Application
Handwriting recognition, StickyNotes, TrackID music recognition, Business card scanner, Picture editor/blogging, Built-in handsfree
Personals
Themes
No Info.
Caller ID
Photo caller ID
ProfileID
Wallpapers, screensavers
Camera
Lens Type
CMOS, 5.0 Megapixel
Digital zoom
3x
Max. Resolution
2592Ñ…1944 pixels
Flash
Yes
Night Mode
Yes
Extra Features
autofocus, image stabiliser, secondary videocall camera
Photo Format
Video
Yes, video recording
Video Format

Thursday, September 11, 2008

<< Bersama Nujum Pak Belalang >>


Dapat email yang dari kawan aku yang aku anggap amat menarik. Tak tahu la dia copy & paste dari mana....

1. " Didalam baju hamba, ada sebatang kayu yang telah dipilih,bagaimanakah kia mahu tahu yang mana UMNO yang mana PR.."
- Ahli Nujum Negara - " Mintak pada hamba !!,apabila sebatang kayu diletakkan didalam air,yang condong kebawah itulah UMNO dan yang menegak ke atas itulah PR..
Sebabnya? " Kita pun telah tahu sekarang ini parti UMNO hampir tenggelam sekarang,manakala PR makin tinggi kedudukannya

2. " Dua ekor anak itik yang baru menetas,yang manakah UMNO dan yang manakah PR ?.
- Ahli Nujum Negara- " Ini senang sahaja,kita letakkan kedua anak itik kedalam bekas berisi air,yang mengejar itulah PR dan yang lari sampai terberak itulah UMNO.. Sebabnya?
Sebab didalam negara kita,musuh PR hanyalah UMNO yang patut kita kejar,bukan Parti Amanat Bangsa di Indonesia atau Parti Rak Tai di Thailand..!!

3. " Ada sebuah Masealah,satu baaaanyak-banyak!!,dua sedikit-sediiiiikit !!,tiga Jarang-jarang!! ,empat kad-dang, kad-dang,apa itu ?
Ahli Nujum Negara - " UMNO !!! , Buktikan..
Satu Baaanyak-banyak ,ertinya ahli UMNO memang banyak dalam negara ini, dua sedikit-sediiikit, ertinya sedikit sahaja yang berani bersuara dari bilangan ahli UMNO yang banyak itu,tiga jarang-jarang,ertinya jarang-jarang yang kita dengar pemimpinnya berani melawan ,empat kad-dang,kad-dang,ertinya kad-dang,kad-dang barulah kita dengar dan lihat ada pemimpin tertinggi UMNO yang mahu mendengar suara ahlinya..

4. "Dimanakah terletaknya kekuatan Laksamana UMNO,di keris nya kah? atau di jenteranya kah ?..
Ahli Nujum Negara - " Kekuatan Laksamana UMNO bukan terletak pada kerisnya ataupun pada jenteranya, "Dimana terletak kekuatannya?. " kekuatan UMNO hanya terletak pada TOYOL-TOYOLnya!! "Buktikan!! Laksamana UMNO begitu bergantung kepada toyol-toyolnya untuk menonjolkan kekuatan,iaitu toyol dari Media Prima,Toyol dari Polis serta Toyol dari Badan kehakiman..Toyol-toyol inilah yang menampakkan Laksamana UMNO nampak hebat walaupun telah hakikatnya mereka luka parah.

Biasalah ,UMNO akan memungkiri janji dan suka lari dari tajuk apabila kalah dalam apa-apa pertandingan.. Tapi bak kata DSAI,jangan takut..LAWAN..LAWAN..
" Kalau Ahli Nujum betul bijaksana!! Apakah yang ada di genggaman beta ?...

.................DUIT !!..kerana duitlah yang telah MENJAHANAMKAN UMNO..

Wassalam..

Wednesday, September 10, 2008

- - Memohon Keberkatan Illahi - -


Kini berpuasa sudah sepuluh hari


Amat gembira mengharungi bulan ini


Satu kelainan apabila melalui ramadhan ini


Tanda kekuasaan tinggi Illahi


Yang menguasai alam semesta ini


Terasa diri hina dan tak terisi


Perlukan dorongan buat semangat diri


Meningkatkan ibadah setiap hari


Sebagai bekalan dihujung hari nanti


Dengan harapan agar diberkati


-- Selamat Berpuasa Kepada Muslimin dan Muslimat --





Tuesday, September 9, 2008

<< Banjir Oh Banjir >>



"Banjir oh banjir oh banjir rumah kita naik air ye op...air ye op....."




Itu adalah sebuah rangkap lagu nyanyian Harun Salim Bachik sekitar tahun 90an dulu. Saja aku nak ulas skit kejadian banjir yang melanda di Pulau Pinang dan Kedah pada hari sabtu 06 sept baru2 ni.




Di Penang ni hujan bermula seawal pagi dan berlarutan sehingga lewat ke petang. Hujan tu amat lebat sehinggakan perjalanan aku hendak ke kg untuk berbuka puasa mengambil masa selama 2 jam!. Tak pernah aku balik kg selama tu...selalunya perjalanan aku untuk pulang ke kampung hanya mengambil masa sejam perjalanan. Apa pun kita kena bersyukur kerana dikala kita sedang menyempurnakan ibadah puasa kita, kita berada dalam keadaan sejuk dan agak nyaman. Tak la seperti aku kecik2 dulu....tak tahan dgn bulan puasa ni...amat memeritkan. Panas sekali. Alhamdullilah ketika entry ini ditulis kita di Malaysia ni telah berpuasa selama 9 hari. Sekejap je aku rasakan....




Di Kedah pula walaupun aku tinggal di Kedah namun banjir tidak mengena di kawasan sekitar rumahku. Mungkin Merbok agak tinggi dari paras laut dan kawasan yang terlibat hanyalah di daerah Yan dan sedikit Kuala Muda. Beberapa ribu mangsa ditempatkan di pusat2 banjir khas untuk mangsa2 banjir. Kesian noo kat depa...dah la berpuasa terpaksa menerima dugaan ini plak dan telah meragut nyawa seorang warga emas. Moga yg lain-lain diselamatkan oleh Allah S.W.T.




Sempat la aku snap 2 keping gambar untuk tatapan ketika aku sangkut dalam perjalanan ketika pulang kerumah.




Adios


-Afero Yg Hero-

Saturday, September 6, 2008

Keboringan Tahap Gaban

Alhamdulillah...burrppp baru je lepas sahur...jap lagi nak sembahyang subuh pastu terus pegi keja...Ni dok tgh boring ni igt saja nak update blog. Tapi aku tak tau nak tulis pasal apa.

Nak tulis pasal politik pun x ada berita yg menarik...

Nak tulis pasal movie pun dah lama aku tak pi tgk wayang...

Nak tulis pasal keja pun buat apa...

Nak tulis pasal bolasepak pun liga Malaysia dah habis...

Nak tulis pasal baju/seluar pun rasa mengarut sangat...

Nak tulis pasal puasa pun rasanya dah tulis...

Nak tulis pasal raya pun lambat lagi...

Nak tulis pasal kuda pun x dak kena mengena...

Nak tulis pasal kereta aku pun x dak citer baru...

Habis aku nak tulis pasal apa ni? Ada cadangan tak....? Arghh fenin la fenin la.....


Igt nak update hari-hari tapi kalau mcm ni susah la aku...modal yg nak ditulis pun x ada...Nanti hgpa kata aku harap ada blog saja tapi tak tulis langsung. So aku akan cuba buat yg terbaik la walaupun aku tahu aku ni agak baik....

Akhirnya siap juga satu entry dari aku walaupun aku tak tau nak tulis pasal apa..nyoh..nyoh..nyoh...

Thursday, September 4, 2008

< Terasa.. >


Kenapa aku semakin sensitif?

Sebelum ni aku tak ambil port pun

Tapi kini sikit2 aku rasa nak naik angin je

Pasal bulan posa kot?


Bukan aku nak salahkan pasal bulan posa

Tapi mungkin bulan posa ni adalah bulan

ujian dari Allah S.W.T kepada hambanya


Hari ni 2-3 kali aku rasa angin

Kepada kawan baik aku pun rasa mcm tu

Ntahla apa yang kufikirkan

Mungkin aku sedang diuji kot


Apa pun aku kena la bersabar

Kan sabar tu separuh daripda iman

Aku selalu cakap kat org benda ni

Tiba2 aku pulak yang nak hilang sabar


Apalah Farouk ni...Jgn la mcm tu

Must be cool man.....

Media Perlu Lebih Berani...


‘Pertahankan kebenaran’

Oleh Wan Hazmir Bakar


PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu pengamal media menggunakan teknologi dan saluran komunikasi sebagai instrumen untuk mempertahankan prinsip keadilan dengan menyebarkan kebenaran berdasarkan fakta serta kenyataan.


Perdana Menteri berkata, pihak media tidak harus bersifat apologetik untuk menegakkan kebenaran kerana ia adalah asas untuk memastikan berlaku keadilan.


"Berpegang dan berdiri lah atas prinsip kebenaran kerana kredibiliti sesebuah institusi bergantung kepada kekuatan berpegang kepada kebenaran,” katanya berucap pada pelancaran Web TV Bernama di Pejabat Perdana Menteri di sini, semalam.


Artikel diatas dipetik dari Berita Harian Online pada Sept 04 2008 ini adalah dangkal sama sekali. Kenyataan Perdana Menteri bahawa pengamal media perlu mempertahankan kebenaran berdasarkan fakta dan kenyataan adalah lucu sama sekali. Masihkah kita lupa bahawa media cetak dan elektronik telah digunakan dengan seluas-luasnya bagi kepentingan pihak Barisan Nasional. Adakah media cetak dan elektronik sudah bebas? Nahe..nahe sama sekali...media telah digunakan dengan meluas sekali ketika Pilihanraya Umum dan Pilihanraya Kecil di Permatang Pauh baru-baru ini.


Nampaknya Perdana Menteri telah membuat lawak antarabangsa sekali lagi. Seluruh Malaysia ketawa mendengarnya. Media kini hanya berpihak kepada BN saja, banyak berita-berita mengenai pembangkang telah disekat sama sekali. Malah baru-baru ini ketika Tun Mahathir diminta mengulas mengenai rancangan DSAI ke Putrajaya media telah tidak melaporkan bahawa Tun M juga telah meminta PM untuk meletakkan jawatan. Ini tidak disentuh langsung oleh media, malah media telah memanipulasikan keyataan Tun M. Dimanakah media arus perdana ketika pengumuman keputusan PRK Permatang Pauh? Lintas Langsung pun tak ada setelah media mengetahui kekalahan BN. Malah keputusan di Pmtg Pauh juga lambat dikeluarkan. Keluar pun seperti acuh tak acuh saja. Simpan je la kenyataan PM tu supaya media lebih berani. Siapa yang mengawal media? Sudah tentu kerajaan BN.


Media sepatutnya melaporkan berita bukan menyokong. Apa saja berita sama ada positif ata negatif mesti dilaporkan. Bukan berpihak kepada sebelah pihak saja. Berita-berita mengenai pihak pembangkang telah disekat malah suratkhabar pihak pembangkang juga telah dihadkan pengeluarannya. Kalau ada pun hanyalah berita-berita yang berunsur negatif. Dimanakah demokrasi?? dimanakah kebebasan media?? Simpan je la saranan tu wahai PM yang disayangi...seperti ketam mengajar anaknya...


Saranan sedemikian hanya layak disimpan didalam Muzium negara kerana selepas negara 51 tahun merdeka media kita masih belum merdeka. Lu pikir la sendiri........

Tuesday, September 2, 2008

A Good One


The Moment you are in Tension
You will lose your Attention
Then you are in total Confusion
And you will feel Irritation
Then you will spoil personal Relation
Ultimately, you won't get Co - Operation
Then you will make things Complication
Then your blood pressure may raise Caution
And you may have to take Medication
Instead, understand the Situation
And try to think about the Solution
Many problems will be solved by Discussion
This will work out better in your Profession
Don't think it's my free Suggestion
It's only for your Prevention
If you understand my Intention
You will never come again to Tension
- Bill Gates

PETUA KURANGKAN LAPAR DAN DAHAGA

Kalau nak kurangkan lapar dan dahaga di mana kita bekerja seperti biasa amalkan petua berikut, insyaAllah kurang lapar dan dahaga.
Mesti sahur. Ketika nak makan nasi, bacalah selayaknya sebagai seorang Islam. Gumpalkan nasi sebanyak 3 ketul. Baca Surah Al Ikhlas 1 kali dan makan nasi segumpal.
Baca lagi, makan lagi. Jadi 3 kali lah kita baca surah Al Ikhlas. Dah habis 3 gumpal tu makanlah seperti biasa. Selepas makan sahur, makan buah kurma 7 biji. Sebelum makan, Bacakan selawat 1 dan makan buah kurma, baca lagi makan kurma lagi
Sampailah 7 kali. Amalan ini adalah baik untuk orang-orang yg bekerja di tengah panas, seperti buruh kasar dan sebagainya. SEBENARNYA: Surah Al-Ikhlas itu adalah ayat yg dapat menguatkan segala sendi dan tulang dalam badan kita dengan izin Allah swt.
Buah kurma itu, 7 biji kalau kita makan dlm sehari, iblis takkan dekat dengan kita. Dan ianya adalah amalan Rasulullah, selain dari memberikan tenaga. Cuba lah dengan izin Allah swt. Wallahualam
Selamat Berpuasa.......

Hari Pertama Hari Kedua


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua........


Hari ni adalah hari pertama aku datang kerja selepas hari kedua umat islam berpuasa di Malaysia ni. Setakat ni x letih lagi la...cuma mengantuk tu ada skit...semalam aku berpuasa di umah biasa je...cuma terlelap tu kerap skit..hehehe...biasa la..kat umah tak blh kata apa la....


Awal aku datang keja hari ni...lepas sahur tak tidur terus bersiap utk datang keja...sampai kat opis ni bnyk mail yg nak kena read, reply dan delete...pelan2 la aku buat..sebab time posa ni aku punya schedule mesti berubah skit...ye la..tak payah pi makan pagi..dah save time skit tu...ni yg aku rajin2kan tangan untuk menulis blog ni. Sahur tadi aku mkn bnyk jugak la...tu pun aku amik nasi abah aku yg tak habis...aku pun habiskan la...sebutir nasi sama seperti titik peluh petani..nyeh..nyeh..macam iklan la plak.


Tghari ni igt nak pi lepak dalam surau...dok lama2 dalam opis ni badan pun dah jadi sejuk...kurang pergerakan..dan apabila kita berpuasa bermakna kita tak makan dan tidak ada pembakaran didalam badan kita. Sumber ni aku baca dalam paper mana ntah..tapi 2 thn lepas tak silap aku....jgn igt aku main hentam keromo je.


Apa pun kepada umat islam....Selamat Berpuasa semua...moga Ramadhan kali ni membawa sinar baru pada kehidupan kita dan ambil lah peluang ini untuk memperbanyakkan ibadah kita pada Allah S.W.T. Tahun ni bilangan hari berpuasa kita lebih senang diingati..ye la..1 Ramadhan bersamaan dgn 1 Sept. So senang la nak igt sudah berapa hari kita berpuasa.