| Beberapa bulan selepas berakhirnya Pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh. Kini PRK kembali lagi disini. |
| Aku dan rakan-rakan ku kini tak sabar untuk turun membantu jentera pilihan raya Pakatan Rakyat. |
| Suasana meriah kini akan kembali disini. Bagaikan satu pesta atau kenduri kahwin orang dulu-dulu apabila |
| melihatkan Pakatan Rakyat (PR) bekerjasama. |
| Kita akan lihat jentera-jentera PR dari seluruh Malaysia datang dan berkampung di sekitar Penanti. Kita juga akan melihat betapa |
| cekal dan bersemangatnya anggota PR dalam menjalankan tugas masing-masing meskipun tidak mendapat ganjaran atau setidak-tidaknya |
| mendapatkan nasi bungkus berlaukkan telur rebus kuah gulai (aku alami sendiri beb. Tapi aku tetap bersyukur). Kita juga akan dapat melihat |
| Melayu, Cina, India, Benggali dan lain-lain bekerjasama bertungkus lumus memastikan kemenangan Pakatan Rakyat nanti. |
| Sesuatu yang tidak ada pada UMNO, sesuatu yang UMNO tidak mampu lakukan melain menggunakan kuasa wang ringgit. |
| Disini juga kita akan melihat terjadinya pertembungan antara hak dan batil serta tipu daya dan penuh muslihat. Fitnah juga akan berleluasa terhadap PR. |
| Namun begitu rakyat Permatang Pauh khususnya di Penanti tahu apa yang perlu dilakukan. Mereka lebih tahu apa yang mereka mahukan. Mereka lebih |
| selesa berada di bawah Pakatan Rakyat. Mereka tidak mudah ditipu dan diperdaya oleh penceramah-penceramah yang bernama Mohd tv3, Khairul rtm, Isa Bin Utusan dan Bakar bin Berita Hairan |
| serta juga media cetak elektronik yang lain jelmaan UMNO. |
| Tipulah rakyat M'sia apa saja dengan berita-berita palsu. Tipulah rakyat M'sia dengan menunjukkan calonnya meredah banjir membantu mangsa-mangsa. |
| Tipulah rakyat M'sia dengan janji-janji peruntukan kepada masjid-masjid. Tipulah M,sia dengan peruntukan sana sini, |
| Tipulah rakyat M'sia dengan ceramah-ceramah BN yang hanya berjumlah 1000 orang namun dipadatkan dan ditunjukkan di media masa seolah-olah 20 ribu orang |
| Tipulah budak-budak mat rempit dengan wang ringgit untuk membawa bendera UMNO mengelilingi bandar. Tipulah mereka wahai UMNO tipulah satu Malaysia…..Tetapi mereka lupa bahawa penduduk Penanti |
| tidak mudah terpedaya, penduduk Penanti tidak mudah digula-gulakan, Penduduk Penanti tidak gilakan wang dan harta. |
| Penduduk Penanti rela dan berkorban apa saja dalam memastikan kemenangan Pakatan Rakyat di DUN Penanti. |
| Datanglah wahai UMNO/BN, datanglah membawa projek-projek mee segera. Kami akan menanti dengan senyum kelat, kami akan menanti dengan senyum yang |
| sengaja dibuat-buat, kami juga menanti dengan tangan yang digenggam erat….. |
Friday, May 8, 2009
PRK Lagi
Labels:
Pilihanraya,
POLITIK
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment