Wednesday, May 5, 2010

Panel khas mulakan tugas lawat lokasi kejadian Aminulrasyid terbunuh - Berita Heran

SHAH ALAM: Panel khas yang ditubuhkan untuk memantau siasatan berhubung insiden kematian Aminulrasyid Amzah, awal pagi Isnin minggu lalu, memulakan tugas mereka dengan melawat tempat kejadian kes itu, sebentar tadi.

Panel yang diketuai pengerusinya, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop, dilihat mula berkumpul di Hotel Concorde Shah Alam kira-kira jam 9.30 malam.
Mereka kemudian melawat beberapa lokasi dan laluan yang dipercayai dilalui Aminulrasyid dan rakannya, Muhamad Azamuddin Omar, kedua-duanya berusia 15, sebelum mangsa terkena tembakan di kepalanya dan mati di riba Muhamad Azamuddin, di tepi sebuah rumah di Jalan 11/2G, Seksyen 11, di sini.

Panel khas itu dibawa menaiki sebuah bas yang diiringi kereta polis dan kereta peronda, menyusuri laluan yang dikatakan digunakan kedua-dua remaja terbabit, termasuk 6 kilometer terakhir yang dikatakan laluan mereka ketika dikejar peronda polis pada awal pagi kejadian, pada 26 April lalu.

Antara tempat yang dilawati termasuk, Bulatan Kayangan, Bulatan Bestari, berdekatan UiTM, restoran Ali Corner di Jalan Platinum G 7/G, di mana semua kejadian bermula, selepas Aminulrasyid dikatakan bergesel dengan sebuah motosikal ketika baru tiba di restoran itu.

Banyak betul PANEL la ni...ada panel pintu...ada panel penilai...ada panel jawatankuasa sana sini...sekali ada kes je tubuh PANEL...nampaknya kita semakin tidak dipercayai....

No comments: