Sunday, January 11, 2009

Futsal@Bola-Bola


Futsal ni adalah satu permainan bolasepak yang dimainkan dalam padang kecil dan dalam kumpulan yang kecil (4-6 orang). Permainan yang selalunya dimainkan dalam dewan ini berasal dari perkataan Portugis futebol de salão dan Sepanyol fútbol sala/de salón.

Aku pun la ni pun dah rasa ketagih plak main futsal...selepas aku tinggalkan 2 thn lepas dulu. Venue utama kami adalah di Bola-Bola Futsal Centre yang terletak di kawasan perindustrian Mak Mandin. Aku rasakan tempat tu bekas kilang yang dibangunkan semula kerana bentuknya seperti gudang. Sumber yang aku terima tempat tu adalah kepunyaan Dr. Hilmi. Mantan Timb. Ketua Menteri Pulau Pinang.

Dengan permainan ni dapat la juga aku membakar sedikit lemak2 yg berkumpul dekat perut dan paha aku ni..ekekeke..peluhnya dapat membuatkan aku tidur nyenyak pada malamnya...

Permainan ni dimainkan kami pada setiap hari selasa dari pukul 9.00pm-10.30pm. Sambutan agak menggalakkan dan kadang2 terasa tak puas bermain kerana terpaksa bertukar giliran (selepas 2 gol akibat ramai orang). Namun yang penting bukan kerana itu...yang penting peluh dan toksin dalam badan dapat dikeluarkan. Penat toksah cerita la....letih yang amat.....

No comments: