Saturday, January 24, 2009

Akhbar hari ini.... (2)

Murugiah akan saman Khalid - Utusan Meloyakan

PUTRAJAYA 24 Jan. - Senator T. Murugiah akan menyaman Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar kerana mengeluarkan kenyataan yang menggambarkan seolah-olah dirinya sebagai `gengster' dalam kejadian menyerbu dan menceroboh mayat di Hospital Serdang pada 21 Januari lalu.

Kata beliau, kenyataan yang disebut oleh Khalid itu telah menjejaskan imejnya sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Saman Muru saman...saman rapat-rapat...lipat jgn tak lipat....nyeh..nyeh..nyeh..

Tindakan SPRM tepati hasrat Umno - mStar

DUBAI: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dan mendakwa beberapa pemimpin Umno berhubung politik wang boleh dilihat sebagai sesuatu yang menepati hasrat parti untuk membasmi gejala itu.

Presiden Umno itu berkata, ia juga menghantar mesej kepada setiap anggota Umno bahawa parti itu tidak akan berkompromi dengan amalan politik wang.

Baru nak menepati ke Paklah?? bukan dah start lama dah? Memang lembam betul la.....nyeh..nyeh..nyeh...

Kelayakan bertanding hilang jika didakwa rasuah politik: Najib - Berita Hairan

PEKAN: Pemimpin dan anggota ahli Umno yang didakwa di mahkamah atas tuduhan politik wang akan hilang kelayakan untuk bertanding sebarang jawatan pada pemilihan parti Mac depan, kata Datuk Seri Najib Razak.

Timbalan Perdana Menteri berkata, mereka yang dipilih menjadi perwakilan ke perhimpunan agung juga akan hilang kelayakan jika turut didakwa terbabit kes berkenaan.

Aiii....Najib cakap bab rasuah?....biar betui.....mcm tak percaya la...nyeh..nyeh..nyeh..

Buka semula siasatan - Metro

PETALING JAYA: Polis akan membuka semula siasatan bagi mengenal pasti punca kematian A Kugan, 23, ketika dalam tahanan polis, berikutan dakwaan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengklasifikasikan kematian mangsa kes bunuh.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dalam kenyataannya berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kematian mangsa yang didakwa ahli keluarga didera polis berikutan kesan kecederaan badan mangsa.

Aikk?! Kan Ketua Polis Selangor dah kata dia diserang penyakit asma....nak siasat apa lagi...bukan kopral Husin cakap...bukan Sarjan vello cakap....bukan pak mat tempe cakap...tapi Ketua Polis Selangor yang cakap ni...hmmm...something wrong la....nyeh..nyeh..nyeh..

No comments: