Sunday, January 18, 2009

Apabila BN menang....Apabila PAS menang....

1. Apabila BN menang:

Maka akan berpusu-pusu la wartawan menemuramah calon yang menang serta diadakan sidang akhbar secara langsung.

Apabila PAS menang:

Keputusan yang diumumkan agak lambat serta seperti acuh tak acuh sahaja. Setakat posting ini ditulis masih belum ada sessi sidang akhbar dengan wartawan.

2. Apabila BN Menang:

Media massa dan elektronik akan memainkan isu bahawa pakatan rakyat kini tidak relevan serta rapuh.

Apabila PAS menang:

Apakah terbukti sebenarnya BN yang tidak relevan dan retak menanti belah?

3. Apabila BN menang:

Dijajakan juga cerita bahawa kemenangan BN adalah bukti rakyat menolak pakatan pembangkang.

Apabila PAS menang:

Adakah kemenangan PAS adalah bukti rakyat telah menolak BN??

4. Apabila BN menang:

Kemenangan ini adalah kemenangan rakyat.

Apabila PAS menang:

Bukan kemenangan rakyat juga ke??

5. Apabila BN menang:

Rakyat lebih mempercayai BN dari pakatan rakyat yang rapuh.

Apabila PAS menang:

Kemenangan PAS pula bermakna BN juga rapuh?

6. Apabila BN menang:

Kami akan mengotakan janji-janji yang telah dibuat sebelum pilihanraya.

Apabila PAS menang:

Kami juga akan mengotakan janji-janji kami, So?

7. Apabila BN menang:

Rakyat kini matang kerana telah memilih parti yang benar-benar dapat membawa kemakmuran kepada negara.

Apabila PAS menang:

Rakyat lagi matang kerana memilih parti yang berlandaskan Islam.

No comments: