Monday, January 26, 2009

TT@Jemput3









Baru-baru ini NWPC telah menganjurkan acara jalan-jalan cari makan. Minggu ni tempat yang terpilih ialah di Jemput3. Makanan juga boleh tahan...harganya pun mau tau la...tempat ni blh makan kat atas pokok. Tapi disebabkan pada malam itu ramai orang maka kami hanya dapat makan dibahagian bawahnya saja.

Lebih kurang 12 ahli telah menghadirkan diri dan acara ini telah dianjurkan oleh saudara Azeyop. Purata harga makanan malam itu adalah lebih kurang RM15 satu kepala. Sebelum pulang kami sempat singgah di Padang Kota sambil menghirup angin malam. Insya Allah akan ada lagi program-program seperti ini yang akan dijalankan ditempat lain pula. Syabas Azeyop...

Teman...


Teman tu bukan macam papan ski..belum main, gilap..dah main, pijak..

Teman tu bukan macam bola sepak, belum dpt, kejar..dah dapat,tendang..

Teman tu bukan macam bulu tangkis, belum main, pegang..dah main, pukul..

Teman tu ibaratkan macam ragbi, belum dapat, rebut..dah dapat, lindung dan jaga..

Teman tu macam jari..Lukanya sembuh sendiri.. Hilangnya, tiada ganti...

+ Gong Xi Fa Chai +





Selamat menyambut tahun baru cina pada semua orang yang berbangsa cina daripada Afero Yang Hero.

Saturday, January 24, 2009

Akhbar hari ini.... (2)

Murugiah akan saman Khalid - Utusan Meloyakan

PUTRAJAYA 24 Jan. - Senator T. Murugiah akan menyaman Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar kerana mengeluarkan kenyataan yang menggambarkan seolah-olah dirinya sebagai `gengster' dalam kejadian menyerbu dan menceroboh mayat di Hospital Serdang pada 21 Januari lalu.

Kata beliau, kenyataan yang disebut oleh Khalid itu telah menjejaskan imejnya sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Saman Muru saman...saman rapat-rapat...lipat jgn tak lipat....nyeh..nyeh..nyeh..

Tindakan SPRM tepati hasrat Umno - mStar

DUBAI: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dan mendakwa beberapa pemimpin Umno berhubung politik wang boleh dilihat sebagai sesuatu yang menepati hasrat parti untuk membasmi gejala itu.

Presiden Umno itu berkata, ia juga menghantar mesej kepada setiap anggota Umno bahawa parti itu tidak akan berkompromi dengan amalan politik wang.

Baru nak menepati ke Paklah?? bukan dah start lama dah? Memang lembam betul la.....nyeh..nyeh..nyeh...

Kelayakan bertanding hilang jika didakwa rasuah politik: Najib - Berita Hairan

PEKAN: Pemimpin dan anggota ahli Umno yang didakwa di mahkamah atas tuduhan politik wang akan hilang kelayakan untuk bertanding sebarang jawatan pada pemilihan parti Mac depan, kata Datuk Seri Najib Razak.

Timbalan Perdana Menteri berkata, mereka yang dipilih menjadi perwakilan ke perhimpunan agung juga akan hilang kelayakan jika turut didakwa terbabit kes berkenaan.

Aiii....Najib cakap bab rasuah?....biar betui.....mcm tak percaya la...nyeh..nyeh..nyeh..

Buka semula siasatan - Metro

PETALING JAYA: Polis akan membuka semula siasatan bagi mengenal pasti punca kematian A Kugan, 23, ketika dalam tahanan polis, berikutan dakwaan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengklasifikasikan kematian mangsa kes bunuh.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dalam kenyataannya berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kematian mangsa yang didakwa ahli keluarga didera polis berikutan kesan kecederaan badan mangsa.

Aikk?! Kan Ketua Polis Selangor dah kata dia diserang penyakit asma....nak siasat apa lagi...bukan kopral Husin cakap...bukan Sarjan vello cakap....bukan pak mat tempe cakap...tapi Ketua Polis Selangor yang cakap ni...hmmm...something wrong la....nyeh..nyeh..nyeh..

Satu pengajaran dari budak tadika......

Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun
berfikir
bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak
percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal...

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan ?
Murid-murid : Ada cikgu.

Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu
ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..

Guru tadika : Anak-anak,nampak tak pen?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : pen ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.
Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.

Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi
kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada
seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat
tangan...

Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh,mari ke depan.
Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : nampak.
Amin : cikgu ada kan ?
Murid-murid : ada.
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : tak nampak.
Amin : cikgu ada otak tak?
Murid-murid : tak ada.

Sapa sokong Obama?


Aku tak pasti siapa yang sokong... Dok nampak ramai yang sokong setakat ni..semalam dia baru je arahkan supaya Guantanamo Bay. Bagi aku setakat ni bagus la....tapi aku bukan sokong dia...


Dia tak kenal aku...aku pun tak kenal dia....dia bukan adik beradik aku...aku pun bukan adik beradik dia...Yang penting dia tetap kristian walaupun aku tak berapa pasti...ada yang kata dia Yahudi...tapi jgn lupa bukan semua Yahudi tu zionis. Zionis tu adalah satu fahaman....apa pun setakat ni aku tetap tak sokong dia atau mengharapkan sesuatu dari dia....


Cuma disebabkan Amerika Syarikat yg mengawal dunia maka semua org didunia mengharapkan sesuatu dari Obama...kita kena terima la kelemahan kita orang yang beragama Islam. Ditindas disana sini...Ilmu yang asalnya dari Islam telah diculik dan dicedok oleh para karyawan dan saintis barat. Maka lahirlah Thomas Alva Edison, Albert Einstein dan yang lain2. Ilmu2 ni semuanya berasal dari dunia Islam.


Yang orang Islam tau kini adalah bergaduh dan menyalahkan satu sama lain. Tidak ada perpaduan diantara Negara2 Islam. Maka kita kena terima la azab yang Allah S.W.T turunkan. Secara tak langsung kini orang Islam adalah orang yang paling lemah dalam dunia.


mohafero - Bersatulah orang2 Islam semua.....

Thursday, January 22, 2009

Akhbar hari ini....

Obama tunai janji selesai konflik Gaza - Berita Hairan

WASHINGTON: Presiden Barack Obama menunjukkan komitmen segera dalam mewujudkan perdamaian di Asia Barat, khususnya menamatkan konflik Gaza dengan membuat panggilan telefon empat pemimpin rantau berkenaan, hari ini.

Obama menelefon Presiden Mesir, Hosni Mubarak, Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert, Raja Jordan, Raja Abdullah dan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.

PakLah dia tak call ke? mungkin dia tgh Zzzzzzz.....tu...nyeh..nyeh..nyeh..

Guru penolong kanan mengaku tak bersalah beri rasuah - Utusan Meloya

KUALA LUMPUR 22 Jan. – Seorang guru penolong kanan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan memberi rasuah sebanyak RM400 kepada dua ahli UMNO pada pemilihan bahagian Raub September tahun lalu.

Junaidi Abdul Hamid, 45, yang juga ahli UMNO cawangan Raub didakwa melakukan perbuatan itu dengan memberi masing-masing RM200 kepada Noranizah Abd. Hamid dan Adnan Samad di coffee house, hotel Grand Season di sini pada pukul 8 malam 13 September 2008.

Oooo...Patut la budak2 tak berapa cerdik la ni....cikgu dok bagi rasuah rupanya...nyeh..nyeh..nyeh..

Perubahan perlu lebih awal: Mukhriz - Sinar Harian

SHAH ALAM – UMNO seharusnya membuat perubahan lebih awal, bukan menunggu kekalahan dalam dua pilihan raya kecil untuk melaksanakannya.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, ini dapat dilihat melalui apa yang dilakukan dalam kedua-dua pilihan raya kecil sebelum ini yang tidak memberikan hasil positif.

Tak betul..tak betul...sepatutnya kena buat lagi..lagi..awal. Kena mula dari PM sebelum Pak Lah lagi....nyeh..nyeh..nyeh..

Some scene from my N series
















Banyak Kerja daa...


1. Boring betul....banyak keja betul la ni...


2. Report untuk total shipment nak kena buat


3. Report FY10 usage tak buat lagi. Nak kena submit hari jumaat ni..


4. Daily checking for MRP label pun makin banyak.


5. Order barang through ARIBA pun nak kena monitor.


6. Prepare barang-barang AP dan MDS shipping nak kena ushar.


7. Attend meeting yang membosankan.


8. DO pending for receiving pun tak clear2 lagi.


Conclusion dia.....Alhamdulillah...dihati kecil ku ini terdetik


"Aku ada kerja juga".........


Politik wang pemilihan Umno: 12 lagi ditahan SPRM - mStar

PETALING JAYA: Sehari selepas mengumumkan bahawa tiga orang akan dihadapkan di mahkamah hari ini berhubung politik wang pemilihan Umno bahagian baru-baru ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperluaskan operasinya dengan dipercayai menahan 12 yang lain.

SPRM menahan mereka, yang berasal dari Pahang kerana menerima wang daripada pemimpin kanan Umno untuk mempengaruhi undi ketika pemilihan.
Difahamkan mereka ditahan semalam dan kelmarin dipercayai menerima rasuah antara RM300 sehingga RM500 seorang.
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Shukri Abdullah berkata, 12 individu tersebut ditahan sejak petang kelmarin di sekitar daerah Maran dan Temerloh.


Sapa dia ni? Kenapa tak bagitau? Anak siapa? Tinggal dekat mana? Kenapa tak dedahkan nama-nama tu? Wartawan tak dapat kesan ke siapa dia? Pelik.....kalau geng Pakatan Rakyat lengkap semua ni..... agak2 la....nyeh..nyeh..nyeh..

About Me on May - Is it true??

* Stubborn and hard-hearted - True
* Strong-willed and highly motivated - True
* Sharp thoughts - True
* Easily angered - 50-50
* Attracts others and loves attention - True
* Deep feelings - True
* Beautiful physically and mentally - 50-50
* Firm standpoint - 50-50
* Easily influenced - True
* Needs no motivation - True
* Easily consoled - 50-50
* Systematic (left brain) - True
* Loves to dream - True
* Strong clairvoyance - True
* Understanding - True
* Sickness usually in the ear and neck - No
* Good imagination - True
* Good debating skills - True
* Good physical - True
* Weak breathing - True
* Loves literature and the arts - 50-50
* Loves traveling - No
* Dislike being at home - No
* Restless - True
* Hardworking - True
* High spirited - True
* Spendthrift - No

Monday, January 19, 2009

+ Smiles +


Before marriage.

Darling here.. darling there...

After marriage.

Baling here... baling there..

Before marriage.

I die for you. .

After marriage."You die, up to you.

"Lagi lama married. You die I help you!

Before marriage.

You go anywhere. I follow you.

After marriage. . You go anywhere. up to you.

Lagi lama married. . You go anywhere better get lost!!

Before wedding

you are my heart, you are my love

"After wedding"

you get on my nerves. "

Before wedding

"you are sweet and kind just like Cinderella

"After wedding"

you are worse than godzila"

Before wedding

Roses are red, violets are blue. Like it or not, I'm stuck with you

After wedding

Roses are dead, I am blue. You get on my head, I will sue you

Before wedding

Every makan he brings you to Shangri-La

After wedding

You want to go, he says you wait-la

Before wedding

She looks like Anita Sarawak

After wedding
Don't know whether katak or biawak

Sunday, January 18, 2009

Apabila BN menang....Apabila PAS menang....

1. Apabila BN menang:

Maka akan berpusu-pusu la wartawan menemuramah calon yang menang serta diadakan sidang akhbar secara langsung.

Apabila PAS menang:

Keputusan yang diumumkan agak lambat serta seperti acuh tak acuh sahaja. Setakat posting ini ditulis masih belum ada sessi sidang akhbar dengan wartawan.

2. Apabila BN Menang:

Media massa dan elektronik akan memainkan isu bahawa pakatan rakyat kini tidak relevan serta rapuh.

Apabila PAS menang:

Apakah terbukti sebenarnya BN yang tidak relevan dan retak menanti belah?

3. Apabila BN menang:

Dijajakan juga cerita bahawa kemenangan BN adalah bukti rakyat menolak pakatan pembangkang.

Apabila PAS menang:

Adakah kemenangan PAS adalah bukti rakyat telah menolak BN??

4. Apabila BN menang:

Kemenangan ini adalah kemenangan rakyat.

Apabila PAS menang:

Bukan kemenangan rakyat juga ke??

5. Apabila BN menang:

Rakyat lebih mempercayai BN dari pakatan rakyat yang rapuh.

Apabila PAS menang:

Kemenangan PAS pula bermakna BN juga rapuh?

6. Apabila BN menang:

Kami akan mengotakan janji-janji yang telah dibuat sebelum pilihanraya.

Apabila PAS menang:

Kami juga akan mengotakan janji-janji kami, So?

7. Apabila BN menang:

Rakyat kini matang kerana telah memilih parti yang benar-benar dapat membawa kemakmuran kepada negara.

Apabila PAS menang:

Rakyat lagi matang kerana memilih parti yang berlandaskan Islam.

=Keputusan PRK K.Terengganu=



Pertama sekali Syukur Kehadrat Illahi……
1. Semua dah tau keputusan PRK Kuala Terengganu hari ini.

2. Agakkan aku tepat sekali. Kerusi ini dimenangi wakil dari PAS Mohd Abdul Wahid Endut.

3. BN kalah Najib pun pulang. Sama macam kat Pmtg Pauh hari tu.

4. Dalam dewan semua penyokong pembangkang sahaja yang tinggal. Bermakna penyokong BN semuanya sudah mengetahui yg mereka awal2 lagi sudah tewas
5. Semua penyokong setia BN kini dok ghaplah…asyik dok kalah saja.
6. Adakah BN kini betul2 telah ditolak rakyat? Relevankan BN kini?

7. Semua menggaru kepala yang tak ada kutu mencari jawapan.

8. Keputusan majoriti pembangkang pun dah meningkat ke 2,631 undi.

9. Pola pengundian kini telah berubah hala tujunya.

10. Walaupun pembangkang diserang hebat dari segenap penjuru terutamanya dari TV3 suku dan media cetak namun Allah lebih berkuasa keatas semuanya

11. Buat la mcm mana pun. Kalau Allah izinkan barulah jadinya.

12. Harapan rakyat sudah tentulah kepada YB yang baru dilantik Mohd Abdul Wahid Endut untuk menjalankan tugas dan amanah yang diberikan rakyat dengan sebaik-baiknya

13. TAKBIR 3x!!

+ Seronok.... +

Lama tak perang dalam forum…
Malam semalam tak tau nak buat apa
Boring-boring tu saja la kacau satu budak
tu dalam forum

Apa lagi berperang sakan la dalam tu
Hehehe…bukan perang serius..perang memain je..
Jangan amik hati noo pada siapa yang berkenaan
Saja semalam tu

Masuk forum politik slow gila…
Masuk forum sekolah x dak orang plak..
Nak masuk satu blog favourite aku tu
tak boleh buka la plak
Tranungkite down….

Boring gila la…..
Tu yang merapu tak tentu hala tu….
Hehehehe….

Thursday, January 15, 2009

A Wakeup Call

Extracts of speech by Hafez A.B Mohamed: Director-General, Al Baraka Bank.
Demographics:
oWorld Jewish Population. 14 milliono
Distribution: 7 m in America
5 m in Asia
2 m in Europe
100 thousand in Africa
o World Muslim Population: 1.5 billiono
Distribution: 1 billion in Asia/Mid-East
400 M in Africa
44 M in Europe
6 M in the Americas
o Every fifth human being is a Muslim.
o For every single Hindu there are two Muslims
o For every Buddhist there are two Muslims
o For every Jew there are 107 Muslims
o Yet the 14 million Jews are more powerful than the entire 1.5 billion Muslims


Why?

Here are some of the reasons.
Movers of Current History
o Albert Einstein Jewish
o Sigmund Freud Jewish
o Karl Marx Jewish
o Paul Samuelson Jewish
o Milton Friedman Jewish


Medical Milestones
o Vaccinating Needle: Benjamin Ruben Jewish
o Polio Vaccine Jonas Salk Jewish
o Leukaemia Drug Gertrude Elion Jewish
o Hepatitis B Baruch Blumberg Jewish
o Syphilis Drug Paul Ehrlich Jewish
o Neuro muscular Elie Metchnikoff Jewish
o Endocrinology Andrew Schally Jewish
o Cognitive therapy. Aaron Beck Jewish
o Contraceptive Pill Gregory Pincus Jewish
o Understanding of Human Eye. G. Wald Jewish
o Embryology. Stanley Cohen Jewish
o Kidney Dialysis Willem Kloffcame Jewish

Nobel Prize Winners
o In the past 105 years, 14 million Jews have won 180 Nobel prizes whilst 1.5 billion Muslims have contributed only 3 Nobel winners
Inventions that changed History
o Micro- Processing Chip. Stanley Mezor Jewish
o Nuclear Chain Reactor Leo Sziland Jewish
o Optical Fibre Cable Peter Schultz Jewish
o Traffic Lights Charles Adler Jewish
o Stainless Steel Benno Strauss Jewish
o Sound Movies Isador Kisee Jewish
o Telephone Microphone Emile Berliner Jewish
o Video Tape Recorder Charles Ginsburg Jewish

Influential Global Business
o Polo Ralph Lauren Jewish
o Coca Cola Jewish
o Levi's Jeans Levi Strauss Jewish
o Sawbuck's Howard Schultz Jewish
o Google Sergey Brin Jewish
o Dell Computers Michael Dell Jewish
o Oracle Larry Ellison Jewish
o DKNY Donna Karan Jewish
o Baskin & Robbins Irv Robbins Jewish
o Dunkin Donuts Bill Rosenberg Jewish

Influential Intellectuals/ Politicians
o Henry Kissinger , US Sec of State Jewish
o Richard Levin, PresidentYaleUniver sity Jewish
o Alan Greenspan , US Federal Reserve Jewish
o Joseph Lieberman Jewish
o Madeleine Albright , US Sec of State Jewish
o CasperWeinberger , US Sec of Defence Jewish
o Maxim Litvinov , USSR Foreign Minister Jewish
o DavidMarshal , Singapore Chief Minister Jewish
o Isaacs Isaacs, Gov-GenAustralia Jewish
o Benjamin Disraeli, British Statesman Jewish
o Yevgeny Primakov, Russian PM Jewish
o Barry Goldwater , US Politician Jewish
o Jorge Sampaio, President Portugal Jewish
o Herb Gray, Canadian Deputy - PM Jewish
o Pierre Mendes, French PM Jewish
o Michael Howard, British Home Sec. Jewish
o Bruno Kriesky, Austrian Chancellor Jewish
o Robert Rubin , US Sec of Treasury Jewish

Global Media Influential
o Wolf Blitzer, CNN Jewish
o Barbara Walters ABC News Jewish
o EugeneMeyer , Washington Post Jewish
o Henry Grunwald, Time Magazine Jewish
o Katherine Graham , Washington Post Jewish
o Joseph Lelyeld, New York Times Jewish
o Max Frankel, New York Times Jewish

Global Philanthropists
o George Soros Jewish
o Walter Annenberg Jewish

Why are they powerful? why are Muslims powerless?
Here's another reason. We have lost the capacity to produce knowledge.
o In the entire Muslim World (57 Muslim Countries) there are only 500 universities.
o In USA alone, 5,758 universities
o In India alone, 8,407 universities
o Not one university in the entire Islamic World features in the Top 500 Ranking Universities of the World
o Literacy in the Christian World 90%
o Literacy in the Muslim World 40%
o 15 Christian majority-countries, literacy rate 100%
o Muslim majority - countries , None
o 98% in Christian countries completed primary
o Only 50% in Muslim countries completed primary.
o 40% in Christian countries attended university
o In Muslim countries a dismal 2% attended.
o Muslim majority countries have 230 scientists per one million Muslims
o The USA has 5000 per million
o The Christian world 1000 technicians per million.
o Entire Arab World only 50 technicians per million.
o Muslim World spends on research/developmen t 0.2% of GDP
o Christian World spends 5 % of GDP

Conclusion.
o The Muslim World lacks the capacity to produce knowledge.
Another way of testing the degree of knowledge is the degree of diffusing knowledge.
o Pakistan 23 daily newspapers per 1000 citizens
o Singapore 460 per 1000 citizens.
o In UK book titles per million is 2000
o In Egypt book titles per million is only 17

Conclusion.
o Muslim World is failing to diffuse knowledge
Applying Knowledge is another such test..
o Exports of high tech products from Pakistan is 0.9% of its exports.
o In Saudi Arabia is 0.2%
o Kuwait , Morocco and Algeria 0.3%
o Singapore alone is 68%

Conclusion.
o Muslim World is failing to apply knowledge.
What do you conclude? no need to tell the figures are speaking themselves very loudly we are unable to listen
Advice:
Please educate yourself and your children. always promote education, don't compromise on it, don't ignore your children's slightest misguidance from education (and please, for God's Sake, don't use your personal contacts or sources to promote your children in their education; if they fail, let them and make them learn to pass; b/c if they can't do it now, they can't ever).
We are World's biggest and strongest nation, all we need is to identify and explore our ownselves. Our victory is with our knowledge, our creativity, our literacy...And nothing else..


....Wake up.... !!

Oh Arab Oh Palestin...



Malas aku nak sembang pasal Palestin ni…
Bukan pasal aku tak prihatin…..
Bukan pasal aku tak mau ambil tau
Tapi aku sakit hati dengan negara Arab sendiri
Meluat betul aku dengan negara-negara Arab ni
yang hanya mampu melihat sahaja….


Walaupun Israel dikelilingi oleh negara2 Arab sayang sekali
Semua x dak teloq…maaf bercakap la…ayat tu yg paling sesuai
Lebih satu billion umat Islam lain pun x mampu berbuat apa2
Selagi Amerika berkuasa kita kena terima hakikat
Walaupun kita tak dijajah secara langsung
Secara lahiriahnya kita tetap dijajah oleh Amerika dan Israel


Ada yang sembang kemas dekat kedai kopi
Ada yang maki sana maki sini dekat Israel
Ada yang bakar bendera
Ada yang baling kasut
Ada yang tak buat apa2 tapi dok gelak besar


Memang x ada effect kalau kita tak buat apa2
Tak kan kita nak tunggu dan lihat saja?
Mana perginya sikap menyayangi saudara se Islam
Banyak yang kita lupakan
Dan Allah memberikan kita peringatan


Masalahnya negara Islam pun penakut…
Kenapa takut?? Semua ekonomi dipegang oleh US
Walaupun semua mengetahui secara tak langsungnya
yang bangsa Yahudi adalah dalang utama disebaliknya
Semua x dak teloqq…..
Malas dah aku nak ulas….


Sama je tak boleh buat apa2
Boikot, menderma ke tabung dan berdoa
Adalah harapan terakhir yang kita mampu buat
X kan kita nak tengok saja..?


Agak2 la………

Monday, January 12, 2009

Pilihanraya Kecil KT - P036


Aku tak tau sapa yang akan menang nanti dalam PRK Kuala Terengganu ni...tapi apa yang boleh aku bgtau senang je. Sapa yang berada di KT tu akan tau sapa yang akan menang. Senang je nak tau....kalau ceramah dari BN orang ramai..memang BN yg akan menang la.

Tapi kalau PR yang ceramahnya lebih mendapat sambutan...memang terang la PR akan menang. Jadi penduduk di KT lebih memahami suasana semasa yang berlaku sekarang ni. Seperti juga di PRK Pmtg Pauh tahun lepas.
Penduduk disekitarnya dah tahu siapa yang akan menang. Cuma biasalah siapa yang dok baca paper dan tgk tv tu....mesti dok cerita pasal BN saja...akhirnya Arif Shah tersungkur juga walaupun beliau dikatakan popular di kawasan Seberang Jaya.
Mungkin di KT ni agak berbeza dari Pmtg Pauh. Ini kerana pada PRU tahun lepas saingan memang sengit dari kedua-dua parti itu. Berbeza pula dengan Pmtg Pauh yang memang menjadi kubu kuat Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Dapat dilihat ceramah dari PKR dapat memenuhi sebuah mini stadium berbanding ceramah yang dianjurkan BN yang hanya dapat memenuhkan gelanggang bola keranjang ataupun kawasan rumah persendirian. Dari sini penduduk di sekitar Pmtg Pauh sudah dapat mengetahui siapa pemenangnya.
Jadi penduduk KT....anda penentunya...dan anda tahu kini siapa pemenangnya......
Selamat Mengundi....

Sunday, January 11, 2009

Pilih calon bukan kerana muka - Kosmosos

KUALA TERENGGANU - Pengundi di kawasan Parlimen Kuala Terengganu perlu menilai calon Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh berdasarkan keupayaannya dan bukan raut mukanya, kata Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ni apa cerita ni statement anak pak Yassin ni...igt kami gay ke yang nak tgk rupa paras...ekeke..agak2 la anak Yassin ooii...

Orang buta kalau buat keja pun org suka la....
Orang bisu kalau buat keja pun org suka la.....
Orang cacat kalau buat keja pun org suka la....
Penduduk Kuala Terengganu punya suka la.....
Agak2 la........

Futsal@Bola-Bola


Futsal ni adalah satu permainan bolasepak yang dimainkan dalam padang kecil dan dalam kumpulan yang kecil (4-6 orang). Permainan yang selalunya dimainkan dalam dewan ini berasal dari perkataan Portugis futebol de salão dan Sepanyol fútbol sala/de salón.

Aku pun la ni pun dah rasa ketagih plak main futsal...selepas aku tinggalkan 2 thn lepas dulu. Venue utama kami adalah di Bola-Bola Futsal Centre yang terletak di kawasan perindustrian Mak Mandin. Aku rasakan tempat tu bekas kilang yang dibangunkan semula kerana bentuknya seperti gudang. Sumber yang aku terima tempat tu adalah kepunyaan Dr. Hilmi. Mantan Timb. Ketua Menteri Pulau Pinang.

Dengan permainan ni dapat la juga aku membakar sedikit lemak2 yg berkumpul dekat perut dan paha aku ni..ekekeke..peluhnya dapat membuatkan aku tidur nyenyak pada malamnya...

Permainan ni dimainkan kami pada setiap hari selasa dari pukul 9.00pm-10.30pm. Sambutan agak menggalakkan dan kadang2 terasa tak puas bermain kerana terpaksa bertukar giliran (selepas 2 gol akibat ramai orang). Namun yang penting bukan kerana itu...yang penting peluh dan toksin dalam badan dapat dikeluarkan. Penat toksah cerita la....letih yang amat.....

Projek bukan pancing undi - Utusan Meloyakan

KUALA TERENGGANU 10 Jan. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, projek-projek yang diumumkan di kawasan ini sejak beberapa hari lalu adalah sebahagian daripada pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan di Parlimen November lalu.

Justeru Timbalan Perdana Menteri berkata, adalah tidak benar untuk mana-mana pihak mengaitkan projek-projek yang diumumkan itu dengan Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu yang berlangsung sekarang.

Nih...nak bohong pun agak2 la ajib...satu Malaysia tahu la..sekali nak ada pilihanraya je mesti semua jalan akan diturap semula...yg dulu jalan tidak ber tar pula akan di tar kan...

Pakej ransangan ekonomi konon...agak2 la...ekekeke

Friday, January 9, 2009

9 Days in 2009

9 days in 2009
The date has change
The time change as well
The figure absalutely will change

We will get a new calendar
We will get a new diary
Everybody has a new philosophy
Everybody has a goal
To improve our self price
To improve our dignity
To improve the self confident

This is good for sake human
This is good for our world
This is good for myself
This is good for everybody
in the world

Good bye 2008
Welcome 2009
Life must go on
See ya..

Tuesday, January 6, 2009

Tahun Baru Masihi

Hamba dengan tulus ikhlas ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Masihi 2009 walaupun hamba sendiri pun tak sambut. Hari ni pun dah 6hb dah...harap tak terlambat. Lagipun kita masih di awal januari.

Afero Yang Hero

Kerja oh kerja....


Kerjaku pun bermula selepas beberapa hari bercuti
Malas ada rajin pun ada
Risau ada meluat pun ada
Tapi apa nak buat
Duit perlu dicari
Kereta perlu dibayar
Rumah perlu disewa
Letrik dan air bukan percuma
Bil handphone nasib baik tak tinggi mana

Itulah kehidupan…
Seperti kata Tan Sri P. Ramlee
Pendek kata selagi tak tutup mata
Kerja…kerja…kerja…

Tapi kalau nak duduk saja pun tak best juga
Boring yang amat sunyi terasa
Perlukan sesuatu untuk membuang masa
Yakni kerja..kerja..kerja…
Janji kita jangan buat dosa…