Saturday, August 30, 2008

Belanjawan 2009 - Tenaga Elektrik

Kah..Kah..Kah....kenapa aku gelak??

Hehehe...sambil tersenyum aku menulis ni berkaitan dengan pengumuman kerajaan isi rumah dengan bil elektrik kurang daripada RM20 ringgit sebulan tidak perlu membayar bil elektrik, berkuat kuasa 1 Oktober 2008 sehingga akhir 2009.

Agak2 hangpa semua la...sapa la yg menggunakan elektrik kurang dari RM 20?? Aku yang bujang ni pun paling kurang pun RM 25 sebulan. Bukan ada apa pun kat umah aku tu...hanya perkakas biasa seperti TV, kipas, peti sejuk, radio dan laptop aku ni saja yg menggunakan elektrik. Lagipun aku hanya menggunakan segala perkakas tersebut hanya pada waktu selepas aku pulang kerumah. Bukan ada sapa pun kat umah aku tu..aku dengan member aku sahaja. Dia pun bukan dok guna apa sangat...dok layan laptop dia saja....Selalunya dengan kos elektrik yg kurang RM 20 ni adalah org yg mempunyai rumah kedua tapi tidak ada penyewanya...hampehh betui....

Kah..kah..kah...gelak lagi la aku. Tu aku citer tadi aku ni yg bujang...mcm mana la puak2 yg kawin? Lagi la mcm2 ada barangan elektrik dan menggunakan elektrik yg berlebihan...Nampaknya pengumuman tu adalah gula-gula untuk rakyat...hanya manis di bibir saja walhal tak kenyang langsung untuk dimakan.

Apapun kita kena buat2 pi la seronok.....kah..kah..kah....

No comments: