Friday, August 29, 2008

Hijau Kuning




Dah lama aku tak menulis ni...ntah la..sibuk skit....maklumlah aku pun terlibat jugak dalam pilihanraya kecil baru2 ni. Ada la tolong2 skit......

Ni bukan aku nak citer pasal pilihanraya...nanti aku citer lain pasal by-election tu bak kata org putih....ni aku nak citer pasal Perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kedah dan Selangor pada malam 23 Ogos yg lalu. Satu kenangan yg tak dapat aku lupakan disebabkan Kedah telah berjaya mempertahankan 3 piala yg telah dimenangi tahun lalu. Diulangi sekali lagi...Kedah berjaya mempertahankan 3 piala yg telah dimenangi pada tahun lalu. Aku adalah antara org yg paling gembira pada malam tu...kegembiraan yg tak dapat diluahkan dengan kata2.

Perjalanan aku bermula pada tengahari 23hb tu ke KL....sampai disana petang lebih kurang pkl 6 petang. Sangkut la jugak jem kat Bukit Jalil tu...maklumlah..perlawanan akhir yg dinanti-nanti di seluruh Malaysia. Tapi apa yg aku nampak hanyalah penyokong kedah....kemanakah penyokong Selangor...sangkaanku mungkin depa ni datang lambat skit...almaklumlah negeri Selangor tu dekat dgn KL.


Perlawanan dimulakan pada pukul 8.50 malam. 20 minit pertama perlawanan itu dikuasai oleh Selangor..risau jugak aku tgk tu....tapi selepas Selangor menjaringkan gol melalui jaringan Frank Seator perlawanan itu pun bertukar corak dengan Kedah berjaya mendapatkan 3 gol hanya dalam masa 6 minit. Alhamdullilah aku bersyukur pada tuhan walaupun hati ku ini sedikit berdebar-debar. Sesungguhnya perjalanan pulang aku ke Penang hanyalah dengan seyuman belaka. Akhirnya aku selamat tiba di Penang pada pukul 5 pagi......

No comments: