Saturday, August 30, 2008

Permatang Pauh


Permatang Pauh?? tak payah la aku citer pasal nama tempat ni....aku rasa ramai yang dah tahu dan dah ada keputusannya pun.


Nak citer skit pasal pengalaman aku untuk membantu sepanjang ceramah di Permatang Pauh ni....maklumlah...PRK (Pilihan Raya Kecil) ini sedang disaksikan bukan saja di Malaysia....malah dunia turut memerhatikannya. Suasana di sini memang meriah ditambah pula dengan kehadiran orang luar yang dianggarkan lebih kurang 30 ribu orang. Menjadikan pekan yg kecik ni memang sesak.


Aku pun ada la terlibat skit dalam membantu melicinkan trafik ketika ceramah sedang berlangsung...tu pun hanya sekali saja kerana aku lebih suka mendegar ceramah tu dari aku dok tepi jalan menjaga lalulintas. Jadi sepanjang minggu PRK aku memang sibuk kesana kemari. Topik yang dibincangkan pun lebih menjurus kepada politik....lain2 hal tenggelam sama sekali.


Apa yg aku kagum dengan PRK ni adalah ternampaknya semangat orang bukan Melayu dalam berpolitik ni...ntahla kuasa apa yg merasuk mereka ni sehinggakan hingga ke ceruk2 kampung dua bangsa ni Cina dan India ramai yg menghadiri ceramah yg diadakan. Akhirnya semua orang tahu Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR) telah mengalahkan lawannya Datuk Arif Shah (BN) dan Hanafi Mamat dari AKIM dengan majoriti 15671 undi. Semoga dengan kemenangan ini mungkin ada sedikit perubahan dalam sistem pemerintahan di negara yg tercinta ini. Amin.

No comments: