Wednesday, May 26, 2010

‘Jika Barca minat, bayar RM384j’ - Berita Heghan


2010/05/26

ARSENAL meletakkan harga £80 juta (RM384 juta) ke atas Cesc Fabregas ketika kelab berkenaan berpendirian tegas tidak mahu membuat sebarang pertimbangan untuk menjual pemain tengah mereka kepada Barcelona sehingga selepas tamat Piala Dunia 2010. Pengurus pasukan, Arsene Wenger masih berharap supaya harga tinggi itu akan menyekat Fabregas, 23, meninggalkan Highbury.

Sumber dari Arsenal berkata: “Ini akan berlanjutan sehingga 31 Ogos dan ia tidak akan membantu sesiapa,” katanya

Arsenal beranggapan jika pemain itu menonjol dalam Piala Dunia nanti ia akan meningkatkan lagi nilainya. Sementara itu, Barcelona memberi amaran kepada Arsenal mereka tidak akan terasa cemas dengan tanda harga itu dan akan berusaha mendapatkan pemain berkenaan walaupun pada hari terakhir jendela perpindahan nanti. Bekas juara Liga Juara-Juara Eropah itu tampak yakin dalam rundingan berkenaan nanti kerana pemain Sepanyol itu sudah memberitahu Wenger dia mahu meninggalkan Stadium Emirates untuk menyertai kelab idamannya sejak kecil. Fabregas dikatakan memberitahu rakannya bahawa dia 500 peratus pasti akan ke Barcelona tetapi berkata dia tidak akan tampil membuat kenyataan untuk menuntut pemergiannya ke kelab Catalan itu. – Agensi

-p/s : Aduuss...kalau playmaker Arsenal ni belah jadi tak syok la tgk bola lepas ni....hmm...harap dia tak jadi..bnyk fakta menunjukkan beberapa pemain Arsenal menyesal setelah meninggal Arsenal. Antaranya Alexander Hleb, Thiery Heny dan lain lagi....

No comments: