Saturday, May 1, 2010

Caretaker

Dalam permainan bolasepak kalau sesorang pengurus sesebuah pasukan itu dipecat maka Pengerusi kelab berhak menamakan sesiapa sahaja untuk menggantikan pengurus tersebut buat seketika sebelum pengurus yang baru dilantik.

Pengurus yang menggantikan pengurus yg dipecat buat seketika tu sebenarnya bukan layak diiktiraf sebagai pengurus mungkin sebab dia masih tidak mempunyai lesen yang sah sebagai pengurus namun ia masih dibenarkan atas nama penjaga seketika (caretaker).

Aku pun buat masa ni terpaksa la menjaga MDS Shipping yang penyelianya telah mengambil skim perberhentian secara sukarela (VSS). Juga secara tak langsung keja aku pun semakin bertambah...apa boleh buat..pekerja yg berdedikasi la katakan...aku mengikut je apa yg diarahkan. Adios...

No comments: