Wednesday, May 26, 2010
Tidak merugikan Malaysia - Utusan Meloya
pengarang@utusan.com
JOHOR BAHRU 25 Mei – Penyerahan semula tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Singapura kepada negara jiran itu tidak akan merugikan Malaysia.
Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman sebaliknya menjelaskan, negara meraih keuntungan besar apabila tanah KTMB di republik itu diganti dengan tanah yang lebih bernilai tinggi mengikut pasaran semasa.
p/s: Ingat rakan2 semua...cari sama berita dari sumber lain...jangan dok percaya sangat ngan media2 kerajaan la ni...bnyk cerita yg disembunyikan. Balik cari dan buat kajian sendiri...jgn dok main percaya bulat2 je....habis la tanah kita lepas ni....
‘Jika Barca minat, bayar RM384j’ - Berita Heghan
2010/05/26
ARSENAL meletakkan harga £80 juta (RM384 juta) ke atas Cesc Fabregas ketika kelab berkenaan berpendirian tegas tidak mahu membuat sebarang pertimbangan untuk menjual pemain tengah mereka kepada Barcelona sehingga selepas tamat Piala Dunia 2010. Pengurus pasukan, Arsene Wenger masih berharap supaya harga tinggi itu akan menyekat Fabregas, 23, meninggalkan Highbury.Integra Type R
Keta ni sepupu aku pi beli 2 thn lepas....dengan aku sebagai peneman...telah ditingkatkan kuasanya dengan kuasa pendesak (turbo la) yang berharga RM9k. Hmm...family aku memang keturunan honda. Sepupu aku, abg dia, abang aku, bapak aku, pakcik aku...semua pakai kereta jenama honda.
Wednesday, May 5, 2010
Panas
Jangan serba salah...bukan panas kena api....bukan juga panas kena puntung rokok...bukan juga panas kena pasal 'bengkek' kat orang....ni betul-betul panas la...nak tido pun susah dengan cuaca la ni...hmm....mungkin bumi kini sudah tua dan semakin sakit...
Bayangkan negara kita yang tak penah kena gempa bumi pun dah ada. Tsunami pun kita dah penah kena...cuma lava gunung berapi je tak keluar dari perut bumi lagi. Kalau ada tu aku rasa masjid kita akan penuh...semua akan insaf..semua akan taubat nasuha...
Begitulah sikap manusia...hanya insaf bila terdesak...hanya insaf bila di hujung nyawa...hanya insaf bila kematian hampir tiba....cuma harapan aku moga panas yang berkuap ni cuma seketika...biarkan peribahasa 'Ingatkan panas berpanjangan rupanya hujan di tengah hari' menjadi kenyataan.
Panel khas mulakan tugas lawat lokasi kejadian Aminulrasyid terbunuh - Berita Heran
Panel yang diketuai pengerusinya, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop, dilihat mula berkumpul di Hotel Concorde Shah Alam kira-kira jam 9.30 malam.
Panel khas itu dibawa menaiki sebuah bas yang diiringi kereta polis dan kereta peronda, menyusuri laluan yang dikatakan digunakan kedua-dua remaja terbabit, termasuk 6 kilometer terakhir yang dikatakan laluan mereka ketika dikejar peronda polis pada awal pagi kejadian, pada 26 April lalu.
Antara tempat yang dilawati termasuk, Bulatan Kayangan, Bulatan Bestari, berdekatan UiTM, restoran Ali Corner di Jalan Platinum G 7/G, di mana semua kejadian bermula, selepas Aminulrasyid dikatakan bergesel dengan sebuah motosikal ketika baru tiba di restoran itu.
Banyak betul PANEL la ni...ada panel pintu...ada panel penilai...ada panel jawatankuasa sana sini...sekali ada kes je tubuh PANEL...nampaknya kita semakin tidak dipercayai....
Keputusan Liga Super
04/05/2010 11:27pm
KUALA LUMPUR 4 Mei - Berikut keputusan Liga Super yang berlangsung malam ini.
Johor FC 1-3 Selangor
Kedah 4-0 Terengganu
Kelantan 2-1 Pahang
T-Team FC 2-1 Negeri Sembilan
Perak 0-1 Kuala Lumpur Plus
Perlis 4-2 Johor
Pulau Pinang 1-0 Kuala Lumpur
Monday, May 3, 2010
Padang Kota
Gambar ni aku amik sekitar 2 tahun lepas di Padang Kota. Ambil pun dengan hanya menggunakan kamera handphone aku N73 waktu tu. Handphone tu pun dah aku bagi dekat orang tua aku la ni....ntah la..aku rasa menarik gambar ni......
Sunday, May 2, 2010
Gemini Horoscope
Gemini Horoscope for May 2nd 2010.
A neighbor or relative might volunteer to help you with some chores around the house, Gemini, but you could sense that his or her heart isn't in it. This person is probably thinking about things and just needs some kind words and a little advice. Just accept that even though you have help, you'll probably end up doing most of the work yourself. Offer what support you can, and think of it as good karma.
Tayar yang membengkak
Ketika perjalanan ku pulang semalam ke kampung...tiba2 aku terasa kereta aku bergegar ketika di atas highway...pelik...kenapa plak dah ni..?? (tanyaku sendirian didalam hati)....
Selepas berhenti seketika di Taman Sejati selepas tol Sungai Petani Selatan aku memberhentikan kereta ku...telahan aku tepat yang tayar aku membengkak...hmmmm duit lagi..luahku.
Apa kan daya...mcm tayar ni tau-tau je aku nak baru dapat gaji...hmmm...esok la nak kena tukar tayar lain nampaknya...mgkin tukar sebiji dah la kot..tak mampu rasa ni..punggahhh....
Saturday, May 1, 2010
1 Mei
Yang peliknya aku kena keja pada hari 'Pekerja'. Salah ke aku kena keja hari ni? adakah aku patut cuti atau aku menikmati hari2 kerja aku...tapi memang aku dah keja hari2 pun...apa salahnya aku bercuti time hari pekerja ni....
X pa la...aku x dak masalah...lgpun kalau aku balik kg pun aku bukan buat apa sangat...apa salahnya aku datang keja..dapat la juga overtime...blh la simpan skit....
Kepada semua2 pekerja di seluruh dunia aku mengucapkan Selamat Menyambut Hari Buruh! semoga kita sentiasa kurangkan kontroversi dan tingkatkan prestasi pekerjaan.....Adios...
Nak bunuh orang konon.......!
Hmm......budak setahun jagung dah nak tunjuk juah...bila 1Malaysia semua tau mula la kelam kabut nak tutup facebook dia...haha..cakap boleh runtuh langit...kena gejut skit teloq habis masuk dalam.....kesiannn........
Caretaker
Pengurus yang menggantikan pengurus yg dipecat buat seketika tu sebenarnya bukan layak diiktiraf sebagai pengurus mungkin sebab dia masih tidak mempunyai lesen yang sah sebagai pengurus namun ia masih dibenarkan atas nama penjaga seketika (caretaker).
Aku pun buat masa ni terpaksa la menjaga MDS Shipping yang penyelianya telah mengambil skim perberhentian secara sukarela (VSS). Juga secara tak langsung keja aku pun semakin bertambah...apa boleh buat..pekerja yg berdedikasi la katakan...aku mengikut je apa yg diarahkan. Adios...