Tuesday, November 25, 2008

= Kenduri =







Sebut pasal kenduri ni selalunya dikaitkan dengan perkahwinan, tahlil, pergi haji, cukur rambut dan sebagainya. Nak cerita skit pasal kenduri yang aku hadiri rakan sekelab WPC. Kenduri ni adik ipar dia yang kawin. Bukan dia noo....nak mampus...cari kena tarik telinga.
Berlangsung pada 22hb nov baru ini. Kami dari WPC seramai lebih kurang 10 biji kereta secara berkonvoi telah bertolak dari stesyen minyak Caltex berhampiran supermarket Tesco di Penang dan menuju ke Fort Cornwalis (betui ka aku eja ni). Perjalanan yang mudah dengan lebih kurang 7-8KM sahaja dari Caltex tu hanya mengambil masa kira2 15 minit je.
Sesampainya disana sambil disambut dengan keluarga pihak pengantin perempuan dan menikmati juadah yang lazat (selalunya kenduri di Penang ni makanan memang sedap). Sekurang-kurangnya kami dari kelab WPC ni dapat membantu rakan sekelab untuk memeriahkan kenduri adik iparnya dan pada ahad ni kenduri akan diadakan di pihak pengantin lelaki plak.

No comments: