Saturday, November 29, 2008

+ Kenduri Lagi +

Hmm.....dok boring2 tunggu keja datang kepada aku boring la plak x tau nak buat apa..(cheewahh) biasala...sabtu kan hari ni...keja bukan ada sangat. Jadi aku pun ringan2kan la menulis blog ni...dah bersarang lama dah. Nak tulis pun x ada modal sangat....jadi hari ni aku nak citer pasal kenduri lagi.


Biasa la..time cuti sekolah ni...orang pakat2 nak kawin la....aku juga tak kawin2 lagi. Insya Allah ada la jodoh tu nanti. Sabar je la Farouk ooii (sambil menepuk bahu sendiri). Sebenarnya hari ni adalah kenduri untuk rakan sekelabku..Khai4re.. aku pun x tau nama sebenar dia. Maklumlah...kami semua ni lebih dikenali dengan nama samaran je. Hampir 90% rakan sekelab aku hanya tahu nama samaran dia. Yang lain...'yillekk'.


Kenduri dia hari ni diadakan di Jerlun kalau tak silap. Berhampiran dengan sempadan Kedah dan Perlis. Mula2 tu aku memang nak pergi...tapi disebabkan back up aku yang kat ofis ni pun bercuti..maka aku pun cancel la cuti aku. Kecewa juga aku tak pergi cuti Khai4re ni. Dia adalah salah sorang yang sentiasa support segala aktiviti yang dilakukan kelab waja ini. Apa pun aku berdoa semoga dia berbahagia sehingga ke anak cucu. Kalau dia tak mau datang kenduri aku pun lepas ni pasal aku tak pi kenduri dia aku tak akan berkecil hati punya...nyeh..nyeh..nyeh.


No comments: