Saturday, August 30, 2008

Belanjawan 2009 - Tenaga Elektrik

Kah..Kah..Kah....kenapa aku gelak??

Hehehe...sambil tersenyum aku menulis ni berkaitan dengan pengumuman kerajaan isi rumah dengan bil elektrik kurang daripada RM20 ringgit sebulan tidak perlu membayar bil elektrik, berkuat kuasa 1 Oktober 2008 sehingga akhir 2009.

Agak2 hangpa semua la...sapa la yg menggunakan elektrik kurang dari RM 20?? Aku yang bujang ni pun paling kurang pun RM 25 sebulan. Bukan ada apa pun kat umah aku tu...hanya perkakas biasa seperti TV, kipas, peti sejuk, radio dan laptop aku ni saja yg menggunakan elektrik. Lagipun aku hanya menggunakan segala perkakas tersebut hanya pada waktu selepas aku pulang kerumah. Bukan ada sapa pun kat umah aku tu..aku dengan member aku sahaja. Dia pun bukan dok guna apa sangat...dok layan laptop dia saja....Selalunya dengan kos elektrik yg kurang RM 20 ni adalah org yg mempunyai rumah kedua tapi tidak ada penyewanya...hampehh betui....

Kah..kah..kah...gelak lagi la aku. Tu aku citer tadi aku ni yg bujang...mcm mana la puak2 yg kawin? Lagi la mcm2 ada barangan elektrik dan menggunakan elektrik yg berlebihan...Nampaknya pengumuman tu adalah gula-gula untuk rakyat...hanya manis di bibir saja walhal tak kenyang langsung untuk dimakan.

Apapun kita kena buat2 pi la seronok.....kah..kah..kah....

Permatang Pauh


Permatang Pauh?? tak payah la aku citer pasal nama tempat ni....aku rasa ramai yang dah tahu dan dah ada keputusannya pun.


Nak citer skit pasal pengalaman aku untuk membantu sepanjang ceramah di Permatang Pauh ni....maklumlah...PRK (Pilihan Raya Kecil) ini sedang disaksikan bukan saja di Malaysia....malah dunia turut memerhatikannya. Suasana di sini memang meriah ditambah pula dengan kehadiran orang luar yang dianggarkan lebih kurang 30 ribu orang. Menjadikan pekan yg kecik ni memang sesak.


Aku pun ada la terlibat skit dalam membantu melicinkan trafik ketika ceramah sedang berlangsung...tu pun hanya sekali saja kerana aku lebih suka mendegar ceramah tu dari aku dok tepi jalan menjaga lalulintas. Jadi sepanjang minggu PRK aku memang sibuk kesana kemari. Topik yang dibincangkan pun lebih menjurus kepada politik....lain2 hal tenggelam sama sekali.


Apa yg aku kagum dengan PRK ni adalah ternampaknya semangat orang bukan Melayu dalam berpolitik ni...ntahla kuasa apa yg merasuk mereka ni sehinggakan hingga ke ceruk2 kampung dua bangsa ni Cina dan India ramai yg menghadiri ceramah yg diadakan. Akhirnya semua orang tahu Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR) telah mengalahkan lawannya Datuk Arif Shah (BN) dan Hanafi Mamat dari AKIM dengan majoriti 15671 undi. Semoga dengan kemenangan ini mungkin ada sedikit perubahan dalam sistem pemerintahan di negara yg tercinta ini. Amin.

Gambar-Gambar Sekitar Perlawanan Akhir












Friday, August 29, 2008

Hijau Kuning




Dah lama aku tak menulis ni...ntah la..sibuk skit....maklumlah aku pun terlibat jugak dalam pilihanraya kecil baru2 ni. Ada la tolong2 skit......

Ni bukan aku nak citer pasal pilihanraya...nanti aku citer lain pasal by-election tu bak kata org putih....ni aku nak citer pasal Perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kedah dan Selangor pada malam 23 Ogos yg lalu. Satu kenangan yg tak dapat aku lupakan disebabkan Kedah telah berjaya mempertahankan 3 piala yg telah dimenangi tahun lalu. Diulangi sekali lagi...Kedah berjaya mempertahankan 3 piala yg telah dimenangi pada tahun lalu. Aku adalah antara org yg paling gembira pada malam tu...kegembiraan yg tak dapat diluahkan dengan kata2.

Perjalanan aku bermula pada tengahari 23hb tu ke KL....sampai disana petang lebih kurang pkl 6 petang. Sangkut la jugak jem kat Bukit Jalil tu...maklumlah..perlawanan akhir yg dinanti-nanti di seluruh Malaysia. Tapi apa yg aku nampak hanyalah penyokong kedah....kemanakah penyokong Selangor...sangkaanku mungkin depa ni datang lambat skit...almaklumlah negeri Selangor tu dekat dgn KL.


Perlawanan dimulakan pada pukul 8.50 malam. 20 minit pertama perlawanan itu dikuasai oleh Selangor..risau jugak aku tgk tu....tapi selepas Selangor menjaringkan gol melalui jaringan Frank Seator perlawanan itu pun bertukar corak dengan Kedah berjaya mendapatkan 3 gol hanya dalam masa 6 minit. Alhamdullilah aku bersyukur pada tuhan walaupun hati ku ini sedikit berdebar-debar. Sesungguhnya perjalanan pulang aku ke Penang hanyalah dengan seyuman belaka. Akhirnya aku selamat tiba di Penang pada pukul 5 pagi......

Sunday, August 3, 2008

Tak Sempat

Hmm...busy skit la 2-3 hari ni nak menulis....sebenarnya banyak yg aku tulis dalam 2-3 hari ni...tetapi disebabkan oleh beberapa hal...tak sempat aku nak menulisnya....

Sepatutnya aku nak menulis tentang ulangtahun pemergian arwah datuk ku Haji Hassan bin Arif yang meninggal pada 31 July 1989 dan pemergian rakan baik ku Khairul Azmir bin Ahmad pada 1 ogos 1998. Tapi tidak berkesempatan....sempat la seketika aku online di Cheras ni...tu pun aku online saja nak baca forum kelab kereta ku dan baca forum politik skit2.

Jam menunjukkan sudah pukul 2.53 pagi...mata pun semakin mengantuk...kalau nak tulis dalam keadaan begini pun memang tak dapat feel sangat....apa pun...inilah luahan sedikit perasaan untuk pagi ni....Insya Allah nanti aku sambung balik noo.....majulah blog untuk negara...

Adios..
Afero yg Hero