Tuesday, September 9, 2008

<< Banjir Oh Banjir >>



"Banjir oh banjir oh banjir rumah kita naik air ye op...air ye op....."




Itu adalah sebuah rangkap lagu nyanyian Harun Salim Bachik sekitar tahun 90an dulu. Saja aku nak ulas skit kejadian banjir yang melanda di Pulau Pinang dan Kedah pada hari sabtu 06 sept baru2 ni.




Di Penang ni hujan bermula seawal pagi dan berlarutan sehingga lewat ke petang. Hujan tu amat lebat sehinggakan perjalanan aku hendak ke kg untuk berbuka puasa mengambil masa selama 2 jam!. Tak pernah aku balik kg selama tu...selalunya perjalanan aku untuk pulang ke kampung hanya mengambil masa sejam perjalanan. Apa pun kita kena bersyukur kerana dikala kita sedang menyempurnakan ibadah puasa kita, kita berada dalam keadaan sejuk dan agak nyaman. Tak la seperti aku kecik2 dulu....tak tahan dgn bulan puasa ni...amat memeritkan. Panas sekali. Alhamdullilah ketika entry ini ditulis kita di Malaysia ni telah berpuasa selama 9 hari. Sekejap je aku rasakan....




Di Kedah pula walaupun aku tinggal di Kedah namun banjir tidak mengena di kawasan sekitar rumahku. Mungkin Merbok agak tinggi dari paras laut dan kawasan yang terlibat hanyalah di daerah Yan dan sedikit Kuala Muda. Beberapa ribu mangsa ditempatkan di pusat2 banjir khas untuk mangsa2 banjir. Kesian noo kat depa...dah la berpuasa terpaksa menerima dugaan ini plak dan telah meragut nyawa seorang warga emas. Moga yg lain-lain diselamatkan oleh Allah S.W.T.




Sempat la aku snap 2 keping gambar untuk tatapan ketika aku sangkut dalam perjalanan ketika pulang kerumah.




Adios


-Afero Yg Hero-

Saturday, September 6, 2008

Keboringan Tahap Gaban

Alhamdulillah...burrppp baru je lepas sahur...jap lagi nak sembahyang subuh pastu terus pegi keja...Ni dok tgh boring ni igt saja nak update blog. Tapi aku tak tau nak tulis pasal apa.

Nak tulis pasal politik pun x ada berita yg menarik...

Nak tulis pasal movie pun dah lama aku tak pi tgk wayang...

Nak tulis pasal keja pun buat apa...

Nak tulis pasal bolasepak pun liga Malaysia dah habis...

Nak tulis pasal baju/seluar pun rasa mengarut sangat...

Nak tulis pasal puasa pun rasanya dah tulis...

Nak tulis pasal raya pun lambat lagi...

Nak tulis pasal kuda pun x dak kena mengena...

Nak tulis pasal kereta aku pun x dak citer baru...

Habis aku nak tulis pasal apa ni? Ada cadangan tak....? Arghh fenin la fenin la.....


Igt nak update hari-hari tapi kalau mcm ni susah la aku...modal yg nak ditulis pun x ada...Nanti hgpa kata aku harap ada blog saja tapi tak tulis langsung. So aku akan cuba buat yg terbaik la walaupun aku tahu aku ni agak baik....

Akhirnya siap juga satu entry dari aku walaupun aku tak tau nak tulis pasal apa..nyoh..nyoh..nyoh...

Thursday, September 4, 2008

< Terasa.. >


Kenapa aku semakin sensitif?

Sebelum ni aku tak ambil port pun

Tapi kini sikit2 aku rasa nak naik angin je

Pasal bulan posa kot?


Bukan aku nak salahkan pasal bulan posa

Tapi mungkin bulan posa ni adalah bulan

ujian dari Allah S.W.T kepada hambanya


Hari ni 2-3 kali aku rasa angin

Kepada kawan baik aku pun rasa mcm tu

Ntahla apa yang kufikirkan

Mungkin aku sedang diuji kot


Apa pun aku kena la bersabar

Kan sabar tu separuh daripda iman

Aku selalu cakap kat org benda ni

Tiba2 aku pulak yang nak hilang sabar


Apalah Farouk ni...Jgn la mcm tu

Must be cool man.....

Media Perlu Lebih Berani...


‘Pertahankan kebenaran’

Oleh Wan Hazmir Bakar


PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu pengamal media menggunakan teknologi dan saluran komunikasi sebagai instrumen untuk mempertahankan prinsip keadilan dengan menyebarkan kebenaran berdasarkan fakta serta kenyataan.


Perdana Menteri berkata, pihak media tidak harus bersifat apologetik untuk menegakkan kebenaran kerana ia adalah asas untuk memastikan berlaku keadilan.


"Berpegang dan berdiri lah atas prinsip kebenaran kerana kredibiliti sesebuah institusi bergantung kepada kekuatan berpegang kepada kebenaran,” katanya berucap pada pelancaran Web TV Bernama di Pejabat Perdana Menteri di sini, semalam.


Artikel diatas dipetik dari Berita Harian Online pada Sept 04 2008 ini adalah dangkal sama sekali. Kenyataan Perdana Menteri bahawa pengamal media perlu mempertahankan kebenaran berdasarkan fakta dan kenyataan adalah lucu sama sekali. Masihkah kita lupa bahawa media cetak dan elektronik telah digunakan dengan seluas-luasnya bagi kepentingan pihak Barisan Nasional. Adakah media cetak dan elektronik sudah bebas? Nahe..nahe sama sekali...media telah digunakan dengan meluas sekali ketika Pilihanraya Umum dan Pilihanraya Kecil di Permatang Pauh baru-baru ini.


Nampaknya Perdana Menteri telah membuat lawak antarabangsa sekali lagi. Seluruh Malaysia ketawa mendengarnya. Media kini hanya berpihak kepada BN saja, banyak berita-berita mengenai pembangkang telah disekat sama sekali. Malah baru-baru ini ketika Tun Mahathir diminta mengulas mengenai rancangan DSAI ke Putrajaya media telah tidak melaporkan bahawa Tun M juga telah meminta PM untuk meletakkan jawatan. Ini tidak disentuh langsung oleh media, malah media telah memanipulasikan keyataan Tun M. Dimanakah media arus perdana ketika pengumuman keputusan PRK Permatang Pauh? Lintas Langsung pun tak ada setelah media mengetahui kekalahan BN. Malah keputusan di Pmtg Pauh juga lambat dikeluarkan. Keluar pun seperti acuh tak acuh saja. Simpan je la kenyataan PM tu supaya media lebih berani. Siapa yang mengawal media? Sudah tentu kerajaan BN.


Media sepatutnya melaporkan berita bukan menyokong. Apa saja berita sama ada positif ata negatif mesti dilaporkan. Bukan berpihak kepada sebelah pihak saja. Berita-berita mengenai pihak pembangkang telah disekat malah suratkhabar pihak pembangkang juga telah dihadkan pengeluarannya. Kalau ada pun hanyalah berita-berita yang berunsur negatif. Dimanakah demokrasi?? dimanakah kebebasan media?? Simpan je la saranan tu wahai PM yang disayangi...seperti ketam mengajar anaknya...


Saranan sedemikian hanya layak disimpan didalam Muzium negara kerana selepas negara 51 tahun merdeka media kita masih belum merdeka. Lu pikir la sendiri........

Tuesday, September 2, 2008

A Good One


The Moment you are in Tension
You will lose your Attention
Then you are in total Confusion
And you will feel Irritation
Then you will spoil personal Relation
Ultimately, you won't get Co - Operation
Then you will make things Complication
Then your blood pressure may raise Caution
And you may have to take Medication
Instead, understand the Situation
And try to think about the Solution
Many problems will be solved by Discussion
This will work out better in your Profession
Don't think it's my free Suggestion
It's only for your Prevention
If you understand my Intention
You will never come again to Tension
- Bill Gates

PETUA KURANGKAN LAPAR DAN DAHAGA

Kalau nak kurangkan lapar dan dahaga di mana kita bekerja seperti biasa amalkan petua berikut, insyaAllah kurang lapar dan dahaga.
Mesti sahur. Ketika nak makan nasi, bacalah selayaknya sebagai seorang Islam. Gumpalkan nasi sebanyak 3 ketul. Baca Surah Al Ikhlas 1 kali dan makan nasi segumpal.
Baca lagi, makan lagi. Jadi 3 kali lah kita baca surah Al Ikhlas. Dah habis 3 gumpal tu makanlah seperti biasa. Selepas makan sahur, makan buah kurma 7 biji. Sebelum makan, Bacakan selawat 1 dan makan buah kurma, baca lagi makan kurma lagi
Sampailah 7 kali. Amalan ini adalah baik untuk orang-orang yg bekerja di tengah panas, seperti buruh kasar dan sebagainya. SEBENARNYA: Surah Al-Ikhlas itu adalah ayat yg dapat menguatkan segala sendi dan tulang dalam badan kita dengan izin Allah swt.
Buah kurma itu, 7 biji kalau kita makan dlm sehari, iblis takkan dekat dengan kita. Dan ianya adalah amalan Rasulullah, selain dari memberikan tenaga. Cuba lah dengan izin Allah swt. Wallahualam
Selamat Berpuasa.......

Hari Pertama Hari Kedua


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua........


Hari ni adalah hari pertama aku datang kerja selepas hari kedua umat islam berpuasa di Malaysia ni. Setakat ni x letih lagi la...cuma mengantuk tu ada skit...semalam aku berpuasa di umah biasa je...cuma terlelap tu kerap skit..hehehe...biasa la..kat umah tak blh kata apa la....


Awal aku datang keja hari ni...lepas sahur tak tidur terus bersiap utk datang keja...sampai kat opis ni bnyk mail yg nak kena read, reply dan delete...pelan2 la aku buat..sebab time posa ni aku punya schedule mesti berubah skit...ye la..tak payah pi makan pagi..dah save time skit tu...ni yg aku rajin2kan tangan untuk menulis blog ni. Sahur tadi aku mkn bnyk jugak la...tu pun aku amik nasi abah aku yg tak habis...aku pun habiskan la...sebutir nasi sama seperti titik peluh petani..nyeh..nyeh..macam iklan la plak.


Tghari ni igt nak pi lepak dalam surau...dok lama2 dalam opis ni badan pun dah jadi sejuk...kurang pergerakan..dan apabila kita berpuasa bermakna kita tak makan dan tidak ada pembakaran didalam badan kita. Sumber ni aku baca dalam paper mana ntah..tapi 2 thn lepas tak silap aku....jgn igt aku main hentam keromo je.


Apa pun kepada umat islam....Selamat Berpuasa semua...moga Ramadhan kali ni membawa sinar baru pada kehidupan kita dan ambil lah peluang ini untuk memperbanyakkan ibadah kita pada Allah S.W.T. Tahun ni bilangan hari berpuasa kita lebih senang diingati..ye la..1 Ramadhan bersamaan dgn 1 Sept. So senang la nak igt sudah berapa hari kita berpuasa.