Friday, December 26, 2008

- Mat Pit Dragon -

Hehehe.....nama sebenarnya Mohd Hafeez Bin Abu Seman
Rakan sekolah menengah aku yang semalam telah berkahwin
Gembira aku akan perkahwinannya....(Aku je yang tak kawin lagi)
Bekerja di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia a.k.a JAKIM
Isterinya dengar kata orang Jawa....
Tak kisah la...biru ke, putih ke, merah ke...
Yang penting kita orang Malaysia...

Tak gitu bro dan sis?........

Lupa nak amik gambar dia hari ni....
Sebenarnya aku segan nak keluarkan kamera Olympus ku
yang baru dibeli minggu lepas
Sahaja aku beli pasal nak amik gambar la...
Senang skit tak payah nak pinjam....
Lagipun aku selalu perli rakan2 ku tentang kamera ni..
Selalu aku katakan pada depa lepas amik gambar
delete je bila balik umah...hehehe

Di sekolah dia digelar Mat Pit Dragon.
Aku pun lupa kenapa dia digelar NAGA.
Mungkin pasal ada 2-3 orang lagi kot yang nama Hafeez.
Jadi untuk memudahkan pengecaman maka ada la
gelaran tertentu untuk si pemunya nama Hafiz ni.

Kenduri dia yang diadakan di Kg Guar Syed Alwi
Walaupun jauh juga dari rumah aku
Namun aku gagahi juga untuk menghadirinya
Pasal apa...aku tak nak mengecewakan rakan2 ku
Ye la...sekali seumur hidup..lagi pun la ni aku tgh bercuti
So apa salahnya aku pi kenduri dia
Tak gitu geng........

Apa pun aku doakan dia berbahagia hingga ke akhir hayat
dan dikurniakan zuriat-zuriat yang berguna
untuk agama, negara dan bangsa.
Tahniah Mat Pit!!

Dariku untukmu
Afero Yang Hero

No comments: