Friday, December 26, 2008

- Heroes -


Hari bercuti hari ini digunakan sepenuhnya aku untuk menonton siri tv kegemaran aku HEROES. Sekarang dalam proses menonton untuk musim yang ketiga punya. Mungkin sebab itu la aku mengelarkan diri aku Afero Yang Hero....nyeh..nyeh...nyeh...


Cerita ini bagi aku amat menarik. Disamping kualiti gmbr dan dan pencahayaan latar belakang yang gelap menambahkan keseronokan untuk menonton siri tv ini. Siri tv hasil arahan Tom Kring ini menampilkan watak2 superhero yang menjadi pujaan seluruh dunia. Karakter yang paling aku minat sekali adalah lakonan Hiro Nakamura yang mempunyai kuasa dapat menghentikan dan mengembara ke masa silam atau depan. Jika aku diberi untuk memiliki kuasa sudah tentu aku akan mengambil kuasa mirip lakonan Hiro Nakamura ini.


Selama 4 jam digunakan aku untuk menonton dari episod 1 hingga ke 6. Malam ini insya allah jika tidak ada aral aku akan cuba untuk menyambung kembali menonton siri tv ini. Kawan digalakkan sama sekali untuk menonton siri tv Heroes ini.


Selamat Menonton......

No comments: