Monday, December 29, 2008

1 Muharram


Satu Muharram detik permulaan...perkiraan tahun Islam Hijrah...perpindahan nabi dan umat Islam...dari Kota Mekah ke Kota Madinah....


Janganlah lupa tuntutan Agama
Moga diberkati Allah Taala
Ingatlah pada penghijrahan Nabi dari Mekah ke Madinah

Muhajirin dan Ansar bersatu
Bermulanya Tahun baru Hijrah
Bermulanya dimensi baru negara Islam

Agama yang hanya diredhai Allah
Azam baru buat kita semua
Dengan harapan dipermudahkan semua
Meninggikan martabat agama, bangsa dan diri empunya
Sebelum kita semua………

Kembali kepadaNya.

Selamat Menyambut Ma'al Hijriah 1430
Semoga perjalanan kita di tahun baru ini akan diberkati Allah hendaknya….

Sunday, December 28, 2008

Kucuba, Namun , Moga

Kucuba…hampir berjaya
Kucuba…teruskan sahaja
Kucuba…walaupun malu
Kucuba…walau ku segan

Namun…semuanya sia-sia
Namun…semuanya gagal
Namun…kuasa yang esa
Namun…hadapi segalanya

Moga…bertambah kekuatan
Moga…dibukakan pintu
Moga…mendapat kerahmatan
Moga…diberkati Tuhan

Friday, December 26, 2008

Lucky - Jason Mraz feat Colbie Caillat

The greatest hit song in the World currently...



Do you hear me?

Talking to you

Across the water Across the deep blue ocean

Under the open sky

Oh my, baby I'm trying



Boy I hear you in my dreams

I feel your whisper across the sea

I keep you with me in my heart

You make it easier when life gets hard

Lucky I'm in love with my best friend

Lucky to have been where I have been

Lucky to be coming home again

Ohhhohhhohhhohhohhohhhohh



They don't know how long it takes

Waiting for a love like this

Every time we say goodbye

I wish we had one more kiss

I'll wait for you, I promise you I will



Lucky I'm in love with my best friend

Lucky to have been where I have been

Lucky to be coming home again

Lucky we're in love in every way

Lucky to have stayed where we have stayed

Lucky to be coming home someday



And so I'm sailing through the sea

To an island where we'll meet

You'll hear the music fill the air

I'll put a flower in your hair



Though the breezes through the trees

Move so pretty, you're all I see

As the world keeps spinning round

You hold me right here right now



Lucky I'm in love with my best friend

Lucky to have been where I have been

Lucky to be coming home again

Lucky we're in love in every way

Lucky to have stayed where we have stayed

Lucky to be coming home someday

Ohhhohhhohhhohhohhohhhohh

Ohhhohhhohhhohhohhohhhohhohhohhohh

- Heroes -


Hari bercuti hari ini digunakan sepenuhnya aku untuk menonton siri tv kegemaran aku HEROES. Sekarang dalam proses menonton untuk musim yang ketiga punya. Mungkin sebab itu la aku mengelarkan diri aku Afero Yang Hero....nyeh..nyeh...nyeh...


Cerita ini bagi aku amat menarik. Disamping kualiti gmbr dan dan pencahayaan latar belakang yang gelap menambahkan keseronokan untuk menonton siri tv ini. Siri tv hasil arahan Tom Kring ini menampilkan watak2 superhero yang menjadi pujaan seluruh dunia. Karakter yang paling aku minat sekali adalah lakonan Hiro Nakamura yang mempunyai kuasa dapat menghentikan dan mengembara ke masa silam atau depan. Jika aku diberi untuk memiliki kuasa sudah tentu aku akan mengambil kuasa mirip lakonan Hiro Nakamura ini.


Selama 4 jam digunakan aku untuk menonton dari episod 1 hingga ke 6. Malam ini insya allah jika tidak ada aral aku akan cuba untuk menyambung kembali menonton siri tv ini. Kawan digalakkan sama sekali untuk menonton siri tv Heroes ini.


Selamat Menonton......

- Mat Pit Dragon -

Hehehe.....nama sebenarnya Mohd Hafeez Bin Abu Seman
Rakan sekolah menengah aku yang semalam telah berkahwin
Gembira aku akan perkahwinannya....(Aku je yang tak kawin lagi)
Bekerja di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia a.k.a JAKIM
Isterinya dengar kata orang Jawa....
Tak kisah la...biru ke, putih ke, merah ke...
Yang penting kita orang Malaysia...

Tak gitu bro dan sis?........

Lupa nak amik gambar dia hari ni....
Sebenarnya aku segan nak keluarkan kamera Olympus ku
yang baru dibeli minggu lepas
Sahaja aku beli pasal nak amik gambar la...
Senang skit tak payah nak pinjam....
Lagipun aku selalu perli rakan2 ku tentang kamera ni..
Selalu aku katakan pada depa lepas amik gambar
delete je bila balik umah...hehehe

Di sekolah dia digelar Mat Pit Dragon.
Aku pun lupa kenapa dia digelar NAGA.
Mungkin pasal ada 2-3 orang lagi kot yang nama Hafeez.
Jadi untuk memudahkan pengecaman maka ada la
gelaran tertentu untuk si pemunya nama Hafiz ni.

Kenduri dia yang diadakan di Kg Guar Syed Alwi
Walaupun jauh juga dari rumah aku
Namun aku gagahi juga untuk menghadirinya
Pasal apa...aku tak nak mengecewakan rakan2 ku
Ye la...sekali seumur hidup..lagi pun la ni aku tgh bercuti
So apa salahnya aku pi kenduri dia
Tak gitu geng........

Apa pun aku doakan dia berbahagia hingga ke akhir hayat
dan dikurniakan zuriat-zuriat yang berguna
untuk agama, negara dan bangsa.
Tahniah Mat Pit!!

Dariku untukmu
Afero Yang Hero

- My Feelings -

Hmmm....tak tahu nak mulakan macam mana......
Perasaan ku bercampur dan bergaul.....
Marah ada......
Gembira ada......
Sakit hati ada.......
Kesian ada..............
Syukur pun ada.......
Kecewa ada................
Putus harapan ada......

Apa yang aku lakukan..??
Membawa diri yang duka nestapa....
Menghilangkan kebosanan yang bersarang di minda..
Mencari Rabbul Jalil agar ditunjukkan peta...
Buat diriku semoga lega.....

Thursday, December 25, 2008

+ Apabila Banglo Runtuh +

Apabila banglo runtuh

Semua jentera dikerah menolong

Datanglah semua berbolong-bolong

Satu negara mula berkabung



Apabila banglo runtuh

Polis dan Tentera tidur tak lena

Juga pada bomba dan rela

Mencari, menyelamat mangsa yang kena



Apabila banglo runtuh

14 buah bukan 14 ribu

Tapi media suka menyerbu

Sampaikan polis kena buat kubu



Apabila banglo runtuh

Tiba-tiba ramai berikhsan

Media massa selalu beri ulasan

Sampai rakyat kian naik bosan



Apabila banglo runtuh

Jambatan sementara disediakan

Untuk kemudahan penduduk tempatan

Nasi kandar sebagai jamuan



Apabila banglo runtuh

Akibat pembinaan di cerun-cerun

Suasana runtuhan tampak gerun

Firman Rabbul Jalil Kun Fayakun
MFM

- 25 Disember -

Hari ni 25 Disember.....satu dunia tau...hari krismas....aku tak amik port sangat pasal ni....yang penting aku bercuti....lantakla depa nak sambut ke...apa ke....yang penting aku tak sambut benda ni....pasal aku hanya sambut Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha, Maulidur Rasul, Awal Muharram dan Maal Hijrah je.


p/s: Hari jadi aku sendiri pun aku tak sambut.......

Tuesday, December 23, 2008

Kisah Lucu - kenapa secretaryku di pecat

Hehehe....lawak citer ni...dapat dari email juga.....senyumlah.....

Dua minggu yang lalu merupakan ulang tahunku yang ke-35 dan mood-ku tidak terlalu baik pada pagi itu.

Aku turun untuk sarapan dengan harapan isteriku akanmengucapkan dengan penuh sukacita.."Selamat Ulang Tahun suamiku tersayang"Waktu berlalu dan bahkan dia tidak mengucapkan selamat pagi.

Aku berpikir, ya, itulah isteri, tapi mungkin anak-anakku akan ingatkalau hari ini aku berulang tahun.Anak-anak datang ke meja makan untuk sarapan namun merekajuga tidak mengatakan satu patah katapun. Akhirnya akuberangkat ke bilik tidur dengan perasaan penuh kecewa dan sedih.

Di pejabat, Ketika aku masuk ke pejabat, sekertariku, Janet, menyapaku"Selamat pagi Boss, Selamat Ulang Tahun"Dan akhirnya aku merasa sedikit terubat mengetahui adaseseorang yang mengingat hari ulang tahunku.

Aku bekerja sampai tengah hari dan kemudian Janet mengetukpintu bilikku dan berkata, Apakah tuan tidak menyadari bahawa hari ini begitu cerah di luar dan hari ini adalahhari ulang tahun tuan, mari kita pergi lunch, hanya kita berdua.

Aku berkata "Wow!", itu adalah perkataan yang luar biasa yang saya dengar hari ini, mari kita pergi.Kami berdua pergi lunch. Kami tidak pergi ke tempat di mana kami biasanya lunch, tetapi kami pergi ke tempat yang sepi.Kami memesan 2 gelas fresh orange dan menikmati makanan tengahari kami.

Dalam perjalanan pulang ke pejabat, Janet berkata,Anda tahu ini adalah hari yang begitu indah, kita tidak perlu kembali ke pejabat kan ?"Tidak perlu, saya pikir tidak perlu" jawabku.Lalu dia mengajak saya untuk rehat ke apartmentnya.

Setelah tiba di apartmentnya, dia berkata.. Tuan, jika tuantidak keberatan, saya akan pergi ke ruang tidur dan berpakaian seksi sedikit..""Tentu saja boleh", sahutku dengan gembira. Dia pergi ke kamar tidur dan kira-kira enam minit kemudian dia keluar membawa kek ulang tahun yang besar diiringi oleh isteri, anak-anakku dansejumlah rakan kerja kami sambil menyanyikan lagu Selamat Ulang Tahun......

Aku hanya duduk terpaku di sana , Di sebuah sofa panjang, telanjang tanpa sehelai benang....

+ Hampir Gadai Sebuah Iman Dgn 20 Sen +

Antara sebuah cerita yang menarik yang aku dapat dari email seseorang. Renung-renungkan dan selamat beramal.

Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.

Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.

Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut. "Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?", Imam tersebut bertanya kepada dirinya. "Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup", kata Imam tersebut.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut. "Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.

"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya", pemandu bas tersebut berkata. Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur".

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam".

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!!, Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!.

Sahabat-sahabatku sekalian... Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas? Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam... Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik."DUNIA sebagai ALAT AKHIRAT sebagai MATLAMAT"Semoga Bermenfaat!

Monday, December 8, 2008

= Antara Antarabangsa dan kampung =

Kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa Hulu kelang memperlihatkan kita betapa berbezanya tumpuan orang ramai terhadap antara penempatan elit dan tidak. Semua jentera berpusu-pusu ketempat kejadian. Ramai orang kenamaan ke tempat kejadian termasuklah Sultan Selangor, PM,TPM, KPN, TKPN, Pegawai-pegawai atasan tentera, jutawan, CEO-CEO, ahli perniagaan dan sebagainya.

Terfikir juga saya jika ia berlaku di Sik, Gua Musang atau Lenggong. Pasti tidak ada siapa yang datang kecuali YB dan MB saja. Umum diketahui kawasan Bukit Antarabangsa di Hulu Kelang adalah antara kawasan penempatan elit yang dimiliki oleh menteri-menteri, tokoh-tokoh perniagaan, pegawai atasan kerajaan, pegawai atasan tentera dan polis serta artis-artis terkenal.

Apabila berlakunya malapetaka ini maka akan terdapat lah perbezaan tumpuannya. Segala jentera dikerahkan dengan cepat dan cekap. Malah ada kedai juga membuat sumbangan ikhlas dengan menyediakan makanan dan minuman terhadap mangsa-mangsa dan pasukan penyelamat. Semuanya telah digerakkan dengan bersepadu dan penuh dengan kerjasama sekali. Kagum sekali kita melihat sumbangan dan tenaga yang dicurahkan oleh petugas-petugas dan skuad menyelamat tersebut.

Bukan lah niat untuk menidakkan sumbangan mereka. Tetapi jauh disudut hati orang ramai mesti berkata “Biasalah tu…rumah orang kenamaan kena bagi tumpuan lebih”. Semoga kerjasama yang ditunjukkan oleh pasukan SAR ini biarlah bukan disini saja. Biarpun dimana terjadi malapetaka atau bencana diharap kerajaan tidak mengamalkan sikap ‘Double Standard’ terhadap mangsa-mangsa bencana. Orang-orang di kawasan pedalaman juga memerlukan bantuan yang sama serta secukupnya dari kerajaan jika berlaku musibah. Bukan sikap mementingkan kawasan penempatan elit saja malah tumpuan harus diberikan sama rata diseluruh Malaysia.

Saya berharap keluarga mangsa bersabar atas dugaan yang menimpa dan berdoa semoga kejadian tanah runtuh tidak berlaku lagi dimasa hadapan. Tidak lupa juga ribuan terima kasih diucapkan pada pasukan SAR yang bertungkus lumus sejak hari pertama untuk menyelamatkan mangsa-mangsa yang tertimbus. Takziah dari saya….

+* Selamat Hari Raya Aidil Adha *+

Hari ni dah 10 zulhijjah. Maka hari ini juga orang menyambut Hari Raya Aidil Adha. Lembu-lembu atau kambing akan dikorbankan. Manusia juga terkorban di jalan raya.....Seperti biasa..setiap kali menyambut perayaan maka berbunyilah tanpa henti deringan sms dari rakan-rakan. Sini aku sertakan serba sedikit sms tersebut.



1- [Gambar lembu] Nah lembu sekor..! Sebagai ganti duit raya,

semelih la...wat korban..Free jea.."Selamat Hari Raya Aidil Adha"



2- Burung merpati terbang tinggi,

hinggap mari dipohon meranti,

Aidiladha korban biri2,

Chinese new year nanti jgn pandai2 korban babi!



Slmt Hr raye haji...



3- Tangan ku hulur tak kesampaian,

Senyum ku ukir tak kelihatan,

SMS ku kirim tanda ingatan,

Di Aidiladha kita bekorban,

Selamat Hari Raya Aidiladha



4- Pisau dihunus asah mengasah,

Bukan nak asah bukan nak terjah,

Cuma nak umum 1 ibadah,

tumbangkan korban teruskan ukhuwah.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha...



5- Allahu Akbar (3X). Penting! Ini bukan khabar angin lagi.

Sebarkan kepada semua orang melayu. Pertumpahan

darah akan berlaku pada 8hb. Dec 08. Semua orang Islam

diminta hadir dengan membawa pisau, parang atau apa

saja bertempat di masjid, surau ditempat anda.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA.



6- Bila ayam dah tak selera nak makan, kambing mula gelisah,

Lembu buat-buat gila, unta nampak susah hati, itu tanda

raya korban dah dekat..."SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA"



7- Ketenangan ada dalam iman. Bahagia ada dalam redha.

Sihat ada dalam solat. Damai ada dalam zikrullah.

Kejayaan ada dalam pengorbanan. Maka harmonilah jiwa.

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha dgn ingatan tulus ikhlas.



8- Panggilan hajiiii, kini tiba lagiii,menunaikan ibadah,

panggilan baitullah, tanah suci mekah,

Al-makkatul mukarramah. Slamat Hari raya adiladha.



9- Pergi Mekah menunaikan haji,

Amalan berkorban membawa erti,

Ucapan selamat sudah la pasti,

Penuh ikhlas sepenuh hati.

Selamat Hari Raya Aidil adha.



10- Biar sekecil mana pengorbanannya. Namun ia tetap mulia disisi Allah yang esa.

Selamat menyambut Aidiladha.......



11- Biar rambut segelap ALMOND LONDON,

Asalkan hati sesuci KUIH BANGKIT.

Biar iman sekental DODOL,

Jangan senipis REMPEYEK.



Biar jangan perangai seburuk BATANG BURUK,

Jangan dosa setembam KARIPAP,

Senyumlah semanis WAJIK agar lebaran yang disambut

Lebih bermakna. Selamat Hari Raya Aidiladha.

Maaf Zahir & Batin.



12- Secalit KASIH membuat kita SAYANG,

Seucap JANJI membuat kita PERCAYA,

Sekecil LUKA membua kita KECEWA,

Tetapi sebuah UKHUWAH akan selamanya BERMAKNA.

Salam Aidiladha.........



++ Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha dariku sekeluarga ++

Saturday, December 6, 2008

Henti projek pembangunan cerun: PM - Berita Harian

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta semua kerajaan negeri menimbang untuk menghentikan projek perumahan di kawasan lereng bukit dan cerun yang berisiko tinggi. “Negeri lain juga adalah baik jika tidak dibenarkan pembangunan perumahan di kawasan cerun. Ia bukan satu kerugian tapi demi keselamatan,” kata Perdana Menteri pada sidang akhbar selepas melawat kawasan tanah runtuh di Bukit Antarabangsa di sini, yang menyebabkan 14 banglo tertimbus hari ini.

Baru nak menghentikan ke?? selepas tragedi Highland Tower yang berlaku 15 tahun baru nak hentikan ke? kenapa tak hentikan 15 tahun dulu? Apa punya turrr...lembab sungguh mamat ni. Bila kita kata macam pahat dan penukul mula la nak marah. Sekali ketuk sekali jalan....

Lepas 2-3 tahun ni tak ada tanah runtuh semua diam...lepas tu buat semula rumah di lereng bukit. Lepas tu ada runtuhan tanah semua maka menyalak la semula orang untuk hentikan projek perumahan di lereng bukit. Macam tu la......lemahh......

Tanah runtuh di Bukit Antarabangsa


Hari ini telah berlaku kejadian di Bukit Antarabangsa yang sehingga kini telah meragut 4 nyawa. Semua mata kini tertumpu di Hulu Klang tempat dimana 14 buah banglo mewah tertimbus di Bukit Antarabangsa. Suasana disana bagaikan pesta akibat orang ramai yang berpusu-pusu ketempat kejadian untuk melihat runtuhan kecil-kecilan yang masih berlaku.


Inilah kesan yang kita terima akibat pemanasan global yang menyebabkan cuaca didunia berubah serta sikap manusia untuk membina penempatan di lereng-lereng bukit. Semoga benda-benda ini dapat dihalang untuk mengelakkan lebih banyak kejadian runtuhan tanah serta bencana alam yang lain pada masa hadapan.


Takziah untuk keluarga mangsa........