Thursday, July 31, 2008

Histeria....


Semalam 30hb memang aku sibuk gila dgn kejadian histeria yg berlaku dekat kilang aku. Pening kepala aku....tambahan pulak member aku HR Manager Mahazir aka che det ( Nama seperti Tun Dr Mahathir ) lagi la pening. Kesian kat dia...baru je keja 2 bulan dah kena benda2 pelik mcm ni. Nasib baik ada aku dan Azlinizam untuk membantu dia.


Akibat dah habis modal tak tau buat apa ngan bebudak pompuan tu...(tak silap aku lebih kurang 20 org) aku pun dgn che det ni pergi ke Kebun Sireh untuk memanggil Tok Imam masjid untuk datang membantu. Alhamdullillah dia datang membantu....sesampainya di kilang..keadaan menjadi huru hara seperti kebakaran sedang berlaku dan terdengar jeritan disana sini. Semua mangsa2 ditempatkan didalam DRC room. Tak silap aku ketika itu ada 5-6 perempuan yg terbaring sambil dipegang oleh beberapa org lelaki.


Aku malas nak masuk campur benda ni...lagipun aku memang malas nak pegang pompuan ni...memang la dibolehkan kerana dharurat ketika itu. Tapi...ntah la..malas aku nak ambil port...kejadian itu berlaku sehingga lah time makan...(agaknya jin2 tu pun nak pi makan hehehe). Sebagai orang Islam aku mempercayai semua kejadian tu. Walaupun dalam hati kecilku ini mengatakan bahawa mereka memang letih. Ye la...maklumlah sebulan keja pagi dan yg malam pulak kena keja malam sebulan. Yg dah kahwin mcm mana? Hehehe..mau tau la...


Selepas tengahari kejadian itu semakin menjadi-jadi..semakin ramai yg terkena...bomoh pun semakin ramai yang dipanggil. Ntah la...bomoh2 ni memang pakar atau tak...bnyk syarat nak jadi org yg berilmu mcm ni...lain kali la aku citer. Harap2 malam ni tidak berlaku kejadian yang serupa pada shift malam. Aminn...


Cukup la dulu noo...dah pukul 1.41 pagi dah...mata pun dah naik meow....nanti sambung balik noo...


Adios.

No comments: