Wednesday, July 30, 2008

Harga tiket bas meningkat sebelum Hari Raya

Hmmm....aku dah agak dah....apabila harga minyak meningkat je mesti la harga barang dan lain2 pun akan meningkat. Aku dok tgh dengar berita ni.....Siapakah golongan-golongan yang sering menggunakan bas atau pengangkutan awam ini??

Agak-agak hgpa semua siapa? doktor? lawyer? ahli muzik? (ewah mcm citer P.Ramlee la plak) siapa lagi kalau bukan pelajar, siapa lagi kalau bukan org yang tidak mempunyai kenderaan...tup..tup harga minyak pi naik plak.

Marah tak? aikk..marah? jangan la marah...sokong la lagi...sokong la lagi...sokong la lagi...kita ni semua penyokong setia..macam aku juga yang setia menyokong pasukan Kedah dalam Liga Super. Semua perkara yang dilakukan adalah betul dan tidak salah sama sekali. Yang menaikkan harga tambang bas ini siapa? tukang gunting rambut? penjual buah ditepi jalan? tak..bapak Menteri kesayangan kita la...apa punya turr...gaji pak Menteri kita berapa? RM1000? RM2000? Salah!...gaji mereka hanya RM Ribu-ribu SAHAJA. Masakan tidak? kalau tak dah tentu la mereka ni tidak menaikkan harga tiket bas. Yang menjadi mangsanya siapa? KITA JUGAKK....

Lu pikir la sendiri....

No comments: