Wednesday, May 26, 2010

Integra Type R


Keta ni sepupu aku pi beli 2 thn lepas....dengan aku sebagai peneman...telah ditingkatkan kuasanya dengan kuasa pendesak (turbo la) yang berharga RM9k. Hmm...family aku memang keturunan honda. Sepupu aku, abg dia, abang aku, bapak aku, pakcik aku...semua pakai kereta jenama honda.

Aku je miskin skit...waja je mampu...apa pun aku bersyukur kerana kereta tu juga bnyk berjasa dengan aku...hampir satu semenanjung M'sia penah aku jelajahi....nasib sabah ngan serawak tak ada jambatan...kalau tak memang aku lintas dah Laut China Selatan tu....

Wednesday, May 5, 2010

Panas


Jangan serba salah...bukan panas kena api....bukan juga panas kena puntung rokok...bukan juga panas kena pasal 'bengkek' kat orang....ni betul-betul panas la...nak tido pun susah dengan cuaca la ni...hmm....mungkin bumi kini sudah tua dan semakin sakit...

Bayangkan negara kita yang tak penah kena gempa bumi pun dah ada. Tsunami pun kita dah penah kena...cuma lava gunung berapi je tak keluar dari perut bumi lagi. Kalau ada tu aku rasa masjid kita akan penuh...semua akan insaf..semua akan taubat nasuha...

Begitulah sikap manusia...hanya insaf bila terdesak...hanya insaf bila di hujung nyawa...hanya insaf bila kematian hampir tiba....cuma harapan aku moga panas yang berkuap ni cuma seketika...biarkan peribahasa 'Ingatkan panas berpanjangan rupanya hujan di tengah hari' menjadi kenyataan.

Panel khas mulakan tugas lawat lokasi kejadian Aminulrasyid terbunuh - Berita Heran

SHAH ALAM: Panel khas yang ditubuhkan untuk memantau siasatan berhubung insiden kematian Aminulrasyid Amzah, awal pagi Isnin minggu lalu, memulakan tugas mereka dengan melawat tempat kejadian kes itu, sebentar tadi.

Panel yang diketuai pengerusinya, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop, dilihat mula berkumpul di Hotel Concorde Shah Alam kira-kira jam 9.30 malam.
Mereka kemudian melawat beberapa lokasi dan laluan yang dipercayai dilalui Aminulrasyid dan rakannya, Muhamad Azamuddin Omar, kedua-duanya berusia 15, sebelum mangsa terkena tembakan di kepalanya dan mati di riba Muhamad Azamuddin, di tepi sebuah rumah di Jalan 11/2G, Seksyen 11, di sini.

Panel khas itu dibawa menaiki sebuah bas yang diiringi kereta polis dan kereta peronda, menyusuri laluan yang dikatakan digunakan kedua-dua remaja terbabit, termasuk 6 kilometer terakhir yang dikatakan laluan mereka ketika dikejar peronda polis pada awal pagi kejadian, pada 26 April lalu.

Antara tempat yang dilawati termasuk, Bulatan Kayangan, Bulatan Bestari, berdekatan UiTM, restoran Ali Corner di Jalan Platinum G 7/G, di mana semua kejadian bermula, selepas Aminulrasyid dikatakan bergesel dengan sebuah motosikal ketika baru tiba di restoran itu.

Banyak betul PANEL la ni...ada panel pintu...ada panel penilai...ada panel jawatankuasa sana sini...sekali ada kes je tubuh PANEL...nampaknya kita semakin tidak dipercayai....

Keputusan Liga Super

Yeeee.....Kedah menang malam ni....menang ngan 'Ganu Kite' 4 biji plak tu....menang besar tu namanya.....Syukur Alhamdulillah.....

04/05/2010 11:27pm

KUALA LUMPUR 4 Mei - Berikut keputusan Liga Super yang berlangsung malam ini.

Johor FC 1-3 Selangor

Kedah 4-0 Terengganu

Kelantan 2-1 Pahang

T-Team FC 2-1 Negeri Sembilan

Perak 0-1 Kuala Lumpur Plus

Perlis 4-2 Johor

Pulau Pinang 1-0 Kuala Lumpur

Monday, May 3, 2010

Some macro pictures testing....


Padang Kota


Gambar ni aku amik sekitar 2 tahun lepas di Padang Kota. Ambil pun dengan hanya menggunakan kamera handphone aku N73 waktu tu. Handphone tu pun dah aku bagi dekat orang tua aku la ni....ntah la..aku rasa menarik gambar ni......

Karikatur

Hehe....sokong jangan tak sokong!!