Thursday, July 31, 2008

Histeria....


Semalam 30hb memang aku sibuk gila dgn kejadian histeria yg berlaku dekat kilang aku. Pening kepala aku....tambahan pulak member aku HR Manager Mahazir aka che det ( Nama seperti Tun Dr Mahathir ) lagi la pening. Kesian kat dia...baru je keja 2 bulan dah kena benda2 pelik mcm ni. Nasib baik ada aku dan Azlinizam untuk membantu dia.


Akibat dah habis modal tak tau buat apa ngan bebudak pompuan tu...(tak silap aku lebih kurang 20 org) aku pun dgn che det ni pergi ke Kebun Sireh untuk memanggil Tok Imam masjid untuk datang membantu. Alhamdullillah dia datang membantu....sesampainya di kilang..keadaan menjadi huru hara seperti kebakaran sedang berlaku dan terdengar jeritan disana sini. Semua mangsa2 ditempatkan didalam DRC room. Tak silap aku ketika itu ada 5-6 perempuan yg terbaring sambil dipegang oleh beberapa org lelaki.


Aku malas nak masuk campur benda ni...lagipun aku memang malas nak pegang pompuan ni...memang la dibolehkan kerana dharurat ketika itu. Tapi...ntah la..malas aku nak ambil port...kejadian itu berlaku sehingga lah time makan...(agaknya jin2 tu pun nak pi makan hehehe). Sebagai orang Islam aku mempercayai semua kejadian tu. Walaupun dalam hati kecilku ini mengatakan bahawa mereka memang letih. Ye la...maklumlah sebulan keja pagi dan yg malam pulak kena keja malam sebulan. Yg dah kahwin mcm mana? Hehehe..mau tau la...


Selepas tengahari kejadian itu semakin menjadi-jadi..semakin ramai yg terkena...bomoh pun semakin ramai yang dipanggil. Ntah la...bomoh2 ni memang pakar atau tak...bnyk syarat nak jadi org yg berilmu mcm ni...lain kali la aku citer. Harap2 malam ni tidak berlaku kejadian yang serupa pada shift malam. Aminn...


Cukup la dulu noo...dah pukul 1.41 pagi dah...mata pun dah naik meow....nanti sambung balik noo...


Adios.

Wednesday, July 30, 2008

Harga tiket bas meningkat sebelum Hari Raya

Hmmm....aku dah agak dah....apabila harga minyak meningkat je mesti la harga barang dan lain2 pun akan meningkat. Aku dok tgh dengar berita ni.....Siapakah golongan-golongan yang sering menggunakan bas atau pengangkutan awam ini??

Agak-agak hgpa semua siapa? doktor? lawyer? ahli muzik? (ewah mcm citer P.Ramlee la plak) siapa lagi kalau bukan pelajar, siapa lagi kalau bukan org yang tidak mempunyai kenderaan...tup..tup harga minyak pi naik plak.

Marah tak? aikk..marah? jangan la marah...sokong la lagi...sokong la lagi...sokong la lagi...kita ni semua penyokong setia..macam aku juga yang setia menyokong pasukan Kedah dalam Liga Super. Semua perkara yang dilakukan adalah betul dan tidak salah sama sekali. Yang menaikkan harga tambang bas ini siapa? tukang gunting rambut? penjual buah ditepi jalan? tak..bapak Menteri kesayangan kita la...apa punya turr...gaji pak Menteri kita berapa? RM1000? RM2000? Salah!...gaji mereka hanya RM Ribu-ribu SAHAJA. Masakan tidak? kalau tak dah tentu la mereka ni tidak menaikkan harga tiket bas. Yang menjadi mangsanya siapa? KITA JUGAKK....

Lu pikir la sendiri....

Tuesday, July 29, 2008

Chelsea....

SIBUK....apa yg dimaksudkan dengan sibuk?? Sibuk adalah satu ketika dimana kita tidak cukup kakitangan untuk melakukan sesuatu. Ya Allah...busy gila aku la ni sampai kadang2 terlupa akan perintahnya. Ampuni hambamu ini ya Allah... Ku berserah segalanya padamu.



Pada malam ni juga berlangsungnya perlawanan persahabatan antara Malaysia dan pasukan Chelsea di Shah Alam. Setahu aku perlawanan ini telah tamat dan keputusannya Chelsea telah menewaskan Malaysia 2-0. Ok la tu bagi aku...berbanding dengan pasukan2 lain Malaysia hanya ditewaskan dengan jaringan yang kecil. Apa lah sangat pasukan Malaysia tu dimata dunia. Apa pun tahniah diucapkan pada pasukan Malaysia walaupun kalah. Sekurang-kurangnya mereka masih menjaga nama baik Malaysia.

Tapi yang aku terbakar betul aku ada posting satu artikel semalam dalam ni...tapi aku tgk x ada pun...pi mana ek (slang johor skit) hairan ibnu ajaib....x pa la...sekurang-kurangnya ada la modal aku skit nak tulis hari ni. Hmmm...apa lagi aku nak tulis ni..aku pun x tau..kan aku dah kata semalam aku bukan pandai menulis...oppss! kan aku kata posting aku semalam dah hilang..mana la hgpa semua nak pi tau noo..apa punya turr daa....

Ok la...ada masa lagi aku sambung lagi...hgpa ingat aku x dak keja lain nak buat ke?? ada lagi la..

Adios..