Sunday, August 1, 2010

Ipad


Antara gajet terkini yang menjadi kegilaan aku. Sayang sekali harganya terlalu mahal untuk dibeli. Ditambah pula dengan kekangan kewangan macam2 membuatkan aku hanya mampu sekadar untuk terigin.

Tengok la nanti mcm mana kot2 aku jaga tdo duit ada bawah bantal....ekeke

Perodua Alza


Perodua Alza baru......milik siapakah kereta ini....Jeng...Jeng...Jeng...

N97 vs C6


Hmm...teringin di hati ingin menukar phone. N78 aku pun dah rasa tua bangka..dalam bnyk hp yg aku dok recce dua jenis ni la yg nampak agak menarik. C6 tu adalah model terbaru..namun N97 nampak agak menarik juga. Khabarnya C6 menghadapi masalah dengan akses 3G yang software nya masih tak compatible dengan maxis application.

Pening gak dok fikir...hp selalunya aku pakai setahun tapi N78 ni pun dan 19 bulan aku pakai dan aku rasa dah sampai masanya untuk tukar kepada model yang lebih baru. Bukan tujuan untuk berlagak tapi sebagai memenuhi kehendak semasa je. Kalau tak tukar pun x apa dan aku masih boleh bertahan lagi dgn N78 tu...tapi biasa la,...manusia...tidak pernah puas dengan apa yang ada.

Apa pendapat anda? Yg mana 1 yang paling menarik. Model HTC pun ada yang menarik pendapat aku namun harganya yang agak tinggi membuat aku fikir 18 kali. Adusss.....poning den...


Rakan Yang Kemalangan

Baru sebentar tadi aku mendapat berita dari abangku yg rakannya yg juga rakan aku terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran R&R Gurun menghala ke Alor Star.

Azmi namanya kalau tak silap aku. Keadaanya agak kritikal dan kini ditempatkan di Hospital Sultan Abdul Halim Sg. Petani. Setakat ini doktor masih tidak membenarkan dia dilawat kerana berada di wad ICU. Menurut isteri dia, Azmi mengalami pendarahan otak, patah tulang rusuk dan tulang bahu.

Kereta Honda Accord yang dipandunya juga remuk sama sekali namun isteri dan anaknya hanya mengalami luka ringan. Aku berdoa semoga dia segera sembuh sementelah Ramadhan yang bakal menjelma. Amin...Insya Allah jika ada kelapangan aku akan menziarahinya di hospital pagi nanti walaupun dijangka tidak dapat masuk kedalam wad ICU.

Thursday, July 29, 2010

Paul si Octopus


Sotong yang terkenal didunia akibat penangan Piala Dunia....semua ramalannya tentang pasukan Jerman tepat sekali. Termasuklah separuh akhir dan akhir. Tatap la gambarnya buat kenangan.... 4 tahun lagi mungkin ia akan menjadi sotong goreng tepung.....

p/s: Ramalan Paul hanyalah kebetulan...sebagai orang Islam kita kena mempercayai Qada dan Qadar.

My Argentine Jersy


Argentina.....Argentina....Argentina.....

Pasukan yg aku sokong masa World Cup 2010 baru2 ni.....walaupun terkandas di suku akhir aku menerima kekalahan dengan hati terbuka walaupun kena kutuk ngan member2 dalam Facebook....

Kita tunggu 4 tahun nanti di Brazil. Aku yakin Argentina akan buat kejutan lain...tapi Brazil tentulah pilihan utama untuk menjuarai Piala Dunia 2014. Ye la..dah tempat dia...tentu lebih bersemangat.

p/s : Tahniah buat Sepanyol yg menjuarai Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.

Hari Yang Sedih


Hari ni 29 July 2010 adalah hari yg sedih bagi aku....entah la kenapa...mgkin sebab akan kehilangan ramai kawan nanti yg akan berhenti kerja....

Apa pun Life Must Go On....yg pergi tetap pergi...kita tak akan mampu untuk menahannya...semoga ukhuwah antara rakan2 tidak terputus begitu saja....

Aku doakan mereka akan berjaya dan gembira dengan kerja baru mereka. Pada yg belum dapat kerja tu kita sama2 lah doakan semoga mereka mendapat kerja dengan kadar segera. Amin......