Hari ni dah 10 zulhijjah. Maka hari ini juga orang menyambut Hari Raya Aidil Adha. Lembu-lembu atau kambing akan dikorbankan. Manusia juga terkorban di jalan raya.....Seperti biasa..setiap kali menyambut perayaan maka berbunyilah tanpa henti deringan sms dari rakan-rakan. Sini aku sertakan serba sedikit sms tersebut.
1- [Gambar lembu] Nah lembu sekor..! Sebagai ganti duit raya,
semelih la...wat korban..Free jea.."Selamat Hari Raya Aidil Adha"
2- Burung merpati terbang tinggi,
hinggap mari dipohon meranti,
Aidiladha korban biri2,
Chinese new year nanti jgn pandai2 korban babi!
Slmt Hr raye haji...
3- Tangan ku hulur tak kesampaian,
Senyum ku ukir tak kelihatan,
SMS ku kirim tanda ingatan,
Di Aidiladha kita bekorban,
Selamat Hari Raya Aidiladha
4- Pisau dihunus asah mengasah,
Bukan nak asah bukan nak terjah,
Cuma nak umum 1 ibadah,
tumbangkan korban teruskan ukhuwah.
Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha...
5- Allahu Akbar (3X). Penting! Ini bukan khabar angin lagi.
Sebarkan kepada semua orang melayu. Pertumpahan
darah akan berlaku pada 8hb. Dec 08. Semua orang Islam
diminta hadir dengan membawa pisau, parang atau apa
saja bertempat di masjid, surau ditempat anda.
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA.
6- Bila ayam dah tak selera nak makan, kambing mula gelisah,
Lembu buat-buat gila, unta nampak susah hati, itu tanda
raya korban dah dekat..."SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA"
7- Ketenangan ada dalam iman. Bahagia ada dalam redha.
Sihat ada dalam solat. Damai ada dalam zikrullah.
Kejayaan ada dalam pengorbanan. Maka harmonilah jiwa.
Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha dgn ingatan tulus ikhlas.
8- Panggilan hajiiii, kini tiba lagiii,menunaikan ibadah,
panggilan baitullah, tanah suci mekah,
Al-makkatul mukarramah. Slamat Hari raya adiladha.
9- Pergi Mekah menunaikan haji,
Amalan berkorban membawa erti,
Ucapan selamat sudah la pasti,
Penuh ikhlas sepenuh hati.
Selamat Hari Raya Aidil adha.
10- Biar sekecil mana pengorbanannya. Namun ia tetap mulia disisi Allah yang esa.
Selamat menyambut Aidiladha.......
11- Biar rambut segelap ALMOND LONDON,
Asalkan hati sesuci KUIH BANGKIT.
Biar iman sekental DODOL,
Jangan senipis REMPEYEK.
Biar jangan perangai seburuk BATANG BURUK,
Jangan dosa setembam KARIPAP,
Senyumlah semanis WAJIK agar lebaran yang disambut
Lebih bermakna. Selamat Hari Raya Aidiladha.
Maaf Zahir & Batin.
12- Secalit KASIH membuat kita SAYANG,
Seucap JANJI membuat kita PERCAYA,
Sekecil LUKA membua kita KECEWA,
Tetapi sebuah UKHUWAH akan selamanya BERMAKNA.
Salam Aidiladha.........
++ Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha dariku sekeluarga ++
Monday, December 8, 2008
Saturday, December 6, 2008
Henti projek pembangunan cerun: PM - Berita Harian
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta semua kerajaan negeri menimbang untuk menghentikan projek perumahan di kawasan lereng bukit dan cerun yang berisiko tinggi. “Negeri lain juga adalah baik jika tidak dibenarkan pembangunan perumahan di kawasan cerun. Ia bukan satu kerugian tapi demi keselamatan,” kata Perdana Menteri pada sidang akhbar selepas melawat kawasan tanah runtuh di Bukit Antarabangsa di sini, yang menyebabkan 14 banglo tertimbus hari ini.
Baru nak menghentikan ke?? selepas tragedi Highland Tower yang berlaku 15 tahun baru nak hentikan ke? kenapa tak hentikan 15 tahun dulu? Apa punya turrr...lembab sungguh mamat ni. Bila kita kata macam pahat dan penukul mula la nak marah. Sekali ketuk sekali jalan....
Lepas 2-3 tahun ni tak ada tanah runtuh semua diam...lepas tu buat semula rumah di lereng bukit. Lepas tu ada runtuhan tanah semua maka menyalak la semula orang untuk hentikan projek perumahan di lereng bukit. Macam tu la......lemahh......

Tanah runtuh di Bukit Antarabangsa

Hari ini telah berlaku kejadian di Bukit Antarabangsa yang sehingga kini telah meragut 4 nyawa. Semua mata kini tertumpu di Hulu Klang tempat dimana 14 buah banglo mewah tertimbus di Bukit Antarabangsa. Suasana disana bagaikan pesta akibat orang ramai yang berpusu-pusu ketempat kejadian untuk melihat runtuhan kecil-kecilan yang masih berlaku.
Inilah kesan yang kita terima akibat pemanasan global yang menyebabkan cuaca didunia berubah serta sikap manusia untuk membina penempatan di lereng-lereng bukit. Semoga benda-benda ini dapat dihalang untuk mengelakkan lebih banyak kejadian runtuhan tanah serta bencana alam yang lain pada masa hadapan.
Takziah untuk keluarga mangsa........
Saturday, November 29, 2008
Melayu Sana Melayu Sini
Hari ni nak sembang pasal politik skit. Lama dah tak sembang...malas nak update kat blog ni pasal politik...nak kena fikir banyak....
JOHOR BAHRU 29 Nov. _ Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata, kenyataan Timbalannya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berhubung ketuanan Melayu tidak menggambarkan pendirian parti itu yang mewakili masyarakat Cina.
Tegas Tee Keat, sebarang kenyataan mengenai isu tersebut akan dibuat oleh jurucakap parti di peringkat kebangsaan dan negeri di bawah biro penerangan.
Justeru, pendirian peribadi tidak boleh dianggap sebagai pendirian parti, kata Menteri Pengangkutan itu selepas mempengerusikan Jawatankuasa Perhubungan MCA Johor di bangunan MCA negeri di Jalan Segget di sini hari ini.- Utusan.
Kenapalah semua orang melatah sangat dengan ketuanan melayu ni? Sebab kita dok fikir pasal melayu sana la...melayu sini la yang melemahkan melayu ni... Kita kena berpijak pada bumi yang nyata....kembalilah kepada Islam. Utamakan Islam dulu baru la fikirkan hal bangsa melayu ni....sekarang secara tidak langsung kita telah menerima azab kecil dari Allah S.W.T. Islam dilupakan dan asyik dok fikir melayu sana melayu sini la.
Segala statistik berkaitan segala sosial, orang melayu adalah bangsa yang teratas keburukannya. Tidak ada kualiti langsung...pasal apa?? pasal dok fikir melayu sana melayu sini la....gejala mat rempit, pelacuran, kemiskinan, jenayah orang melayu adalah dominannya. Cuba fikir sejenap bangsa apakah yang mengharumkan nama Malaysia? Nicol Ann David, Lee Chong Wei, Mohanandas malah penyumbang-penyumbang pingat emas untuk Malaysia di sukan-sukan antarabangsa sama ada SEA, komanwel dan Olimpik. Berbangsa apakah mereka-mereka ini? Bangsa manakah penyumbang terbesar pingat negara??
Jadi amat lucu sekali jika orang melayu mula melatah berhubung ketuanan melayu. Saya bukanlah anti melayu malah saya juga berbangsa melayu. Yang penting Islam mesti didahulukan dahulu dan Insya Allah. Allah akan memberikan kemudahan pada hambanya dalam meneruskan kehidupan di dunia yang sementara ini. Kembalilah pada ajaran Islam yang sebenarnya.

+ Kenduri Lagi +
Hmm.....dok boring2 tunggu keja datang kepada aku boring la plak x tau nak buat apa..(cheewahh) biasala...sabtu kan hari ni...keja bukan ada sangat. Jadi aku pun ringan2kan la menulis blog ni...dah bersarang lama dah. Nak tulis pun x ada modal sangat....jadi hari ni aku nak citer pasal kenduri lagi.
Biasa la..time cuti sekolah ni...orang pakat2 nak kawin la....aku juga tak kawin2 lagi. Insya Allah ada la jodoh tu nanti. Sabar je la Farouk ooii (sambil menepuk bahu sendiri). Sebenarnya hari ni adalah kenduri untuk rakan sekelabku..Khai4re.. aku pun x tau nama sebenar dia. Maklumlah...kami semua ni lebih dikenali dengan nama samaran je. Hampir 90% rakan sekelab aku hanya tahu nama samaran dia. Yang lain...'yillekk'.
Kenduri dia hari ni diadakan di Jerlun kalau tak silap. Berhampiran dengan sempadan Kedah dan Perlis. Mula2 tu aku memang nak pergi...tapi disebabkan back up aku yang kat ofis ni pun bercuti..maka aku pun cancel la cuti aku. Kecewa juga aku tak pergi cuti Khai4re ni. Dia adalah salah sorang yang sentiasa support segala aktiviti yang dilakukan kelab waja ini. Apa pun aku berdoa semoga dia berbahagia sehingga ke anak cucu. Kalau dia tak mau datang kenduri aku pun lepas ni pasal aku tak pi kenduri dia aku tak akan berkecil hati punya...nyeh..nyeh..nyeh.
Tuesday, November 25, 2008
= Kenduri =
Sebut pasal kenduri ni selalunya dikaitkan dengan perkahwinan, tahlil, pergi haji, cukur rambut dan sebagainya. Nak cerita skit pasal kenduri yang aku hadiri rakan sekelab WPC. Kenduri ni adik ipar dia yang kawin. Bukan dia noo....nak mampus...cari kena tarik telinga.
Berlangsung pada 22hb nov baru ini. Kami dari WPC seramai lebih kurang 10 biji kereta secara berkonvoi telah bertolak dari stesyen minyak Caltex berhampiran supermarket Tesco di Penang dan menuju ke Fort Cornwalis (betui ka aku eja ni). Perjalanan yang mudah dengan lebih kurang 7-8KM sahaja dari Caltex tu hanya mengambil masa kira2 15 minit je.
Sesampainya disana sambil disambut dengan keluarga pihak pengantin perempuan dan menikmati juadah yang lazat (selalunya kenduri di Penang ni makanan memang sedap). Sekurang-kurangnya kami dari kelab WPC ni dapat membantu rakan sekelab untuk memeriahkan kenduri adik iparnya dan pada ahad ni kenduri akan diadakan di pihak pengantin lelaki plak.
Friday, November 21, 2008
Malas......

Dah lama rasanya aku tak update blog aku ni.....dah berkarat rasanya....lepas raya hari tu sepatutnya aku update...memang tak ada mood langsung.
Lagipun la ni aku dok sibuk cari bahan berita untuk satu forum politik dimana aku sendiri yang jadi admin. Kalau tak update forum tu nanti org kata apa pula...berita lama pun masih dok kat muka depan.
Jadi aku terpaksa la mengorbankan blog ini buat seketika. Ntah tiba2 angin apa ntah mai malam ni untuk aku cuba menitipkan satu cerita malam ni. Baru je balik tgk cerita James Bond tadi "Quantum Of the Solace" kalau tak silap aku. Best la juga...tak la mcm gmbr James Bond lama2 tu..hero nampak macho. JB la ni nampak ganas skit berbanding dengan JB dulu.
Jam pun dah dekat pukul 1.30 pagi...dok tulis blog ni pun sambil dok dengar lagu dari Cap Ayamz...lagu tema untuk filem Antoo Fighter (betui ka aku eja ni). Cukup dulu....aku akan cuba rajin2kan diri untuk menyambung kembali menulis blog ini terutama dalam tulisan berbentuk politik. Cukup dulu....
Adios.
Afero Yang Hero
Subscribe to:
Posts (Atom)